SMJ 2.0: Sabah sasar lonjakan daya saing, produktiviti & nilai ekonomi (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri melancarkan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0) bagi  tempoh 2026–2030, dengan sasaran lonjakan daya saing, produktiviti dan nilai ekonomi negeri. 

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata SMJ 2.0 adalah lanjutan dan  kesinambungan kepada SMJ 1.0 yang menumpukan pemulihan, penstabilan dan penyusunan  semula selepas pasca pandemik dan Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17. 

“SMJ 2.0 bukan sekadar pelan pembangunan. Ia bukti komitmen kerajaan memimpin perubahan  dalam dunia yang bergerak pantas, dipacu oleh kecerdasan buatan (AI), ekonomi digital,  perdagangan rentas sempadan dan persaingan global. 

"SMJ 2.0 dirangka melalui libat urus menyeluruh melibatkan Kabinet Negeri, kementerian,  pemain industri, golongan belia dan seluruh lapisan rakyat", katanya pada Majlis Amanat Ketua  Menteri kepada Penjawat Awam Negeri Sabah dan Pelancaran SMJ 2.0 di Sabah International  Convention Centre (SICC), pada Jumaat.  

Hajiji berkata, Belanjawan Negeri 2026 memperuntukkan RM12.02 bilion untuk membiayai  1,173 program dan projek pembangunan, tertinggi dalam sejarah Sabah, sejajar pelaksanaan  Rancangan Malaysia Ketiga Balas (RMKe-13) dan aspirasi Malaysia MADANI. 

Katanya, pelan ini juga disusun dan mematuhi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan  prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (Environmental, Social and Governance-ESG) bagi  memastikan pembangunan mampan dan kesejahteraan sosial. 

Menurutnya, SMJ 2.0 juga mengangkat komitmen dan manifesto Gabungan Rakyat Sabah  (GRS) pada PRN 17, berpaksikan empat tonggak utama iaitu: Sabah First, Sabah Forward,  Sabah Prosper, dan Sabah United. Lima objektif pelan ini adalah: membina masyarakat bersatu  dan aman; mengoptimumkan hasil negeri; mempelbagaikan ekonomi; meningkatkan ekonomi  rakyat; dan membangunkan modal insan.  

Ketua Menteri menegaskan, pelan itu digerakkan melalui tiga teras utama iaitu; Sektor  Pertumbuhan Ekonomi yang memberi fokus kepada Perindustrian, Pelancongan dan Pertanian.  Pembangunan Modal Insan dan Kesejahteraan Rakyat, termasuk pendidikan, TVET, STEM,  latihan pertanian dan digital. Jaringan Infrastruktur dan Kelestarian Hijau, merangkumi  infrastruktur asas, tenaga lestari dan alam sekitar. 

Menurutnya, ketiga-tiga teras itu disokong tumpuan kepada Ekonomi Biru, Pendigitalan AI, dan  Pembangunan Inklusif, serta dipacu oleh lima pemboleh daya utama iaitu kemampanan fiskal,  kemudahan kewangan, keberkesanan perkhidmatan, tadbir urus berintegriti, dan kerajaan  digital.

Dalam sektor perindustrian, Hajiji berkata, Sabah berjaya menarik pelaburan puluhan bilion  ringgit, termasuk projek Esteel Enterprise Sabah Sdn. Bhd bernilai RM31 bilion di Taman  Perindustrian Minyak dan Gas (SOGIP), Sipitang, dijangka mewujudkan 10,000 pekerjaan  berkemahiran tinggi serta memperkukuh rantaian bekalan industri keluli di Sabah. 

Selain itu katanya, kerajaan akan mempercepatkan pembangunan dan naik taraf taman  perindustrian strategik di KKIP, SOGIP dan POIC Lahad Datu, disamping merangka Pelan Induk  Perindustrian Kudat untuk Ekonomi Biru, manakala dua taman baharu di Kota Belud–Kota  Marudu dan Beaufort–Kimanis dirancang bagi memperluas peluang pembangunan wilayah. 

Katanya, Inisiatif SME-UP mensasarkan 600 usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS),  termasuk pembangunan sistem data perkilangan dan Program Sabah Ready to Eat (RTE) untuk  memperluas pasaran produk tempatan. 

Beliau berkata, sektor pelancongan menunjukkan pemulihan yang amat memberangsangkan,  dengan hampir 10 juta pelancong direkodkan dalam tempoh lima tahun. 

Katanya, seiring Tahun Melawat Malaysia 2026 dan Visit Sabah Year 2027, kerajaan  menumpukan pelancongan berkualiti tinggi, produk premium, acara antarabangsa dan piawaian  perkhidmatan global termasuk ASEAN Tourism Standard menjelang 2030. 

Menurutnya, pemeliharaan warisan, budaya dan alam sekitar diberi perhatian melalui  pembangunan Pusat Kebudayaan Kinarut, Majlis Seni Negeri Sabah, tapak Warisan Dunia  UNESCO dan Taman Teluk Darvel, dengan peruntukan RM444.69 juta di bawah RMK-13. 

Hajiji berkata, sektor pertanian kekal sebagai teras strategik SMJ 2.0, merangkumi tanaman,  ternakan dan perikanan, dengan peruntukan RM580.45 juta di bawah RMK-13. 

"Sasaran tahap sara diri (SSL) beras meningkat daripada 30% kepada 60% menjelang 2030  melalui Program Revolusi Padi di enam daerah, penyediaan jentera moden bernilai RM15 juta,  dan pembangunan Sabah Agricultural Biotechnology Centre (SABTeC) di Tuaran. 

"Sub sektor ternakan menyasarkan 25% SSL ruminan menjelang 2030 melalui Program  Perladangan Kontrak, manakala perikanan dipacu melalui Ekonomi Biru Sabah dengan  peningkatan pendaratan ikan, pelabuhan dan pembangunan rantaian hiliran", tegasnya 

Tamat

 

English Version

KOTA KINABALU: The State Government officially launched the Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0  Roadmap for the 2026–2030 period, aiming to catalyse a significant leap in the state’s  competitiveness, productivity, and economic value. 

Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor ssaid that SMJ 2.0 serves as a  progression and continuation of SMJ 1.0, which focused on recovery, stabilization, and  restructuring following the pandemic and the 17th State Election (PRN). 

“SMJ 2.0 is more than just a development plan. It is a testament to the government’s commitment  to leading change in a fast-paced world driven by Artificial Intelligence (AI), the digital economy,  cross-border trade, and global competition," he said. 

“SMJ 2.0 was formulated through comprehensive engagement with the State Cabinet, ministries,  industry players, youth and citizens from all walks of life,” he said during the Chief Minister’s  Keynote Address to Sabah Civil Servants and the Launch of SMJ 2.0 at the Sabah International  Convention Centre (SICC) on Friday. 

Hajiji said the 2026 State Budget allocates RM12.02 billion to fund 1,173 development programs  and projects - the highest in Sabah’s history. This aligns with the implementation of the 13th  Malaysia Plan (RMKe-13) and the aspirations of Malaysia MADANI. 

The plan is also structured to comply with Sustainable Development Goals (SDG) and  Environmental, Social, and Governance (ESG) principles to ensure sustainable growth and  social well-being. 

According to the Chief Minister, SMJ 2.0 upholds the commitments and manifesto of Gabungan  Rakyat Sabah (GRS) for PRN 17, anchored on four main pillars: Sabah First, Sabah Forward,  Sabah Prosper, and Sabah United. The plan’s five core objectives are: building a united and  peaceful society; optimizing state revenue; diversifying the economy; boosting the people’s  economy; and developing human capital. 

The roadmap is driven by three main thrusts: Economic Growth Sectors: Focusing on Industry,  Tourism, and Agriculture. Human Capital Development and People’s Well-being: Including  education, TVET, STEM, and digital and agricultural training and Infrastructure Connectivity and  Green Sustainability: Encompassing basic infrastructure, sustainable energy, and the  environment. 

The Chief Minister said these thrusts are supported by a focus on the Blue Economy, AI  Digitalization, and Inclusive Development, powered by five key enablers: fiscal sustainability,  financial facilities, service effectiveness, integrity in governance, and digital government. 

In the industrial sector, Hajiji stated that Sabah has successfully attracted tens of billions of  ringgit in investment. This includes the RM31 billion Esteel Enterprise Sabah Sdn. Bhd. project 

at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (SOGIP), which is expected to create 10,000 high skilled jobs and strengthen the steel industry supply chain in the state. 

Additionally, he said the government will accelerate the development and upgrading of strategic  industrial parks at KKIP, SOGIP, and POIC Lahad Datu. A Kudat Industrial Master Plan for the  Blue Economy is also being drafted, while two new parks in Kota Belud–Kota Marudu and  Beaufort–Kimanis are planned to expand regional development opportunities. 

The Chief Minister added that the SME-UP Initiative targets 600 Small and Medium Enterprise  (SME) entrepreneurs. This includes the development of manufacturing data systems and the  "Sabah Ready to Eat" (RTE) Program, aimed at expanding the market reach of local products. 

On tourism, he highlighted a very encouraging recovery, with nearly 10 million tourists recorded  over the past five years. In line with Visit Malaysia Year 2026 and Visit Sabah Year 2027, the  government is focusing on high-quality tourism, premium products, international events, and global service standards, including the ASEAN Tourism Standard by 2030. 

The preservation of heritage, culture, and the environment remains a priority through the  development of the Kinarut Cultural Center, the Sabah State Arts Council, UNESCO World  Heritage sites and Darvel Bay Park, supported by an allocation of RM444.69 million under the  13th Malaysia Plan (RMK-13). 

Hajiji said that agriculture remains a strategic core of SMJ 2.0, encompassing crops, livestock,  and fisheries, with an allocation of RM580.45 million under RMK-13. 

"The rice Self-Sufficiency Level (SSL) target is set to increase from 30% to 60% by 2030 through  the Padi Revolution Program across six districts, the provision of RM15 million worth of modern  machinery, and the development of the Sabah Agricultural Biotechnology Centre (SABTeC) in  Tuaran," he said. 

"The livestock sub-sector targets a 25% SSL for ruminants by 2030 through the Contract  Farming Program, while the fisheries sector will be driven by the Sabah Blue Economy, focusing  on increased fish landings, port development, and the growth of the downstream supply chain,"  he stressed.. 

Ends