KM sumbang komputer kepada Hospital Queen Elizabeth II (Dwibahasa)
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, hari ini menyerahkan sumbangan komputer riba kepada Hospital Queen Elizabeth II (HQE II), di sini.
Sumbangan itu diserahkan kepada Pengarah QEH II, Dr. Ferro Firdaus Ibrahim di pejabat pengarah dan disaksikan oleh ketua-ketua jabatan HQE II.
Hajiji berkata, sumbangan berkenaan mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri untuk terus menyokong usaha meningkatkan kemudahan dan keupayaan perkhidmatan kesihatan di Sabah.
Beliau berharap sumbangan itu dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya bagi membantu kelancaran urusan pentadbiran dan penyampaian perkhidmatan QEH II.
Turut hadir bersama Timbalan Pengarah Hospital (Klinikal I), Dr. Parvin Rubon A/L Arangulavan, Timbalan Pengarah Hospital (Klinikal II), Dr. Eva Candra Susanti binti Suhali dan Timbalan Pengarah Hospital (Pengurusan), Datin Shevena I Jumin Jeffrey.
Tamat
KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor today presented laptop computers to Queen Elizabeth II Hospital (QEH II) here.
The laptops were handed over to QEH II Director Dr Ferro Firdaus Ibrahim at the director's office, witnessed by the hospital's heads of department.
Hajiji said the contribution reflected the State Government's continued commitment to supporting efforts to improve healthcare facilities and service capabilities in Sabah.
He hoped the laptops would be put to good use to facilitate the hospital's administrative operations and service delivery.
Also present were Deputy Hospital Director (Clinical I) Dr Parvin Rubon A/L Arangulavan, Deputy Hospital Director (Clinical II) Dr Eva Candra Susanti Suhali and Deputy Hospital Director (Management) Datin Shevena I Jumin Jeffrey.
Ends