Ekonomi Sabah catat prestasi terbaik dalam tempoh enam tahun (Dwibahasa)

KOTA KINABALU: Ekonomi Sabah mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.1 peratus  tahun lalu, iaitu prestasi terbaik dalam tempoh enam tahun, dengan Keluaran Dalam  Negeri Kasar (KDNK) mencecah RM88.8 bilion, kata Ketua Menteri, Datuk Seri  Panglima Haji Hajiji Haji Noor. 

Beliau berkata, pertumbuhan itu disokong oleh sektor perkhidmatan yang berkembang  sebanyak 4.5 peratus, pembuatan (lima peratus) dan pembinaan (28.3 peratus). 

“Sabah mempunyai momentum pertumbuhan yang kukuh. Tugas kita sekarang adalah  untuk menterjemahkan momentum ini kepada perniagaan tempatan yang lebih berdaya  saing, industri bernilai tinggi, peluang pekerjaan yang lebih baik serta lebih banyak  peluang kepada masyarakat di seluruh negeri,” katanya. 

Hajiji berkata, perkara itu juga menjadi fokus Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 bagi  tempoh 2026 hingga 2030 yang memberi penekanan kepada peningkatan daya saing,  produktiviti dan penciptaan nilai yang lebih tinggi. 

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian program Kembara Borneo 2026 Edisi  Sabah anjuran Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) di Magellan Sutera Harbour Resort  di sini hari ini. 

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri II/Menteri Kewangan  Datuk Seri Panglima Masidi Manjun. 

Hajiji berkata, siling peruntukan pembangunan tertinggi dalam sejarah Sabah berjumlah  RM12.02 bilion di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), merangkumi 933 projek  baharu dan 240 projek sambungan, akan terus memperkukuh daya saing serta daya  tarikan Sabah kepada pelabur. 

Ketua Menteri berkata, jika SMJ 1.0 memberi tumpuan kepada pemulihan, penstabilan  dan penstrukturan semula ekonomi selepas pandemik, SMJ 2.0 pula akan  memperkukuh asas tersebut bagi memastikan pembangunan membawa manfaat nyata  kepada rakyat melalui peluang yang lebih baik, peningkatan taraf hidup dan  penambahbaikan perkhidmatan awam. 

“Aspirasi kita bukan sekadar menarik perniagaan untuk melabur di Sabah. Kita juga  mahu membantu syarikat-syarikat yang berpangkalan di Sabah berkembang menjadi  peneraju di peringkat nasional, serantau dan global.

“Ini bermakna kita perlu memupuk kreativiti, daya tahan dan semangat keusahawanan,  khususnya dalam kalangan golongan muda,” katanya. 

Hajiji menegaskan bahawa Sabah mempunyai potensi ekonomi yang besar dalam  sektor pertanian, Ekonomi Biru dan industri hiliran, disokong oleh kekayaan sumber asli,  biodiversiti serta kedudukannya yang strategik. 

Ekonomi Biru juga menawarkan peluang yang besar dalam sektor perikanan moden,  bioteknologi marin dan pelancongan berasaskan alam semula jadi, katanya sambil  menambah di bawah SMJ 2.0, sektor itu berpotensi menjana pendapatan tambahan  sehingga RM3.25 bilion setahun. 

Beliau berkata, sektor pertanian perlu beralih daripada pengeluaran utama kepada  amalan pertanian moden dan berkualiti tinggi, disokong oleh penggunaan teknologi  pertanian secara lebih meluas bagi meningkatkan produktiviti serta memperkukuh  keterjaminan makanan. 

Bagaimanapun, Hajiji menegaskan bahawa peningkatan pengeluaran semata-mata  tidak mencukupi kerana Sabah juga perlu mencipta dan mengekalkan lebih banyak nilai  ekonomi dalam negeri melalui pemindahan teknologi, inovasi, pembangunan kemahiran  serta penyertaan lebih besar perniagaan tempatan dalam industri hiliran. 

Beliau berkata, kedudukan strategik Sabah di tengah-tengah Borneo, berhampiran  Brunei Darussalam, Indonesia dan Filipina, turut menjadikan negeri ini sebagai pintu  masuk semula jadi bagi perdagangan, pelaburan dan pelancongan di seluruh kawasan  BIMP-EAGA serta rantau ASEAN yang lebih luas. 

Bagi merealisasikan peluang tersebut, Hajiji berkata, perniagaan di Sabah perlu  mempunyai akses lebih luas kepada modal, kepakaran dan rangkaian pelaburan bagi  membolehkan mereka berkembang ke pasaran nasional, serantau dan global. 

Beliau berkata, Kerajaan Negeri mengalu-alukan usaha SC memperluas pilihan  pembiayaan kepada perniagaan di Sabah melalui pendanaan ramai berasaskan ekuiti,  pembiayaan antara rakan setara (P2P), pelaburan bersama, modal swasta dan pasaran  saham. 

“Kita amat mengalu-alukan inisiatif yang menghubungkan perniagaan tani dengan  platform pembiayaan, modal teroka dan pelabur ekuiti swasta. 

“Kita juga menghargai Skim Keterjaminan Makanan di bawah Dana Pelaburan Bersama  Malaysia atau MyCIF. Melalui pelaburan bersama sebanyak RM1 bagi setiap RM2 yang  diperoleh daripada pelabur swasta, skim ini menyokong perniagaan dalam sektor  pertanian, teknologi pertanian dan bioekonomi,” katanya. 

Beliau berkata, usahawan dan syarikat memerlukan pembiayaan yang bersesuaian  pada pelbagai peringkat pembangunan, sama ada bagi pemprosesan hiliran, teknologi  pertanian, akuakultur mahupun logistik maritim.

Hajiji turut menggesa usahawan tempatan memperkukuh pengurusan kewangan, tadbir  urus korporat dan perancangan perniagaan bagi meningkatkan kesediaan mereka  menarik pelaburan. 

“Mulakan persediaan dari sekarang untuk mendapatkan modal yang ingin anda  kumpulkan. Pastikan rekod kewangan diselenggara dengan baik serta perkukuh tadbir  urus dan pengurusan perniagaan. 

“Bersedialah untuk menjelaskan bagaimana perniagaan anda menjana pendapatan,  bagaimana dana yang diperoleh akan digunakan dan bagaimana risiko akan diuruskan.  Pelabur perlu memahami perniagaan anda sebelum mereka dapat memberikan  sokongan,” katanya. 

Beliau turut mengajak pelabur, penyedia pembiayaan dan pengantara pasaran modal  meneroka peluang pelaburan dalam sektor pertanian, kilang pemprosesan, tapak  akuakultur, perkilangan dan perniagaan pelancongan di Sabah. 

“Sabah mempunyai sumber, kedudukan strategik, usahawan dan aspirasi yang besar.  Kini, kita perlu memperkukuh hubungan antara perniagaan tempatan dengan modal,  keupayaan dan kerjasama strategik yang diperlukan untuk mereka terus berkembang,”  katanya. 

Tamat.

 

KOTA KINABALU: Sabah’s economy grew by 5.1 per cent last year, its strongest  performance in six years, with gross domestic product (GDP) reaching RM88.8 billion,  said Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. 

He said the growth was supported by the services sector, which expanded by 4.5 per  cent, manufacturing (five per cent) and construction (28.3 per cent). 

“Sabah has momentum. Our task now is to turn it into stronger local businesses, higher value industries, better jobs and opportunities for communities across the state,” he said. 

Hajiji said this was also the focus of the Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 development  roadmap for 2026 to 2030, which emphasised improving competitiveness, raising  productivity and creating greater value. 

He said this at the Kembara Borneo 2026, Sabah Edition, organised by the Securities  Commission Malaysia (SC) at the Magellan Sutera Harbour Resort here today. 

Deputy Chief Minister II/Finance Minister Datuk Seri Panglima Masidi Manjun delivered  his speech. 

Hajiji said the State's record development ceiling of RM12.02 billion under the 13th  Malaysia Plan, covering 933 new projects and 240 extension projects, would further  strengthen Sabah's competitiveness and attractiveness to investors. 

The Chief Minister said that while SMJ 1.0 focused on recovery, stabilisation, and  restructuring after the pandemic, SMJ 2.0 would build on that foundation to ensure  development brought tangible benefits to the people through better opportunities,  stronger livelihoods, and improved public services. 

“Our aspiration is not only to attract businesses to Sabah. We also want to help Sabah based companies grow into national, regional and global champions. 

“That means nurturing creativity, resilience and entrepreneurship, especially among our  young people,” he said. 

Hajiji reiterated that Sabah has significant economic potential in agriculture, the Blue  Economy and downstream industries, supported by its natural resources, biodiversity  and strategic location.

The Blue Economy also offered considerable opportunities in modern fisheries, marine  biotechnology and nature-based tourism, he said, adding that under SMJ 2.0, the sector  had the potential to generate up to RM3.25 billion in additional income annually. 

He said agriculture must move beyond primary production toward modern, high-quality  practices supported by wider adoption of agri-technology to raise productivity and  strengthen food security. 

However, Hajiji stressed that increasing production alone was insufficient, as Sabah  must also create and retain more value locally through technology transfer, innovation,  skills development and greater participation by local businesses in downstream  industries. 

He said Sabah's strategic location at the heart of Borneo, close to Brunei Darussalam,  Indonesia and the Philippines, also positioned it as a natural gateway for trade,  investment and tourism across BIMP-EAGA and the wider ASEAN region. 

To realise these opportunities, Hajiji said Sabah businesses must have greater access  to capital, expertise and investment networks to enable them to expand into national,  regional and global markets. 

He said the State Government welcomed the SC's efforts to broaden financing options  for Sabah businesses through equity crowdfunding, peer-to-peer financing, co investment, private capital and the stock market. 

“We are particularly encouraged by initiatives connecting agribusinesses with financing  platforms, venture capital and private equity investors.  

“We also value the Food Security Scheme under the Malaysia Co-Investment Fund, or  MyCIF. By co-investing RM1 for every RM2 raised from private investors, it supports  businesses in agriculture, agri-technology and the bioeconomy,” he said. 

He said entrepreneurs and companies need suitable financing at different stages of  development, whether for downstream processing, agri-technology, aquaculture, or  maritime logistics. 

Hajiji also urged local entrepreneurs to strengthen their financial management, corporate  governance and business planning to improve their readiness to attract investment. 

“Start preparing now for the capital you hope to raise. Keep proper financial records and  strengthen your governance and management. 

“Be ready to explain how your business earns revenue, how you will use the funds and  how you will manage risks. Investors need to understand your business before they can  support it,” he said. 

He also invited investors, financiers and capital market intermediaries to explore  opportunities in Sabah's farms, processing plants, aquaculture sites, factories and  tourism businesses.

“Sabah has the resources, strategic location, entrepreneurs and ambition. We must now  strengthen the bridge between our businesses and the capital, capabilities and  partnerships they need to grow,” he said. 

Ends