SPP tempatkan 1,000 guru baharu di sekolah Sabah (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) menempatkan seramai 1,000 guru baharu di sekolah-sekolah di Sabah sepanjang tahun 2025, melibatkan 315 guru sekolah rendah dan 685 guru sekolah menengah.
Pengerusinya, Dato’ Haji Adzman Talib, berkata penempatan itu adalah sebahagian daripada keperluan 21,348 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) tahun ini di seluruh negara, seperti ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
“Sehingga 30 Jun 2025, kadar pengisian jawatan guru di Sabah mencapai 97.78 peratus, dengan 44,058 guru telah ditempatkan berbanding 45,057 jawatan yang diluluskan di 1,298 sekolah bawah KPM,” katanya ketika memberi taklimat kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, semasa kunjungan hormat di Menara Kinabalu, di sini pada Rabu.
Adzman berkata, meskipun kadar pengisian hampir penuh, sekolah-sekolah di Sabah masih berdepan kekurangan guru dan usaha berterusan sedang dijalankan bagi mengatasi jurang ini.
Menurutnya, antara cabaran utama yang dihadapi dalam perkhidmatan pendidikan ialah peningkatan jumlah guru memilih untuk bersara awal. Pada 2024, seramai 12,607 guru di seluruh negara bersara awal berbanding 13,192 orang pada 2023. Di Sabah sahaja, sebanyak 947 kes dicatatkan pada 2024 berbanding 813 pada tahun sebelumnya,” katanya.
Beliau menambah, faktor beban tugas pentadbiran dan tuntutan digitalisasi yang bertindih dikenal pasti antara punca guru meninggalkan profesion lebih awal.
“SPP sedang bekerjasama dengan KPM bagi meneliti penyelesaian menyeluruh untuk memastikan kelestarian tenaga pengajar di sekolah,” katanya.
Adzman turut memuji usaha Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Hajiji dalam mempertingkatkan kecemerlangan pendidikan melalui pelbagai inisiatif serta sokongan kepada sekolah dan pelajar di Sabah
Sementara itu, Hajiji menzahirkan penghargaan terhadap peranan SPP dalam memastikan pelantikan guru yang berwibawa bagi memenuhi keperluan pendidikan negara.
Kunjungan hormat itu turut dihadiri oleh Anggota SPP dari Sabah, Datin Seri Panglima Datuk Dr Hajah Nuinda Haji Alias; Setiausaha SPP, Encik Md Radzi Hassim; serta Setiausaha Bahagian, Urusetia Cawangan Sabah, Puan Intan Zainab Mohd Bustan.
Dalam program berasingan, Ketua Menteri diberi demonstrasi inovasi pendidikan digital berasaskan kecerdasan buatan (AI) oleh Albert Yek, pengarah syarikat tempatan Samasama Works Sdn Bhd.
Albert berkata kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Sabah itu bertujuan memperkenalkan alat pembelajaran digital berkuasa AI ke sekolah-sekolah di seluruh negeri, dengan 100 unit awal akan diedarkan.
Turut hadir ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Pengarah Pendidikan Negeri Datuk Raisin Saidin, serta pegawai kanan daripada beberapa jabatan berkaitan.
Tamat
English Version
KOTA KINABALU: The Education Service Commission (SPP) has placed 1,000 new teachers in schools across Sabah this year, comprising 315 for primary schools and 685 for secondary schools.
SPP chairman Dato’ Haji Adzman Talib said the placements are part of the 21,348 Education Service Officers (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, PPP) required nationwide in 2025, as set by the Education Ministry.
“As of June 30, Sabah’s teacher placement rate has reached 97.78 per cent, with 44,058 teachers assigned compared to 45,057 approved posts in 1,298 schools under Education Ministry,” he said at the briefing to Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor at Menara Kinabalu on Wednesday.
Adzman said that despite the high placement rate, some schools in Sabah still face teacher shortages but that continuous efforts are underway to close this gap.
He noted that a key challenge is the rising number of teachers opting for early retirement. In 2024, 12,607 teachers nationwide retired early compared with 13,192 in 2023. In Sabah alone, 947 cases were recorded last year, up from 813 in 2023.
Administrative workload and overlapping demands from digitalisation were among the reasons teachers chose to leave the profession early, he added.
“SPP is working closely with the Education Ministry to develop comprehensive solutions to sustain the teaching workforce,” Adzman said.
He also praised the State Government under Hajiji’s leadership for enhancing educational excellence through various initiatives and support for schools and students in Sabah.
Hajiji, meanwhile, expressed appreciation for SPP’s efforts in appointing competent teachers to meet national education needs.
The courtesy visit was also attended by SPP member from Sabah, Datin Seri Panglima Dr Hajah Nuinda Haji Alias; SPP secretary, Md Radzi Hassim; and Sabah Branch Secretariat section secretary, Intan Zainab Mohd Bustan.
In a separate event, the Chief Minister was given a demonstration of artificial intelligence (AI)-driven digital education innovation by Albert Yek, director of local company Samasama Works Sdn Bhd.
Albert said the collaboration with the Sabah Education Department aims to introduce AI powered digital learning tools to schools across the state, with an initial 100 units to be distributed.
Also present were the Sabah Minister of Science, Technology and Innovation, Sabah Education Director Datuk Raisin Saidin, and senior officers from several related departments.
Ends
