Kota Kinabalu tuan rumah program Latihan Kepimpinan Belia Islam ASEAN (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Program Latihan Kepimpinan Belia Islam ASEAN selama sembilan hari yang dianjurkan bersama oleh Majlis Da’wah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP), Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) dan Majlis NGO Islam Sabah, akan diadakan di sini mulai 16 Ogos.
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor telah diberi taklimat mengenai perkara ini oleh Setiausaha Agung Kehormat RISEAP, Dato Haji Mohamad Marzuki Mohamad Omar semasa kunjungan hormat di Menara Kinabalu di sini hari ini.
Mohamad Marzuki memaklumkan kepada Ketua Menteri bahawa antara objektif program ini adalah untuk membina kompas moral dalaman yang diperlukan untuk kepimpinan Islam, menyediakan alat dan teknik untuk komunikasi yang berkesan, penyelesaian konflik dan membuat keputusan, serta mempromosikan keterangkuman dan rasa hormat di kalangan belia dari pelbagai negara ASEAN.
Selain itu, program ini juga direka untuk mendorong penglibatan proaktif dalam pembangunan masyarakat dan inisiatif dakwah serta mengukuhkan hubungan di kalangan belia untuk membina komuniti ASEAN yang berdaya tahan, aman dan beerwawasan.
Mohamad Marzuki diiringi oleh Yang Di-Pertua USIA Datuk Sapawi Ahmad.
Tamat
English Version
KOTA KINABALU: The nine-day ASEAN Muslim Youth Leadership Training programme jointly organised by the Regional Islamic Da’wah Council of Southeast Asia and the Pacific (RISEAP), the United Sabah Islamic Association (USIA) and council of Sabah Islamic NGOs, will be held here from August 16.
Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor was briefed on this by RISEAP Honorary Secretary General Dato Haji Mohamad Marzuki Mohamad Omar during a courtesy call at Menara Kinabalu here today.
Mohamad Marzuki informed the Chief Minister that among the objectives of the programme was to cultivate the internal moral compass necessary for Islamic leadership, provide tools and techniques for effective communication, conflict resolution and decision-making, as well as promote inclusivity and respect among youths from different ASEAN nations.
Apart from that, the programme is also designed to encourage proactive engagement in community development and dakwah initiatives and to strengthen bonds among youths to build a resilient, peaceful, and visionary ASEAN community.
Mohamad Marzuki was accompanied by USIA President Datuk Sapawi Ahmad.
Ends
