RM70 juta bantuan untuk sekolah mubaligh dan swasta, kuil serta badan keagamaan bukan Islam (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM70 juta dalam bentuk bantuan kewangan kepada sekolah mubaligh dan swasta, kuil serta badan keagamaan bukan Islam, yang akan ditingkatkan kepada RM90 juta tahun depan.
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor turut mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri akan mengiktiraf Unified Examination Certificate (UEC) dan pemegang sijil tersebut layak memohon biasiswa negeri serta kemasukan ke institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri.
“Kita bukan sahaja mengiktirafnya, malah mengambil tindakan. Tadi saya telah membisikkan kepada Menteri Kewangan bahawa kita juga akan mempertimbangkan permohonan daripada pemegang sijil ini untuk Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah,” katanya ketika berucap pada Malam Ramah Mesra bersama masyarakat Cina, sekolah mubaligh dan sekolah menengah persendirian Cina serta badan keagamaan bukan Islam di Dewan Hakka malam ini.
“Sebagai Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab, kita merancang dan bekerja keras menangani sebarang isu, sambil terus mengambil berat serta memastikan semua komuniti, tanpa mengira warna kulit atau pegangan agama, mendapat perlindungan yang adil dan saksama.
“Itulah sebabnya saya sentiasa menyokong dan membantu mana-mana institusi, NGO atau persatuan yang memerlukan bantuan, walaupun ia bergantung juga kepada kemampuan kerajaan dan ketersediaan dana.
“Semangat perpaduan dan kebersamaan inilah yang menjadi prinsip panduan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Kerajaan Negeri sejak membentuk kerajaan lima tahun lalu,” katanya.
Selain daripada peruntukan RM70 juta itu, Hajiji berkata beliau juga telah menyalurkan pelbagai bentuk bantuan melalui Peruntukan Khas Ketua Menteri, termasuk bantuan kepada sekolah Cina dan persatuan kebudayaan Cina di Sabah, seperti untuk Pesta Tahun Baru Cina, pembelian kepala singa, Pesta Bot Naga, serta bantuan kepada gereja dan lain-lain.
“Diharapkan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat menyokong aktiviti sekolah dan badan keagamaan bukan Islam di seluruh Sabah,” katanya.
Hajiji berkata sebagai ketua pentadbiran Kerajaan Negeri, beliau amat memahami masalah dan keperluan rakyat.
“Antara isu panas yang dibincangkan sekarang ialah bekalan air. Kekurangan air berlaku di pelbagai tempat. Masalah ini timbul apabila Kerajaan Negeri sebelum ini menamatkan kontrak konsesi bekalan air di Sabah.
“Akibat daripada penamatan itu, Kerajaan Negeri sekarang terpaksa membayar pampasan kepada syarikat yang terlibat berjumlah RM315 juta,” katanya.
Namun beliau memberi jaminan bahawa sebagai Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab, “kita terus merancang dan bekerja keras menyelesaikan isu bekalan air, dengan sebanyak 18 projek pembangunan bekalan air sedang dilaksanakan untuk memastikan bekalan mencukupi di daerah-daerah negeri ini.
“Kerajaan Persekutuan telah meluluskan pinjaman sebanyak RM300 juta untuk tujuan ini,” katanya.
Antara projek yang sedang dilaksanakan sejak dua tahun lalu ialah Loji Rawatan Air Kogopon bernilai RM365 juta di Papar, dengan kapasiti sehingga 80 juta liter sehari (MLD).
“Sebaik sahaja siap pada 2026, ia akan menyelesaikan masalah bekalan air di Papar, Kinarut dan Putatan,” katanya.
Projek Empangan Air Cinta Mata bernilai RM300 juta dengan kapasiti 169 MLD di Tawau juga dijangka siap menjelang 2027, katanya.
“Untuk makluman, kerja-kerja pembinaan, pembaikan dan penaiktarafan loji rawatan air yang sedang dilaksanakan di seluruh Sabah menelan kos keseluruhan sebanyak RM1.2 bilion,” katanya.
Beliau menambah bahawa krisis kekurangan air di Sandakan, Lahad Datu dan Semporna juga menjadi keutamaan.
Sementara itu, bekalan air di Bandaraya Kota Kinabalu dijangka bertambah baik sebaik sahaja Loji Rawatan Air Telibong II siap sepenuhnya, katanya sambil menambah bahawa loji tersebut kini sudah mengagihkan 160 MLD ke bandar raya, KKIP dan kawasan Tuaran.
Sebagai penyelesaian jangka panjang, beliau berkata Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk menggunakan Projek Hidroelektrik Ulu Padas bagi penjanaan kuasa, manakala Skim Bekalan Air Ulu Padas akan menyediakan kapasiti sebanyak 6,000 MLD air, khusus bagi memenuhi keperluan Pantai Barat Sabah. Projek ini yang dijangka siap pada 2030 sedang dibangunkan melalui usaha sama antara syarikat milik negeri, Sabah
Energy Corporation Sdn Bhd dan Gamuda Berhad, pelaksana Projek Hidroelektrik Ulu Padas, bersama Kerjaya Kagum Hitech JV Sdn Bhd, katanya.
Sebagai langkah ke hadapan untuk menambah baik bekalan air negeri, Ketua Menteri berkata Jabatan Air akan dikorporatkan.
Hajiji berkata isu kekurangan air turut diperburuk oleh sambungan haram di penempatan setinggan.
“Akibatnya, Sabah antara negeri yang mempunyai kadar Air Tidak Berhasil (Non Revenue Water) tertinggi, mencecah sehingga 57 peratus. Kerja-kerja pembaikan dan penaiktarafan bekalan air akan mengambil sedikit masa untuk disiapkan. Insya-Allah, ia akan pulih sepenuhnya menjelang tahun depan,” katanya.
Hajiji berkata Kerajaan Negeri telah melaksanakan pelbagai program untuk meletakkan Sabah pada landasan pembangunan yang betul melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya.
“Dengan pelaksanaan Dasar Halatuju Pembangunan yang jelas, bersama pendekatan yang tepat, ekonomi Sabah kini sedang pulih dan, syukur alhamdulillah, berada di landasan yang betul.
“Pertumbuhan ekonomi telah kembali positif berikutan peningkatan kadar pelaburan, di samping pertumbuhan sektor pelancongan yang semakin baik.
“Kita mempunyai visi dan kemahuan politik untuk melakukannya. Kita telah menyediakan segala-galanya untuk bergerak maju demi membawa Sabah dan rakyatnya ke tahap kecemerlangan,” katanya.
Tamat
English Version
KOTA KINABALU: The State Government has allocated RM70 million in financial assistance to mission and independent schools, temples and non-Muslim religious bodies, which will be increased to RM90 million next year.
Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor also announced that the State Government would recognised the Unified Examination Certificate (UEC) and that the holders would be eligible for state scholarship and enrolment in state-owned higher learning institutions.
“We are not only recognising it, but also taking action. Just now, I whispered to the Finance Minister that we will also consider applications from these certificate holders for the Sabah State Government Scholarship,” he said at the Get-Together Night with the Chinese community, mission and Chinese independent schools and non-Muslim religious bodies in Hakka Hall here tonight.
“As a responsible State Government, we do our best to plan and work hard to address any issue, while caring for and constantly striving to ensure that all communities, regardless of skin colour or religious beliefs, receive fair and just protection.
“That is why I always support and assist any institution, NGO, or association in need of help, although it also depends on the government’s capacity and the availability of funds.
“This spirit of solidarity and togetherness has been the guiding principle of Gabungan Rakyat Sabah (GRS) and the State Government since forming the government five years ago,” he said.
Apart from the RM70 million allocation, Hajiji said he had also provided many other assistance through the Chief Minister’s Special Allocation, including aid for Chinese schools and Chinese cultural associations in Sabah, such as for the Chinese New Year Festival, the purchase of lion heads, the Dragon Boat Festival, as well as assistance to churches and others.
“It is hoped that this contribution would, to some extent, help support the activities of schools and non-Muslim religious bodies throughout Sabah,” he said.
Hajiji said that as the leader of the State Government’s administration, he really understood the problems and needs of the people.
“Among the hot issues being discussed today is water supply. Water shortages are occurring in various places. This problem arose when the previous State Government terminated the water supply concession contracts in Sabah.
“As a result of that termination, the present State Government had to pay compensation to the companies involved amounting to RM315 million,” he said.
However, he assured that as a responsible State Government, “we continue to plan and work hard to resolve the water supply issue, with a total of 18 water supply development projects currently being implemented to ensure sufficient supply in the districts of this state.
“The Federal Government has approved a loan of RM300 million for this purpose,” he said.
Among the projects currently being implemented for the past two years is the RM365 million Kogopon Water Treatment Plant in Papar, with a capacity of up to 80 million litres daily (MLD).
“Once completed in 2026, it would resolve the water supply issue in Papar, Kinarut and Putatan,” he said.
The Air Cinta Mata Dam project, costing RM300 million with the capacity of 169 MLD in Tawau, is also expected to be completed by 2027, he said.
“For your information, the construction, repair and upgrading works of the water treatment plant currently being implemented throughout Sabah cost a total of RM1.2 billion,” he said.
He added that the water shortage crisis in Sandakan, Lahad Datu and Semporna is also a priority.
Meanwhile, the Kota Kinabalu City water supply is also expected to improve once the Telibong II Water Treatment Plant is fully completed, he said, adding that the plant is already distributing 160 MLD to the city, KKIP and Tuaran area.
As a long-term solution, he said the State Government has agreed to utilise the Ulu Padas Hydroelectric Project for power generation, while the Ulu Padas Water Supply Scheme will provide a capacity of 6,000 MLD of water, specifically for the needs of the West Coast of Sabah.
This project, which is expected to be completed by 2030, is being developed through a joint venture between a state-owned company, Sabah Energy Corporation Sdn Bhd and Gamuda Berhad, the implementer of the Ulu Padas Hydroelectric Project, together with Kerjaya Kagum Hitech JV Sdn Bhd, he said.
As the way forward to improve the state water supply, the Chief Minister said the Water Department would be corporatised.
Hajiji said the water shortage issue was compounded by the illegal connections at the squatter settlements.
“As a result, Sabah is among the states with the highest Non-Revenue Water rate, reaching up to 57 per cent. The repair and upgrading works of the water supply will take some time to be completed. God willing, it will be fully restored by next year,” he said.
Hajiji said the State Government had implemented various programmes to position Sabah at the right development track through the Hala Tuju Sabah Maju Jaya.
“With the implementation of a clear Development Direction Policy, along with the right approach, Sabah’s economy is now recovering and, praise be to God, is on the right track.
“Economic growth has turned positive following an increase in investment rates, alongside the improving growth of the tourism sector.
“We have the vision and political will to do this. We have put everything in place for us to move forward to bring Sabah and its people to excellence,” he said.
Ends
