KM: Pendidikan Al-Quran penting bentuk modal insan berkualiti (Dwibahasa)

KOTA KINABALU: Pendidikan Al-Quran mempunyai peranan penting dalam  membentuk insan yang berilmu, beriman, berakhlak mulia dan bertanggungjawab,  selaras dengan usaha kerajaan negeri membangunkan modal insan berkualiti,  berintegriti dan berdaya saing. 

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata kerajaan negeri  sentiasa menghargai peranan institusi pendidikan Islam, termasuk sekolah agama,  pondok dan pusat tahfiz, dalam membantu membentuk sahsiah serta jati diri generasi  muda. 

Beliau berkata, pendidikan tahfiz perlu terus diperkasakan melalui pendekatan yang  menyeluruh dan seimbang, bukan sahaja dalam bidang hafazan dan ilmu agama, tetapi  turut merangkumi ilmu akademik, teknologi, kemahiran komunikasi, kepimpinan,  keusahawanan serta bidang teknikal dan vokasional. 

“Kita mahu melahirkan generasi Al-Quran yang bukan sahaja baik dari sudut hafazan,  tetapi turut cemerlang dalam pelajaran, mempunyai kemahiran, berdisiplin serta mampu  memimpin dan berbakti kepada masyarakat,” katanya pada Majlis Perasmian Bangunan  Pejabat Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah (MTS) Wilayah Sabah dan Sarawak di Taman  Sulaman, di sini, hari ini. 

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk  Isnin Haji Aliasnih. 

Hajiji berkata, pembangunan sesebuah negeri tidak seharusnya hanya diukur  berdasarkan kemajuan fizikal dan pertumbuhan ekonomi semata-mata, sebaliknya turut  merangkumi pembinaan manusia yang berilmu, berakhlak serta sentiasa berpegang  teguh kepada ajaran agama. 

Katanya, generasi yang dididik dengan Al-Quran bukan sahaja mampu menjadi imam,  pendakwah atau pendidik, malah berpotensi menjadi pemimpin, profesional, usahawan  serta anggota masyarakat yang memberi sumbangan besar kepada pembangunan  negeri dan negara. 

Beliau berkata, pembukaan bangunan pejabat MTS Wilayah Sabah dan Sarawak  merupakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha memperluas dan memperkukuh  jaringan pendidikan Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah di Sabah dan Sarawak.

“Bangunan ini bukan sekadar sebuah pusat pentadbiran. Lebih daripada itu, ia  merupakan lambang komitmen, kesungguhan dan cita-cita besar untuk melahirkan  generasi yang menghafaz, memahami serta menghayati ajaran Al-Quran dalam  kehidupan mereka,” katanya. 

Hajiji turut menggalakkan MTS menjalinkan lebih banyak kerjasama strategik dengan  institusi pengajian tinggi, agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan, badan bukan  kerajaan serta pihak swasta, khususnya dalam pembangunan kurikulum, latihan  perguruan, pendidikan digital, kemahiran teknikal dan vokasional, keusahawanan serta  peluang melanjutkan pengajian. 

Beliau berkata, jaringan kerjasama yang kukuh dapat memastikan para pelajar tahfiz  mempunyai laluan pendidikan dan kerjaya yang lebih luas serta mampu berdikari pada  masa hadapan. 

Ketua Menteri turut menegaskan kepentingan pengurusan institusi tahfiz yang baik,  telus dan profesional, termasuk mematuhi semua peraturan dan garis panduan  berkaitan keselamatan bangunan, pencegahan kebakaran, kesihatan, kebersihan serta  kelayakan tenaga pengajar. 

Katanya, pengurusan yang baik, telus dan profesional amat penting bagi memastikan  keyakinan ibu bapa serta masyarakat terhadap institusi tahfiz terus terpelihara. 

Dalam konteks Sabah yang kaya dengan kepelbagaian agama, budaya dan etnik, beliau  berkata institusi pendidikan agama turut mempunyai tanggungjawab menyemai nilai  kesederhanaan, kasih sayang, toleransi serta penghormatan terhadap masyarakat yang  berbilang kaum dan agama. 

“Ajaran Islam menuntut umatnya supaya membawa rahmat, memelihara keamanan dan  membina hubungan yang baik sesama manusia. Nilai-nilai inilah yang perlu diterapkan  kepada para pelajar agar mereka menjadi pendakwah melalui akhlak, ilmu dan  perbuatan yang baik,” katanya. 

Tamat

 

KOTA KINABALU: Quranic education plays an important role in shaping individuals who  are knowledgeable, faithful, of good character and responsible, in line with the State  Government’s efforts to develop quality, principled and competitive human capital. 

Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said the State Government has  always appreciated the role of Islamic educational institutions, including religious  schools, pondok schools and tahfiz centres, in shaping the character and identity of the  younger generation. 

He said tahfiz education should continue to be strengthened through a comprehensive  and balanced approach, not only in Quranic memorisation and religious knowledge, but  also encompassing academic knowledge, technology, communication skills, leadership,  entrepreneurship, as well as technical and vocational fields. 

“We want to develop a generation grounded in the Quran who are not only proficient in  memorisation, but also excel academically, possess skills, are disciplined and are  capable of leading and contributing to society,” he said at the official opening of the Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah (MTS) Sabah and Sarawak Regional Office building at  Taman Sulaman here today. 

Assistant Minister to the Chief Minister Datuk Isnin Haji Aliasnih read his speech. 

Hajiji said a state's development should not be measured solely by physical progress  and economic growth, but should also include developing people who are  knowledgeable, of good character, and steadfast in their religious teachings. 

He said a generation educated through the Quran is not only capable of becoming  imams, preachers or educators, but also has the potential to become leaders,  professionals, entrepreneurs and members of society who make significant contributions  to the development of the state and country. 

He said the opening of the MTS Sabah and Sarawak Regional Office building marked  another important achievement in efforts to expand and strengthen the Maahad Tahfiz  Sulaimaniyyah education network in Sabah and Sarawak. 

“This building is not merely an administrative centre. More than that, it symbolises  commitment, dedication and a great aspiration to develop a generation that memorises,  understands and lives by the teachings of the Quran in their daily lives,” he said.

Hajiji also encouraged MTS to forge more strategic collaborations with higher learning  institutions, government agencies, government-linked companies, non-governmental  organisations and the private sector, particularly in curriculum development, teacher  training, digital education, technical and vocational skills, entrepreneurship and  opportunities for further studies. 

He said strong collaborative networks could ensure tahfiz students have broader  educational and career pathways and can become self-reliant in the future. 

The Chief Minister also stressed the importance of good, transparent and professional  management of tahfiz institutions, including compliance with all regulations and  guidelines relating to building safety, fire prevention, health, cleanliness and the  qualifications of teaching staff. 

He said good, transparent and professional management is essential to maintaining the  confidence of parents and the community in tahfiz institutions. 

In the context of Sabah’s rich religious, cultural and ethnic diversity, he said religious  educational institutions also have a responsibility to instil the values of moderation,  compassion, tolerance and respect for the state’s multiracial and multireligious society. 

“Islam teaches its followers to bring mercy, preserve peace and build good relations  among fellow human beings. These are the values that must be instilled in students so  that they can become ambassadors of the faith through good character, knowledge and  deeds,” he said. 

Ends