KM terima kunjungan hormat JTK Sabah, KKCCCI

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, menerima  kunjungan hormat Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah dan Dewan Perniagaan dan  Perindustrian Tionghua Kota Kinabalu (KKCCCI) di pejabatnya di Menara Kinabalu, di  sini, hari ini. 

Kunjungan hormat JTK Sabah diketuai Pengarah baharunya, Mohd Nizar Zakaria, yang  memperkenalkan diri kepada Ketua Menteri, selain memaklumkan perkembangan  semasa serta aktiviti yang dilaksanakan jabatan berkenaan, khususnya berkaitan isu  tenaga kerja dan perburuhan di Sabah. 

Turut menyertai rombongan ialah Ketua Penolong Pengarah Kanan, Nor Zulhilmie Mohd  Salleh; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Standard Perburuhan, Augustine Wong  Ming Kong; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Inspektorat dan Perundangan, Morian  Paidal; Ketua Penolong Pengarah (KUP) Bahagian Standard Perburuhan, Asriyah  Abdul Hafid; serta Penolong Pengarah Tenaga Kerja Bahagian Pekerja Bukan  Pemastautin, Leticia Ranchye Joseph. 

Dalam kunjungan berasingan, Hajiji turut menerima kunjungan hormat KKCCCI yang  diketuai Presidennya, Datuk Michael Lui Yen Sang. 

Turut menyertai rombongan ialah Setiausaha Agung Kehormat Dewan Perniagaan dan  Perdagangan Cina Bersatu Sabah (SUCCC), Datuk Yong Hen Vui @ Paul; Naib  Presiden KKCCCI, Andy Lim Chen Kwong; Setiausaha Agung merangkap Pengerusi  Jawatankuasa Penganjur, Yee That Hian; Ahli Jawatankuasa Kecil, Elvin Chang Cheun  Yong; serta Setiausaha Eksekutif, Yohanes Imo Chong. 

Dalam pertemuan itu, kepimpinan KKCCCI memaklumkan kepada Ketua Menteri  mengenai penganjuran "The Economic Outlook Forum 2027" yang dijadual berlangsung  pada 15 Januari 2027. 

KKCCCI turut menyampaikan jemputan kepada Hajiji sebagai tetamu kehormat forum  berkenaan. 

Tamat