KM: Sabah harap isu 40 peratus dapat disegerakan
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri berharap penyelesaian tuntutan hak 40 peratus hasil bersih yang diperuntukkan kepada negeri itu dapat disegerakan oleh Kerajaan Persekutuan.
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, perkara itu turut dibangkitkan dalam perbincangan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk
Abang Haji Openg dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) Bil.1/2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.
“Untuk makluman juga, kita bagi pihak Kerajaan Negeri Sabah ada mohon pertimbangan terutama dalam penyelesaian 40 peratus pembayaran kepada Sabah itu juga mendapat pertimbangan yang sewajarnya.
“Jadi kita ingin supaya ini juga dapat diselesaikan dan disegerakan. Itu bagi pihak negeri Sabah,” katanya pada sidang media bersama PMX dan Premier Sarawak selepas mesyuarat itu.
Sementara itu, sebagai langkah interim, Anwar berkata Kerajaan Persekutuan bersetuju menambah segera mulai tahun ini ke RM1.5 bilion.
Anwar berkata rundingan mengenai perkara itu akan diteruskan dengan mengambil kira kedudukan kewangan negara seperti yang diperuntukkan dalam perjanjian asal.
“Untuk itu, saya telah setuju untuk menambah segera mulai tahun ini RM1.5 bilion sebagai langkah interim.Rundingan diteruskan dan mengambil kira juga kedudukan kewangan seperti mana dalam perjanjian awal,” katanya.
Beliau berkata kerajaan dijangka membawa kertas berkaitan perkara itu ke Parlimen pada Oktober sebelum jumlah RM1.5 bilion tersebut disalurkan kepada Sabah, kemungkinan pada akhir Oktober atau awal November.
Perdana Menteri juga berkata, Jemaah Menteri pada Rabu lalu telah bersetuju dan meluluskan prinsip penambahan penyertaan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak dengan meningkatkan nisbah perwakilan mereka.
Turut hadir pada Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 ialah Timbalan-Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dan Datuk Ewon Benedick.
Tamat
KOTA KINABALU: The State Government hopes that the settlement of Sabah’s 40 per cent net revenue entitlement can be expedited by the Federal Government.
Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said the matter was also raised during discussions with Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim and Sarawak Premier Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg at the Malaysia Agreement 1963 (MA63) Implementation Action Council Meeting No. 1/2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) here today.
“For your information, on behalf of the Sabah State Government, we have also sought due consideration, particularly in resolving the 40 per cent payment to Sabah.
“So we hope that this matter can be expedited. That is our position on behalf of the State of Sabah,” he said at a joint press conference with the Prime Minister and Sarawak Premier after the meeting.
Meanwhile, as an interim measure, Anwar said the Federal Government had agreed to immediately increase the payment to RM1.5 billion beginning this year.
Anwar said negotiations on the matter would continue, taking into account the country’s financial position as provided for under the original agreement.
“For this, I have agreed to immediately increase the amount to RM1.5 billion beginning this year as an interim measure. Negotiations will continue, taking into account the financial position as stipulated in the original agreement,” he said.
He said the government is expected to table a paper on the matter in Parliament in October before the RM1.5 billion is channelled to Sabah, possibly by the end of October or early November.
The Prime Minister also said the Cabinet on Wednesday agreed in principle to increase the participation of Members of Parliament from Sabah and Sarawak by raising their representation ratio.
Also present at the Malaysia Agreement 1963 Implementation Action Council Meeting were Sabah Deputy Chief Ministers Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun and Datuk Ewon Benedick.
Ends