Sabah raikan keputusan Mahkamah Rayuan membatalkan "Anugerah Akhir" (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyifatkan  keputusan Mahkamah Rayuan Paris untuk membatalkan "Anugerah Akhir" bernilai  AS$14.9 bilion daripada pihak yang menggelarkan diri mereka penuntut Sulu sebagai  satu keputusan muktamad dan kemenangan besar bagi Malaysia. 

"Saya menyatakan sebelum ini, kita akan mempertahankan kedaulatan Sabah dalam  Persekutuan Malaysia, dan kita tidak akan sesekali melayan tuntutan sedemikian. 

"Keputusan Mahkamah Rayuan Paris pada 9 Disember lalu sekali lagi membuktikan  pendirian Sabah selama ini," katanya sebagai reaksi kepada kenyataan Bilik Gerakan  Sekretariat Khas Sulu yang bertindak bagi pihak Kerajaan Malaysia, hari ini. 

Mahkamah Rayuan Paris memutuskan bahawa pemegang timbang tara, Gonzalo  Stampa, tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan "Anugerah Akhir" tersebut  dan mendapati tiada perjanjian timbang tara yang sah mengikat Malaysia. 

Kerajaan Negeri Sabah menegaskan semula komitmennya untuk bekerjasama dengan  Kerajaan Persekutuan bagi membatalkan sebarang tuntutan di masa hadapan. 

"Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan atas usaha gigih  mereka dalam mempertahankan kedaulatan Sabah," kata Ketua Menteri 

Tamat

 

English version

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor hails the  Paris Court of Appeal's decision to annul the US$14.9 billion "Final Award" in favor of  the self-proclaimed Sulu claimants as a decisive ruling and significant victory for  Malaysia. 

"I have stated before, we will defend Sabah's sovereignty within the Federation of  Malaysia, and we will never entertain such claims. 

"The decision of the Paris Court of Appeal once again vindicated Sabah's stand all this  while." he said in response to the statement of the Sulu Special Secretariat War Room,  acting on behalf of the Malaysian Government, today. 

The court's ruling on December 9 found that the arbitrator, Gonzalo Stampa, lacked  jurisdiction and that no valid arbitration agreement bound Malaysia. 

The Sabah State Government reiterated its commitment to working with the Federal  Government to quash any future claims.  

"We also express our gratitude to the Federal Government for their hard work in  defending Sabah's sovereignty," the Chief Minister said. 

Ends