KM ketuai Majlis Ikrar Bebas Rasuah Ahli Jemaah Menteri (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengetuai Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang melibatkan Ahli Jemaah Menteri Negeri di Bilik Mesyuarat Jemaah Menteri, Menara Kinabalu, di sini, pada Rabu.
Sejurus selesai melafazkan ikrar, Hajiji bersama Ahli Jemaah Menteri menandatangani dokumen IBR yang disaksikan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah.
Mohd Fuad berkata, pelaksanaan program IBR bersama Kabinet Negeri Sabah itu merupakan komitmen amat positif daripada kerajaan negeri dalam usaha memperkukuh integriti dan tadbir urus yang baik.
Beliau berkata, inisiatif berkenaan akan terus diperluaskan ke kementerian serta agensi di bawah kerajaan negeri bagi memastikan usaha pencegahan rasuah dilaksanakan secara menyeluruh.
“Pelaksanaan program ini sekali gus memperlihatkan keberkesanan serta kesungguhan inisiatif yang dirancang supaya amalan rasuah, salah guna kuasa dan ketirisan dapat dicegah secara lebih berkesan,” katanya.
Mohd Fuad turut berharap lebih banyak kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta pihak swasta, akan tampil menyertai program IBR.
Tamat
English version
KOTA KINABALU: The Chief Minister, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, led the Corruption-Free Pledge Ceremony (IBR) involving members of the State Cabinet at the Cabinet Meeting Room, Menara Kinabalu, here on Wednesday.
Immediately after reciting the pledge, Hajiji and Cabinet members signed the IBR document witnessed by the Director of the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah.
Mohd Fuad said the implementation of the IBR program with the Sabah State Cabinet represents a very positive commitment by the State Government in efforts to strengthen integrity and good governance.
He said the initiative will be expanded to ministries and agencies under to ensure anti corruption efforts are implemented comprehensively.
"The implementation of this program also demonstrates the effectiveness and seriousness of the planned initiatives so that practices of corruption, abuse of power and financial leakages can be prevented more effectively," he said.
Mohd Fuad also expressed hope that more ministries, departments and government agencies, including government-linked companies (GLCs) and the private sector will come forward to participate in the IBR program.
Ends
