Seorang TKM Cina, jika GRS diberi mandat (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan melantik seorang wakil rakyat  Cina sebagai Timbalan Ketua Menteri sekiranya ia kembali membentuk Kerajaan  Negeri, kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. 

“Sekiranya kerajaan ini sekali lagi diberi mandat, dan jika ramai pemimpin Cina berjaya  dipilih sebagai wakil rakyat, saya akan melantik salah seorang daripada pemimpin Cina  tersebut sebagai Timbalan Ketua Menteri,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Malam Mesra bersama masyarakat  Cina, sekolah mubaligh dan sekolah Cina swasta serta badan-badan keagamaan bukan  Islam di Dewan Hakka, di sini malam ini, beliau berkata dalam hal ini, peranan dan sumbangan masyarakat Cina adalah sangat besar dalam kemajuan dan pembangunan  Sabah. 

“Tanpa sumbangan anda semua, ekonomi negeri ini tidak akan berkembang. Malah,  sumbangan masyarakat Cina di Sabah merangkumi pelbagai bidang dalam pelbagai  sektor. 

“Dalam sektor swasta, peranan usahawan dan peniaga Cina berada pada tahap teratas.  Dalam konteks perkhidmatan awam negeri, ramai pegawai berketurunan Cina  memegang jawatan tinggi dalam kementerian, jabatan serta syarikat-syarikat berkaitan  kerajaan (GLC). 

“Sesungguhnya, kita mengiktiraf dan menghargai peranan serta sumbangan  masyarakat Cina dalam masyarakat kita,” katanya. 

Bagi memperkukuhkan lagi pentadbiran negeri, Hajiji berkata beliau telah melantik  beberapa penasihat, khususnya mereka yang pakar dan berpengalaman dalam bidang  minyak dan gas, kewangan, pelaburan dan perundangan. 

“Kebetulan hampir kesemua mereka ini adalah dari keturunan Cina. Terkini, saya telah  melantik Yang Arif Tan Sri David Wong Dak Wah, bekas Ketua Hakim Sabah dan  Sarawak, untuk mengetuai Sabah Law Reform Advisory Council (SLRAC) – sebuah  badan bebas yang ditubuhkan untuk memperkukuhkan sistem perundangan negeri.

“Majlis ini akan menilai undang-undang lama yang sudah ketinggalan zaman,  mengemukakan cadangan reformasi yang relevan, adil serta mesra rakyat, dan  memastikan pentadbiran kita selari dengan keperluan semasa. Inilah cara kita  memperbaiki tadbir urus negeri, memastikan Sabah terus progresif dan dihormati,”  katanya. 

Tamat

 

English Version

KOTA KINABALU: The Gabungan Rakyat Sabah (GRS) will appoint a Chinese elected  representative as a Deputy Chief Minister if it is returned as the State Government, said Chief  Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. 

“If this government is given the mandate once again, and if many Chinese leaders are  successfully elected as representatives, I will appoint one of those Chinese leaders as the  Deputy Chief Minister,” he said. 

Speaking at the Get-Together Night with the Chinese community, mission and Chinese  independent schools and non-Muslim religious bodies at Hakka Hall here tonight, he said in this  regard, the role and contribution of the Chinese community are highly significant in the progress  and development of Sabah. 

“Without your contributions, the state’s economy would not have grown. In fact, the contributions  of the Chinese community in Sabah span across various fields and sectors.  

“In the private sector, the role of Chinese entrepreneurs and traders is at the top. In the context  of the state public service, many officers of Chinese descent hold senior positions in ministries,  departments, and Government-Linked Companies (GLCs).  

“Indeed, we acknowledge and appreciate the role and contributions of the Chinese community  in our society,” he said. 

To further strengthen the administration of the state, Hajiji said he had appointed several  advisors, particularly those who are experts and experienced in the fields of oil and gas, finance,  investment, and law. 

“Coincidentally, almost all of them are of Chinese descent. Most recently, I appointed the  Honourable Tan Sri David Wong Dak Wah, former Chief Judge of Sabah and Sarawak, to lead  the Sabah Law Reform Advisory Council (SLRAC) – an independent body established to  strengthen the state’s legal system.  

“This council will review outdated laws, propose relevant, fair, and people-friendly reforms, and  ensure that our administration is aligned with current needs. This is how we improve state  governance, ensuring that Sabah remains progressive and respected,” he said. 

Ends