KM iringi PM santuni mangsa kebakaran Kampung Numbak

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, hari ini  mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Anwar Ibrahim, menyantuni mangsa  kebakaran Kampung Numbak di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan  Serbaguna Damai, di sini. 

Kunjungan itu memberi peluang kepada Perdana Menteri dan Ketua Menteri bertemu  serta menyampaikan kata-kata semangat kepada mangsa yang terjejas akibat kejadian  kebakaran berkenaan. 

PMX turut menyampaikan bantuan khas kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas  dalam kebakaran berkenaan. 

Terdahulu, Hajiji bersama Perdana Menteri menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek  Likas, di sini. 

Tamat