Peruntukan hampir RM1bilion untuk Pertanian, Perindustrian dan Pelancongan tahun ini (Dwibahasa)

KENINGAU: Kerajaan Negeri memperuntukkan hampir RM1 bilion untuk pembangunan sektor  Pertanian, Perindustrian dan Pelancongan yang terus menjadi antara pemacu utama  pertumbuhan ekonomi Sabah tahun ini. 

Oleh itu, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mahu setiap Pegawai Daerah  melihat potensi ekonomi yang ada di kawasan masing-masing. 

“Ada daerah yang mempunyai kekuatan dalam pertanian. Ada yang mempunyai potensi  pelancongan. Ada yang mempunyai sumber marin. Ada juga yang mempunyai potensi dalam  industri dan perdagangan. Potensi ini perlu dikenal pasti dan dibangunkan secara terancang. 

“Tugas kita ialah memastikan potensi tersebut dapat diterjemahkan kepada peluang pelaburan,  pekerjaan dan peningkatan pendapatan rakyat,” katanya pada majlis perasmian Persidangan  Pegawai Daerah Negeri Sabah ke-29 di Hotel Perkasa di sini pada Isnin. 

“Dalam hal ini, saya melihat Ekonomi Biru sebagai satu bidang yang mempunyai potensi besar,  khususnya di kawasan luar bandar. Sabah mempunyai sumber marin, biodiversiti dan kawasan  pesisir yang luas. 

“Potensi ini perlu dimanfaatkan secara berhemah untuk mewujudkan peluang ekonomi baharu  dan meningkatkan pendapatan masyarakat. Saya berharap Pegawai Daerah dapat membantu  mengenal pasti potensi tersebut dan memudah cara pelaburan yang sesuai dengan keperluan  serta kekuatan setiap daerah,” katanya. 

Hajiji mengulangi bahawa untuk tahun ini, Kerajaan Negeri mempunyai siling peruntukan  pembangunan sebanyak RM12.02 bilion bagi 1,173 program dan projek di bawah Rancangan  Malaysia Ke-13 (RMK13), yang tertinggi dalam sejarah Belanjawan Sabah. 

“Siling peruntukan itu adalah untuk 241 projek sambungan manakala 932 merupakan projek  baharu namun, semakin besar peruntukan yang disediakan, semakin besar juga tanggungjawab  kita untuk memastikan pelaksanaannya benar-benar berkesan,” katanya. 

Justeru, Ketua Menteri mahu setiap Pegawai Daerah memberikan perhatian serius terhadap  pelaksanaan projek dan program di daerah masing-masing. Dan pemantauan perlu dibuat  secara berterusan. Sekiranya terdapat masalah, ia perlu dikenal pasti lebih awal dan sekiranya  berlaku kelewatan, puncanya perlu diketahui dan tindakan sewajarnya perlu diambil. 

Beliau berkata Pegawai-Pegawai Daerah dan Daerah Kecil juga perlu mengubah cara melihat  kejayaan pembangunan dan bukan hanya melihat kepada kepada jumlah projek yang diluluskan  atau disiapkan.

“Kita perlu melihat kepada impak untuk rakyat. Adakah masalah rakyat telah diselesaikan,  kemudahan mereka bertambah baik, peluang ekonomi bertambah dan adakah kualiti hidup  rakyat meningkat? Inilah ukuran sebenar kejayaan pembangunan,” katanya. 

Hajiji memberi jaminan bahawa pembangunan luar bandar akan terus menjadi antara  keutamaan Kerajaan Negeri terutamanya kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air dan  elektrik. 

“Begitu juga perumahan, pendidikan, peluang pekerjaan, keusahawanan dan pembangunan  ekonomi masyarakat. Kita mahu jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar terus  dirapatkan,” katanya. 

Ketua Menteri berkata Kerajaan Negeri juga akan terus memperkukuh pendigitalan dalam  penyampaian perkhidmatan awam. 

Beliau mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah atas  pembangunan Aplikasi Online Rumah Mesra Sabah Maju Jaya, satu langkah penting untuk  menjadikan penyampaian perkhidmatan kerajaan lebih cepat, telus dan mesra rakyat. 

“Saya berharap aplikasi ini terus diperkasakan, termasuk melalui penggunaan teknologi  kecerdasan buatan atau AI. Teknologi ini boleh membantu rakyat mendapatkan maklumat  dengan lebih mudah, selain memudahkan proses permohonan dan semakan. 

Ketua Menteri mahu budaya kerja dalam pentadbiran daerah terus diperkukuhkan. 

“Kita mahu perkhidmatan yang cepat, keputusan yang tepat, tatakelola yang baik dan setiap  tindakan haruslah sentiasa meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan. 

“Kita tidak boleh setiap kali berlaku perubahan, perancangan pembangunan turut berubah.  Rakyat memerlukan kesinambungan manakala pelabur memerlukan keyakinan dan jentera  kerajaan memerlukan hala tuju yang jelas,” katanya. 

“Kejayaan kerajaan bukan hanya diukur melalui dasar yang diumumkan atau jumlah peruntukan  yang disediakan tetapi melalui perubahan yang dapat dilihat dan dirasai oleh rakyat. 

“Apabila jalan menjadi lebih baik, bekalan air bertambah baik, peluang ekonomi bertambah dan  kehidupan rakyat menjadi lebih sejahtera, maka itulah hasil sebenar pembangunan,” katanya. 

Beliau mengajak mereka untuk sama-sama memperkukuh pentadbiran daerah dan  meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan. 

“Jadikan Pejabat Daerah sebagai institusi yang cekap, responsif, berintegriti dan dekat dengan  rakyat. Dengan komitmen seluruh jentera kerajaan, saya yakin kita mampu meneruskan  kesinambungan pembangunan negeri dan menjayakan Sabah Maju Jaya 2.0 demi masa depan  Sabah yang lebih maju, makmur dan sejahtera,” katanya. 

Tamat

 

 

KENINGAU: The State Government has allocated nearly RM1 billion for the development of  the Agriculture, Industry and Tourism sectors, which continue to be among the main drivers  of Sabah’s economic growth this year. 

Therefore, Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor wants every District  Officer to identify the economic potential within their respective districts. 

“Some districts have strengths in agriculture. Some have tourism potential. Others have  marine resources, while some have potential in industry and trade. These strengths and  opportunities must be identified and developed in a planned manner.” 

“Our task is to ensure that this potential can be translated into investment opportunities, jobs  and increased income for the people,” he said at the opening of the 29th Sabah District  Officers’ Conference at Hotel Perkasa here on Monday. 

“In this regard, I see the Blue Economy as a sector with great potential, particularly in rural  areas. Sabah has vast marine resources, biodiversity and coastal areas. 

“This potential must be harnessed prudently to create new economic opportunities and  increase community incomes. I hope District Officers can help identify such potential and  facilitate investments that are suited to the needs and strengths of each district,” he said. 

Hajiji reiterated that for this year the State Government has a development allocation ceiling  of RM12.02 billion for 1,173 programmes and projects under the 13th Malaysia Plan (13MP),  the highest in the history of the Sabah Budget. 

“The allocation ceiling covers 241 continuation projects and 932 new projects.However, the  larger the allocation provided, the greater our responsibility to ensure that its implementation  is truly effective,” he said. 

Therefore, the Chief Minister wants every District Officer to pay serious attention to  implementing projects and programmes in their respective districts.Monitoring must be  carried out continuously. If there are problems, they must be identified early, and if there are  delays, identify the causes and take appropriate action. 

He said District Officers and Assistant District Officers must also change the way they  measure development success and not focus solely on the number of projects approved or  completed.

“We must look at the impact on the people. Have their problems been resolved? Have their  facilities improved? Have economic opportunities increased? Has their quality of life  improved? These are the true measures of development success,” he said. 

Hajiji assured that rural development will remain among the State Government’s priorities,  particularly basic amenities such as roads, water and electricity supply. 

“The same applies to housing, education, employment opportunities, entrepreneurship and  community economic development. We want to continue narrowing the development gap  between urban and rural areas,” he said. 

The Chief Minister said the State Government will also continue to strengthen digitalisation  in public service delivery. 

He congratulated the Sabah Rural Development Ministry on developing the Online Rumah  Mesra Sabah Maju Jaya Application, describing it as an important step toward making  government service delivery faster, more transparent, and people-friendly. 

“I hope this application will continue to be enhanced, including through the use of artificial  intelligence or AI. This technology can help the people obtain information more easily, while  also simplifying the application and checking processes. 

The Chief Minister also wants the work culture within district administration to continue to be  strengthened. 

“We want fast service, accurate decisions and good governance, and every action must  always place the interests of the people as the priority. 

“We cannot allow development planning to change every time there is a change. The people  need continuity, investors need confidence and the government machinery needs a clear  direction,” he said. 

“The success of the government is not measured merely by the policies announced or the  amount of allocations provided, but by the changes that can be seen and felt by the people. 

“When roads improve, water supply improves, economic opportunities increase and the  people enjoy a better quality of life, then those are the true outcomes of development,” he  said. 

He called on them to work together to strengthen district administration and improve the  quality of service delivery. 

“Make the District Office an institution that is efficient, responsive, has integrity and is close  to the people. With the commitment of the entire government machinery, I am confident that  we can maintain the continuity of the state’s development and successfully implement  Sabah Maju Jaya 2.0 for a more advanced, prosperous and thriving Sabah,” he said. 

Ends