MA63: Sabah terus perjuang tuntutan, termasuk bayaran 40 peratus -KM (Dwibahasa)

KUNAK: Kerajaan Sabah akan terus memperjuangkan tuntutan dan isu yang masih  belum diselesaikan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), termasuk tuntutan  bayaran 40 peratus hasil bersih yang menjadi hak Sabah. 

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, perkara berkenaan  akan dibincangkan pada mesyuarat berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang  akan dipengerusikan Perdana Menteri, Jumaat ini, dengan Sabah menjadi tuan rumah. 

“Dalam mesyuarat itu kita akan bincangkan perkara-perkara yang menjadi tuntutan  ataupun isu-isu yang masih perlu diselesaikan dalam Perjanjian MA63 kita,” katanya  kepada pemberita selepas lawatan kerja ke Kilang Pengekstrakan Phytonutrient Kunak  Lipids Sdn Bhd di sini, hari ini. 

Hajiji berkata, Kerajaan Sabah berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana  sepanjang pentadbiran beliau, sembilan perkara di bawah MA63 telah diselesaikan dan  kuasa berkaitan turut diturunkan kepada Sabah. 

“Dulu ada empat perkara, jadi kesemuanya 13 (perkara) telah diselesaikan.  Bagaimanapun, masih ada perkara-perkara lain, termasuk pembayaran 40 peratus,”  katanya. 

Menurutnya, Kerajaan Persekutuan telah bersetuju dengan tuntutan bayaran 40 peratus  berkenaan, namun masih terdapat beberapa isu teknikal yang perlu diselesaikan. 

“Mereka telah setuju tetapi ada lagi masalah mungkin teknikal yang dibawa. Ini proses  biasa sebab ada proses rayuan, tetapi ia tidak mengganggu keputusan untuk kita  mendapatkan bayaran 40 peratus itu,” katanya. 

Hajiji berkata, perkara-perkara yang masih belum selesai akan dibawa semula untuk  pertimbangan dalam mesyuarat atau rundingan MA63 seterusnya. 

Dalam perkembangan berkaitan pembangunan ekonomi negeri, Hajiji turut menyambut  baik kemajuan projek Kilang Pengekstrakan Phytonutrient Kunak Lipids Sdn Bhd yang  hampir siap dan dijangka mula mengeluarkan vitamin E sebelum akhir tahun ini. 

Beliau berkata, kilang berkenaan merupakan perkembangan positif sebagai aktiviti serta  perniagaan sampingan Kumpulan Sawit Kinabalu, dengan bahan-bahan berasaskan  sawit digunakan dalam pengeluarannya.

“Saya amat berbesar hati mendengar taklimat tadi daripada Sawit Kinabalu dan syarikat  bersama Sawit Kinabalu kerana kilang yang dibina untuk mengeluarkan vitamin E ini  telah hampir selesai dan akan mengeluarkan vitamin E sebelum hujung tahun. 

“Ini satu perkembangan yang cukup baik sebagai aktiviti dan juga perniagaan  sampingan Kumpulan Sawit Kinabalu. Semua ini dibuat daripada bahan-bahan sawit  dan sebagainya,” katanya. 

Hajiji berkata, projek itu dipercayai merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia  dan diharap dapat membantu meningkatkan hasil Sawit Kinabalu serta syarikat  kerjasamanya. 

“I think this is the first in Malaysia (Saya rasa ini yang pertama di Malaysia).Jadi ini satu  perkembangan yang bagus. Mudah-mudahan ia akan dapat menambah hasil Sawit dan  juga syarikat kerjasama,” katanya. 

Terdahulu, ketibaan Hajiji dan rombongan di kilang itu disambut Pengerusi Sawit  Kinabalu, Datuk Haji Hazem Mubarak Tun Dr. Musa dan Pengarah Urusan Kumpulan  merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sawit Kinabalu, Datuk Victor Ationg. 

Kunak Lipids Sdn Bhd adalah anak syarikat Kumpulan Sawit Kinabalu yang  mengendalikan Kilang Pengekstrakan Phytonutrient di Kunak. 

Tamat

 

 

 

KUNAK: The Sabah Government will continue to pursue claims and outstanding issues  under the Malaysia Agreement 1963 (MA63), including Sabah’s entitlement to 40 per  cent of net revenue. 

Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said the matter would be  discussed at a meeting on the Malaysia Agreement 1963 (MA63), to be chaired by the  Prime Minister this Friday, with Sabah as the host. 

“At the meeting, we will discuss the claims and issues under MA63 that still need to be  resolved,” he told reporters after a working visit to the Kunak Lipids Sdn Bhd  Phytonutrient Extraction Plant here today. 

Hajiji said the Sabah Government was grateful to the Prime Minister as nine matters  under MA63 had been resolved during his administration, with the relevant powers also  devolved to Sabah. 

“Previously, four matters had been resolved, bringing the total to 13. However, there are  still other matters outstanding, including the 40 per cent payment,” he said. 

According to him, the Federal Government had agreed to the 40 per cent payment claim,  although several technical issues still needed to be resolved. 

“They have agreed, but there may still be some technical issues that have been raised.  This is a normal process because there is an appeal process, but it does not affect the  decision for us to receive the 40 per cent payment,” he said. 

Hajiji said the outstanding matters would be brought up again for consideration at  subsequent MA63 meetings or negotiations. 

On a related development concerning the State’s economic development, Hajiji also  welcomed the progress of the Kunak Lipids Sdn Bhd Phytonutrient Extraction Plant  project, which is nearing completion and expected to begin producing vitamin E before  the end of this year. 

He said the plant represented a positive development as a supplementary activity and  business venture for the Sawit Kinabalu Group, with palm-based materials used in its  production.

“I am very pleased with the briefing earlier from Sawit Kinabalu and its partner company.  The plant being built to produce vitamin E is almost complete and will begin production  before the end of the year. 

“This is a very positive development as an additional activity and business venture for  the Sawit Kinabalu Group. All these products are made from palm-based materials and  others,” he said. 

Hajiji said the project was believed to be the first of its kind in Malaysia and hoped it  would help increase the revenue of Sawit Kinabalu and its partner company. 

“I think this is the first in Malaysia. So, this is a good development. Hopefully, it will help  increase the revenue of Sawit Kinabalu as well as its partner company,” he said. 

Earlier, Hajiji and his entourage were welcomed upon arrival at the plant by Sawit  Kinabalu Chairman Datuk Haji Hazem Mubarak Tun Dr Musa and Sawit Kinabalu Group  Managing Director cum Group Chief Executive Officer Datuk Victor Ationg. 

Kunak Lipids Sdn Bhd is a subsidiary of the Sawit Kinabalu Group which operates the  Phytonutrient Extraction Plant in Kunak. 

Ends