Memperkasa keupayaan tenaga kerja tempatan dalam sektor air (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata Kerajaan Negeri komited untuk mempertingkatkan keupayaan tenaga kerja tempatan di negeri ini, termasuk dalam sektor air yang selaras dengan visinya untuk kemakmuran Sabah.
"Dengan membekalkan para profesional kita dengan pengetahuan dan kemahiran terkini, kita memperkasakan mereka untuk menerajui penerapan teknologi dan amalan baharu.
"Pelaburan dalam modal insan ini amat penting untuk pembangunan mampan dalam semua sektor pembangunan," katanya ketika merasmikan Asiawater Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.
Ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir.
Beliau berkata tidak dinafikan bahawa manfaat ekonomi daripada industri air dan kumbahan yang kukuh adalah besar kerana perkhidmatan air yang lebih baik membawa kepada peningkatan tahap kesihatan awam dan produktiviti yang lebih tinggi.
"Apabila kita melabur dalam infrastruktur air, kita turut merangsang penciptaan pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi, seterusnya memastikan semua rakyat Sabah mendapat manfaat daripada kemajuan ini," katanya.
Ketua Menteri berkata persidangan dan expo ini merupakan satu lagi detik penting dalam usaha menangani isu utama yang memberi kesan kepada Sabah.
"Dalam beberapa hari ini, saya percaya anda semua akan terlibat dalam perbincangan yang bermakna serta meneroka penyelesaian inovatif bagi menangani cabaran mendesak yang kita hadapi di Sabah," katanya.
Hajiji berharap perbincangan itu akan membuka ruang baharu untuk kerjasama dan perkongsian ilmu.
"Apa yang lebih penting ialah mempertingkatkan keupayaan dan merangka strategi berkesan untuk menambah baik perkhidmatan air kepada masyarakat kita," katanya.
Tamat
English Version
KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said the State Government is committed to enhancing the capabilities of the state's local workforce, including in the water sector that aligns with its vision for a prosperous Sabah.
"By equipping our professionals with the latest knowledge and skills, we empower them to lead in the adoption of new technologies and practices.
"This investment in human capital is crucial for the sustainable development of all sectors of development," he said at the opening of the Asiawater Sabah Conference and Expo held at the Sabah International Convention Centre (SICC) here today.
Assistant Minister to the Chief Minister Datuk Abidin Madingkir delivered his speech.
He said undoubtedly the economic benefits of a robust water and wastewater industry are profound as improved water services lead to better public health outcomes and increased productivity.
"As we invest in our water infrastructure, we also stimulate job creatios and economic growth, ensuring that all Sabahans benefit from these advancements," he said.
The Chief Minister said the conference and expo is another significant moment in the journey to address the pertinent issue affecting Sabah.
"Over the next couple of days, I trust you will engage in meaningful discussions and explore innovative solutions to address the pressing challenges we face in Sabah," he said.
Hajiji hoped the discourse will help to open new avenues for collaboration and knowledge sharing.
"What is more important is to enhance capabilities and develop effective strategies to improve water services for our communities," he said.
Ends
