KM: Integriti berasaskan keberhasilan bina pentadbiran kalis rasuah (Dwibahasa)
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri memperkenalkan dan mendokong paradigma baharu menerusi Aspirasi Outcome-Based Integrity (OBI) atau Integriti Berasaskan Keberhasilan sebagai formula membina ekosistem pentadbiran yang berdaya tahan dan kalis rasuah.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata aspirasi itu membuktikan tadbir urus berasaskan keberhasilan adalah formula paling ampuh dalam membina ekosistem pentadbiran yang berdaya tahan dan kalis rasuah.
“Menerusi OBI, setiap instrumen Governans, Integriti dan Antirasuah wajib membawa keberhasilan nyata (tangible outcomes).
"OBI memberi tumpuan kepada tiga teras utama iaitu pengurangan ketara risiko ketirisan dan penyelewengan fundamental; kecekapan dan ketelusan penyampaian perkhidmatan awam; serta peningkatan ketara tahap kepercayaan rakyat (Public Trust Index) dan pelabur,” katanya ketika merasmikan Konvensyen Integriti, Tadbir Urus dan Antirasuah (KITA) 2026 yang bertemakan “Integriti Memacu Tatakelola Sabah Maju Jaya” di Sabah International Convention Centre (SICC), di sini, hari ini.
Katanya, tadbir urus tidak lagi bersifat reaktif, sebaliknya berasaskan formula 3P iaitu Proactive, Predictive and Preventive, dengan mencegah sebelum berlaku berdasarkan penilaian risiko nyata.
“Birokrasi yang tidak teratur adalah sarang paling subur bagi gejala rasuah dan wang rasuah rundat (quick money). Setiap ringgit dana awam yang dibelanjakan mesti memberikan "value for money" yang maksimum terus kepada kesejahteraan rakyat, tanpa susut nilai di tengah jalan,” katanya.
Hajiji berkata, Kerajaan Negeri komited melaksanakan tiga teras strategik, termasuk memperkasa digitalisasi, analisis data dan wawasan tingkah laku (digital governance, predictive analytics & behavioural insights), selain menginstitusikan OBI dalam penilaian prestasi agensi.
Katanya, pengukur keberhasilan OBI akan dijadikan sebahagian daripada Petunjuk Prestasi Utama (KPI) tahunan bagi semua Ketua Jabatan dan kepimpinan syarikat Kerajaan Negeri, manakala prestasi pentadbiran diukur mengikut tahap pengurangan risiko ketirisan dan kecekapan perkhidmatan.
Beliau berkata, kerajaan negeri juga akan memperluas pemerkasaan Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) dan memperkukuh fungsi Unit Integriti bagi membina ekosistem kepimpinan berintegriti generasi baharu.
Hajiji berkata, integriti bukan sekadar perhiasan kata, sebaliknya tiang utama yang mendasari kejayaan Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).
“Menerusi pemantapan pengurusan Governans, Integriti dan Antirasuah yang dipacu oleh inisiatif berasaskan keberhasilan, integriti bukan lagi slogan atau retorik moral semata-mata, tetapi teras utama yang memacu kejayaan pelan pembangunan SMJ.
“Integriti adalah enjin penggerak, memastikan setiap dana awam dan setiap dasar kerajaan memberikan nilai pulangan optimum serta impak nyata kepada rakyat, tanpa sebarang ketirisan mahu pun penyelewengan,” katanya.
Beliau berkata, integriti tinggi dalam kalangan penjawat awam adalah kunci utama kejayaan pelaksanaan Pelan Pembangunan Hala Tuju SMJ 2.0 (2026–2030), yang menggariskan Tadbir Urus Berintegriti sebagai salah satu daripada lima Pemboleh Daya Strategik utama.
Katanya, dalam fasa baharu itu, aspek penyampaian perkhidmatan tidak lagi sekadar dinilai melalui laporan atas kertas, tetapi berdasarkan impak nyata terhadap kesejahteraan rakyat.
“Saya menyeru agar semua penjawat awam terus memperkukuh kerja berpasukan dan mempertahankan etika kerja yang tinggi,” katanya.
Hajiji berkata, lebih 2,500 peserta dari seluruh negeri menghadiri KITA 2026 yang berlangsung selama dua hari, mencerminkan kesatuan tekad kolektif dalam memperkukuh pengurusan Governans, Integriti dan Antirasuah (GIA).
Beliau berkata, sejak dicetuskan pada 2023 dan diteruskan pada edisi 2024, KITA membuktikan kedudukannya sebagai platform berprestij dalam Pengurusan Governans, Integriti dan Antirasuah, selain membina landasan untuk menjadikan Sabah sebagai pelopor, peneraju dan penanda aras dalam bidang berkenaan.
Menurutnya, antara pencapaian KITA ialah penempatan 10 Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) sebagai Ketua Unit Integriti di setiap kementerian, pembangunan aplikasi mudah alih i-Adu, sistem i-DIMSS dan i-STANS, selain 17 pegawai agensi Kerajaan Negeri Sabah yang lulus Certification in Professional Integrity Assurance and Management (CPIAM) oleh Universiti Sains Malaysia.
"Di peringkat nasional, Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah (BIGoNS), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri turut menerima pengiktirafan UNGGUL dalam pensijilan Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) oleh Institut Integriti Malaysia (IIM)", katanya.
Tamat
KOTA KINABALU: The State Government has introduced and embraced a new paradigm through the Outcome-Based Integrity (OBI) aspiration as a formula for building a resilient and corruption-resistant administrative ecosystem.
Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said the aspiration proves that outcome-based governance is the most effective formula for building an administrative ecosystem that is resilient and resistant to corruption.
“Through OBI, every Governance, Integrity and Anti-Corruption instrument must deliver tangible outcomes.
“OBI focuses on three main pillars, namely a significant reduction in the risks of fundamental leakages and misconduct; greater efficiency and transparency in public service delivery; and a significant increase in the level of public and investor confidence, as reflected in the Public Trust Index,” he said when officiating at the 2026 Integrity, Governance and Anti-Corruption Convention (KITA), themed “Integrity Driving Sabah Maju Jaya Governance”, at the Sabah International Convention Centre (SICC) here today.
He said governance must no longer be reactive, but instead be based on the 3P formula - Proactive, Predictive and Preventive — by preventing problems before they occur through actual risk assessments.
“Disorganised bureaucracy is the most fertile breeding ground for corruption and ‘quick money’. Every ringgit of public funds spent must deliver maximum value for money directly towards the people’s well-being, without losing value along the way,” he said.
Hajiji said the State Government was committed to implementing three strategic pillars, including strengthening digitalisation, data analytics and behavioural insights through digital governance, predictive analytics and behavioural insights, as well as institutionalising OBI in agency performance assessments.
He said OBI outcome indicators would be incorporated into the annual Key Performance Indicators (KPIs) of all heads of departments and the leadership of State Government companies, while administrative performance would be measured according to the extent of reductions in leakage risks and improvements in service efficiency.
He said the State Government would also expand the empowerment of Certified Integrity Officers (CeIOs) and strengthen the functions of Integrity Units to build a new generation of leaders with integrity.
Hajiji said integrity was not merely decorative rhetoric, but a fundamental pillar underpinning the success of the Sabah Maju Jaya (SMJ) Development Plan.
“Through strengthened Governance, Integrity and Anti-Corruption management driven by outcome-based initiatives, integrity is no longer merely a slogan or moral rhetoric, but a key pillar driving the success of the SMJ development plan.
“Integrity is the driving engine that ensures every public fund and every government policy delivers optimum returns and tangible impact to the people, without any leakage or misconduct,” he said.
He said a high level of integrity among civil servants was key to successfully implementing the SMJ 2.0 Development Plan (2026–2030), which identifies Integrity Based Governance as one of its five main Strategic Enablers.
He said that in this new phase, service delivery would no longer be assessed merely through paper reports, but by tangible impacts on people's well-being.
“I call on all civil servants to continue strengthening teamwork and upholding high standards of work ethics,” he said.
Hajiji said more than 2,500 participants from across the State attended the two-day KITA 2026, reflecting a collective determination and united commitment to strengthening Governance, Integrity and Anti-Corruption (GIA) management.
He said that since its inception in 2023 and continuation in the 2024 edition, KITA had proven its standing as a prestigious platform for Governance, Integrity and Anti Corruption management, while laying the foundation for Sabah to become a pioneer, leader and benchmark in the field.
He added, among KITA’s achievements were the placement of 10 Certified Integrity Officers (CeIOs) as heads of Integrity Units in every ministry, the development of the i Adu mobile application, the i-DIMSS and i-STANS systems, as well as 17 Sabah State Government agency officers obtaining the Certification in Professional Integrity Assurance and Management (CPIAM) from Universiti Sains Malaysia.
“At the national level, the Sabah State Integrity and Governance Division (BIGoNS) under the State Secretary’s Office also received UNGGUL recognition under the Integrity and Governance Management System (SPINE) certification by the Malaysian Institute of Integrity (IIM),” he said.
Ends