Sabah catat pertumbuhan 4.1 peratus ketibaan pelawat bagi tempoh lapan bulan pertama tahun ini (Dwibahasa)

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata  ketibaan pelawat ke Sabah bagi tempoh lapan bulan pertama tahun ini mencatatkan  pertumbuhan positif sebanyak 4.1 peratus berbanding tempoh yang sama tahun  sebelumnya. 

Setakat Ogos 2026, Sabah telah merekodkan sebanyak 2.6 juta ketibaan pelawat,  merangkumi 1.1 juta (43 peratus) pelawat antarabangsa dan 1.5 juta (57 peratus)  pelawat domestik.  

“Angka ini jelas menunjukkan bahawa Sabah terus menjadi destinasi pilihan dalam  kalangan pelancong dari dalam dan luar negara,” katanya pada majlis perasmian Malam  Gala dan Ritma Kinabalu 2026 di Padang Merdeka pada Sabtu. 

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk  Joniston Bangkuai. 

Menurutnya, China kekal sebagai pasaran antarabangsa utama apabila merekodkan  sebanyak 578,681 ketibaan bagi tempoh lapan bulan pertama tahun ini. 

Perkembangan ini disokong oleh pasaran Singapura, Australia dan Eropah, begitu juga  Jepun yang turut merekodkan perkembangan memberangsangkan susulan semakan  semula nasihat perjalanan, katanya. 

Manakala, ketibaan dari Itali dan Sepanyol pada bulan Ogos mencerminkan daya  tarikan Sabah yang semakin kukuh dalam kalangan pelancong Eropah, katanya.  

“Perkembangan ini memberi keyakinan bahawa Sabah mempunyai potensi yang besar  untuk terus memperluas jangkauan ke pasaran antarabangsa, khususnya dengan  sokongan rangkaian dan ketersambungan penerbangan yang lebih baik,” katanya. 

Ketua Menteri berkata pasaran domestik yang mencatat peningkatan sebanyak 2.1  peratus terus menjadi tonggak penting kepada industri pelancongan negeri. 

“Dapatan awal Lembaga Pelancongan Sabah juga menunjukkan bahawa minat  terhadap Sabah sebagai destinasi pelancongan kekal kukuh,” katanya.

Namun, Hajiji berkata masih terdapat cabaran yang perlu ditangani, khususnya  berkaitan tambang penerbangan dan ketersediaan penerbangan, yang boleh  mempengaruhi keputusan pelancong untuk berkunjung ke Sabah serta daya saing  negeri ini berbanding destinasi lain di dalam negara dan rantau ini.  

“Justeru, aspek ketersambungan udara perlu terus diberikan perhatian agar potensi  besar sektor pelancongan Sabah dapat dimanfaatkan sepenuhnya,” katanya. 

Beliau mengulangi keyakinan Sabah mampu mencapai sasaran empat juta ketibaan  pada tahun ini. 

“Kita amat berbangga dengan pencapaian sektor pelancongan Sabah, yang kini telah  mencecah kira-kira 64 peratus daripada sasaran empat juta pelawat bagi tahun 2026.  

“Pencapaian ini memberikan asas yang kukuh untuk kita terus meningkatkan  momentum bagi tempoh berbaki tahun ini. Untuk mencapai sasaran tersebut, kita  memerlukan tambahan sekitar 1.44 juta ketibaan bagi tempoh September hingga  Disember tahun ini, atau purata kira-kira 361,000 pelawat sebulan.  

“Saya percaya sasaran ini mampu dicapai sekiranya momentum sedia ada dapat terus  diperkukuh melalui promosi yang lebih berkesan, peningkatan ketersambungan  penerbangan serta kerjasama erat antara Kerajaan, pemain industri dan semua pihak  berkepentingan,” katanya. 

Mengenai program Malam Gala dan Ritma Kinabalu atau Rhythms Of Kinabalu 2026  yang kini memasuki edisi ke-12, beliau berkata ia adalah satu inisiatif yang baik dalam  menyediakan platform dan peluang kepada penggiat seni budaya kumpulan muzik  tradisional serta kontemporari mempersembahkan karya seni yang berkonsepkan Muzik  Borneo. 

Hajiji berkata pelancongan kebudayaan merupakan antara tarikan utama yang mampu  menarik lebih ramai pelancong ke Sabah.  

“Kepelbagaian khazanah budaya, adat resam, seni dan makanan tradisional kita  menawarkan pengalaman yang unik kepada para pengunjung.  

“Pada masa yang sama, sektor ini membuka peluang ekonomi kepada masyarakat  setempat serta membantu memelihara khazanah budaya untuk generasi akan datang.  

“Oleh itu, marilah kita bersama-sama memperkenalkan kekayaan budaya Sabah  kepada dunia, di samping memastikan keasliannya terus terpelihara,” katanya. 

Tamat

 

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said arrivals  to Sabah in the first eight months of this year recorded positive growth of 4.1 per cent  compared with the same period last year. 

As of August 2026, Sabah recorded 2.6 million visitor arrivals, comprising 1.1 million (43  per cent) international visitors and 1.5 million (57 per cent) domestic visitors. 

“These figures clearly show that Sabah continues to be a preferred destination among  both domestic and international travellers,” he said at the opening of the Gala Night and  Rythms of Kinabalu 2026 at Padang Merdeka on Saturday. 

Assistant Minister to the Chief Minister Datuk Joniston Bangkuai delivered his speech. 

He said China remained Sabah’s main international market, recording 578,681 arrivals  in the first eight months of this year. 

This was supported by the Singapore, Australia and European markets, while Japan  also recorded encouraging growth following a review of its travel advisory, he said. 

Meanwhile, arrivals from Italy and Spain in August reflected Sabah’s growing appeal  among European travellers, he said. 

“These developments give us confidence that Sabah has strong potential to further  expand its reach into international markets, particularly with the support of better flight  networks and connectivity,” he said. 

The Chief Minister said the domestic market, which rose 2.1 per cent, remained an  important pillar of the state’s tourism industry. 

“Preliminary findings by the Sabah Tourism Board also indicate that interest in Sabah as  a tourism destination remains strong,” he said. 

However, Hajiji said there were still challenges that needed to be addressed, particularly  in relation to airfares and flight availability, which could influence travellers’ decisions to  visit Sabah as well as the state’s competitiveness compared with other destinations in  the country and the region.

“Therefore, air connectivity must continue to be given close attention so that the full  potential of Sabah’s tourism sector can be realised,” he said. 

He reiterated his confidence that Sabah could achieve its target of four million visitor  arrivals this year. 

“We are very proud of the performance of Sabah’s tourism sector, which has now  reached about 64 per cent of the target of four million visitors for 2026. 

“This achievement provides a strong foundation for us to further build momentum for the  remainder of the year. To achieve the target, we need an additional 1.44 million arrivals  from September to December this year, or about 361,000 visitors per month on average. 

“I believe this target is achievable if the current momentum can be further strengthened  through more effective promotions, improved flight connectivity and close cooperation  among the Government, industry players and all stakeholders,” he said. 

On the Gala Night and Rhythms of Kinabalu 2026, now in its 12th edition, he said it was  a good initiative that provided a platform and opportunities for cultural arts practitioners,  as well as traditional and contemporary music groups, to showcase works based on  Borneo music. 

Hajiji said cultural tourism was among the key attractions that could draw more visitors  to Sabah. 

“Our rich diversity of cultural heritage, customs, arts and traditional food offers visitors a  unique experience. 

“At the same time, this sector creates economic opportunities for local communities and  helps preserve our cultural heritage for future generations. 

“Therefore, let us work together to introduce Sabah’s rich cultural heritage to the world  while ensuring that its authenticity continues to be preserved,” he said. 

Ends