Kerajaan Negeri akan rombak kepimpinan GLC negeri Sabah (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata Kerajaan Negeri akan memulakan proses penstrukturan semula secara menyeluruh ke atas syarikat berkaitan kerajaan (GLC), melibatkan pelantikan pengerusi dan ahli lembaga pengarah.
Beliau berkata langkah ini adalah satu keperluan pentadbiran untuk mengukuhkan tadbir urus korporat dan akauntabiliti, selain menyuntik kepimpinan baharu bagi meningkatkan prestasi serta memacu pencapaian matlamat Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0.
“Matlamat kita adalah untuk menjadikan GLC sebagai pemangkin ekonomi yang berkesan dan boleh dipercayai melalui pengurusan yang kompeten, demi menjana nilai yang lebih besar kepada rakyat dan negeri,” kata Ketua Menteri.
Hajiji menekankan keperluan pasukan kepimpinan yang dinamik, profesional dan berorientasikan hasil untuk mengemudi era baharu yang dipacu oleh pelaburan strategik, pendigitalan, tenaga baharu, dan pembangunan sosial.
“Kita menghargai sumbangan kepimpinan terdahulu, namun rombakan adalah perlu bagi memastikan transformasi yang berkesan dan kesinambungan. Keutamaan kita hanyalah untuk memastikan masa depan Sabah yang stabil, makmur dan terjamin selaras dengan aspirasi SMJ 2.0,” katanya.
Tamat
English Version
KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said the Sabah State Government is initiating a comprehensive restructuring of its government linked companies (GLCs), involving chairpersons and board members.
He said the move is driven by administrative needs to strengthen corporate governance and accountability and to inject new leadership to boost performance and drive the Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 goals.
"The goal is to transform GLCs into effective and trustworthy economic engines through competent management to generate greater value for the people and the state," the Chief Minister said.
Hajiji stressed the need for dynamic, professional, and results-driven leadership teams to navigate a new era characterized by strategic investments, digitalization, new energy, and social development.
"We acknowledge the contributions of past leadership, but a revamp is necessary for effective transformation and continuity. Our sole objective is to ensure a stable, prosperous, and secure future for Sabah and the people, in line with the aspirations of SMJ 2.0," he said.
Ends
