Kem Kesihatan dekatkan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat (Dwibahasa)

TUARAN: Perkhidmatan kesihatan perlu terus didekatkan kepada masyarakat,  khususnya penduduk kampung dan luar bandar yang mungkin mempunyai kekangan  mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara berkala. 

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata program turun padang  seperti Kem Kesihatan Kampung Baru-Baru penting bagi memberi peluang kepada  masyarakat menjalani pemeriksaan awal, mendapatkan nasihat petugas kesihatan  serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menjaga kesihatan diri dan  keluarga. 

Beliau berkata, kerajaan negeri amat menitikberatkan kesejahteraan hidup rakyat di  peringkat akar umbi, justeru pemeriksaan kesihatan secara berkala amat penting kerana  penyakit seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis boleh berlaku tanpa  menunjukkan tanda jelas pada peringkat awal. 

“Justeru, kempen dan kem perubatan seperti yang dilaksanakan pada hari ini memberi  peluang kepada masyarakat untuk membuat pemeriksaan awal. Saya juga percaya  pendekatan mencegah lebih baik daripada mengubati perlu terus kita semai dalam  masyarakat,” katanya pada majlis perasmian Kem Kesihatan Kampung Baru-Baru di  dewan kampung itu, di sini, hari ini. 

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Perdagangan  Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia, Datuk Mohammad Ghazali Hajiji. 

Hajiji berkata, beliau amat menghargai komitmen warga Hospital Tuaran yang sentiasa  berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat, selain kerjasama Ahli  Lembaga Pelawat Hospital Tuaran, pihak hospital, pemimpin masyarakat dan penduduk  setempat. 

“Saya berharap program sebegini dapat diteruskan dari semasa ke semasa dan  diperluaskan ke kampung-kampung lain di sekitar daerah Tuaran,” katanya sambil  menyeru masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat, pemakanan seimbang dan  menjaga kebersihan persekitaran. 

Dalam pada itu, beliau berkata kesejahteraan dan kebajikan rakyat kekal sebagai  agenda utama pentadbiran kerajaan negeri menerusi pelbagai inisiatif di bawah hala  tuju pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ), termasuk pelaksanaan Rumah Mesra SMJ  dan Program SYUKUR bagi membantu rakyat miskin dan kurang berkemampuan.

Katanya, kerajaan negeri melalui Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan  Rakyat (KWKKR) serta jabatan dan agensinya turut menyediakan pelbagai bantuan  kebajikan kepada golongan OKU, warga emas, kanak-kanak, ibu tunggal dan anak  yatim, selain bantuan makanan kepada golongan daif dan miskin serta Program  Homeward bagi membantu golongan rentan. 

Hajiji berkata, pembangunan semua kampung dan kawasan di Sabah termasuk Tuaran  akan terus diberi perhatian bagi memastikan penduduk menikmati limpahan  pembangunan yang seimbang dan setara, termasuk pembangunan asas, kemudahan  infrastruktur, peluang ekonomi serta peningkatan kesejahteraan hidup. 

“Ini untuk memastikan tiada kawasan atau kampung yang tercicir daripada arus  kemajuan di bawah pentadbiran kerajaan negeri. Oleh itu, pemimpin di peringkat akar  umbi memainkan peranan penting dalam menyelaraskan agenda di peringkat  kampung,” katanya. 

Tamat

 

TUARAN: Healthcare services must continue to be made more accessible to the  community, particularly villagers and rural residents who may face constraints in  obtaining regular health screenings. 

Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said outreach programmes such  as the Kampung Baru-Baru Health Camp are important in providing the community with  opportunities to undergo early health screenings, seek advice from healthcare personnel  and raise awareness of the importance of taking care of their own health and that of their  families. 

He said the State Government places great emphasis on the well-being of people at the  grassroots level, adding that regular health screenings are crucial as illnesses such as  high blood pressure and diabetes can occur without showing obvious symptoms in their  early stages. 

“Therefore, health campaigns and medical camps such as the one held today provide  the community with an opportunity to undergo early screenings. I also believe that the  principle of prevention is better than cure must continue to be instilled in our society,” he  said at the launch of the Kampung Baru-Baru Health Camp at the village hall here today. 

His speech was delivered by Datuk Mohammad Ghazali Hajiji, Political Secretary to the  Minister of Domestic Trade and Cost of Living,. 

The Chief Minister appreciated the commitment of Tuaran Hospital staff, who  continuously strive to provide the best services to the community, as well as the  cooperation of the Tuaran Hospital Board of Visitors, the hospital, community leaders  and local residents. 

“I hope programmes such as this can be continued from time to time and expanded to  other villages throughout the Tuaran district,” he said, while urging the community to  practise a healthy lifestyle, maintain a balanced diet and keep their surroundings clean. 

Meanwhile, he said the well-being and welfare of the people remain a key agenda of the  State Government administration through various initiatives under the Sabah Maju Jaya  (SMJ) development roadmap, including the implementation of Rumah Mesra SMJ and  the SYUKUR Programme to assist the poor and underprivileged.

He said the State Government, through the Ministry of Women, Health and People’s  Well-being (KWKKR), as well as its departments and agencies, also provides various  forms of welfare assistance to persons with disabilities (PwDs), senior citizens, children,  single mothers and orphans, in addition to food assistance for the needy and poor, as  well as the Homeward Programme to assist vulnerable groups. 

Hajiji said the development of all villages and areas in Sabah, including Tuaran, would  continue to receive attention to ensure residents benefit from balanced and equitable  development, including basic development, infrastructure facilities, economic  opportunities and improvements in their quality of life. 

“This is to ensure that no area or village is left behind in the progress achieved under  the State Government administration. Therefore, leaders at the grassroots level play an  important role in coordinating the agenda at the village level,” he said. 

Ends