Peranan Orang Asal Sabah dalam pembangunan negeri penting (Dwibahasa)

KOTA MARUDU: Orang Asal Sabah mempunyai peranan yang penting dalam  pembangunan negeri dan harus terus bersama-sama mengambil bahagian dalam  usaha membina masa depan Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji  Haji Noor. 

“Bagi Kerajaan Negeri, kemajuan yang kita usahakan haruslah mengambil kira  kepentingan seluruh lapisan masyarakat, selaras dengan aspirasi Sabah Maju Jaya  untuk membina sebuah negeri yang maju, aman dan sejahtera,” katanya pada majlis  perasmian Karnival Momogun sempena Hari Orang Asal Sedunia 2026 di Dataran Kota  Marudu pada Sabtu. 

Ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri II/Menteri Kewangan Datuk  Seri Panglima Masidi Manjun. 

Ketua Menteri berkata Perlembagaan Persekutuan sendiri mengiktiraf kedudukan Anak  Negeri Sabah.  

Menurutnya, Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, antara lain, memperuntukkan  tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa Anak  Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain.  

Oleh itu, Peruntukan ini mencerminkan pengiktirafan terhadap kedudukan Anak Negeri  Sabah dalam Perlembagaan Persekutuan, katanya. 

“Dalam konteks sambutan Hari Orang Asal Sedunia, ia juga mengingatkan kita tentang  pentingnya memelihara identiti, bahasa, adat resam, kebudayaan dan sejarah Orang  Asal Sabah sebagai sebahagian daripada khazanah negeri Sabah,” katanya. 

“Ia mengingatkan kita bahawa bahasa, budaya, adat, seni dan sejarah yang diwarisi  daripada generasi terdahulu merupakan sebahagian daripada khazanah yang  membentuk jati diri sesebuah masyarakat. 

“Di Sabah, perkara ini amat dekat dengan kita. Negeri ini sejak sekian lama menjadi  tanah air kepada pelbagai etnik dan komuniti Anak Negeri yang masing-masing  mempunyai bahasa, adat resam, kebudayaan dan sejarahnya yang tersendiri.  

“Kepelbagaian etnik dan komuniti Anak Negeri ini bukanlah sesuatu yang memisahkan  kita. Sebaliknya, kepelbagaian inilah yang menjadi salah satu kekuatan terbesar Sabah  dan membentuk keunikan negeri yang kita cintai ini,” katanya.

Beliau menegaskan Kerajaan Negeri sentiasa menghormati kepelbagaian identiti, istilah  dan tradisi yang digunakan oleh pelbagai etnik dan komuniti Anak Negeri di Sabah.  

Tema Karnival Momogun sempena Hari Orang Asal Sedunia pada tahun ini, iaitu  “Memperkasa Kesejahteraan Orang Asal”, amat bertepatan dengan usaha untuk  memastikan pembangunan negeri berjalan seiring dengan kesejahteraan rakyat,  katanya.  

“Kesejahteraan tidak seharusnya dilihat dari sudut pembangunan ekonomi semata mata. Ia turut merangkumi keharmonian masyarakat, pemeliharaan identiti dan warisan,  pendidikan, pembangunan modal insan serta keupayaan masyarakat untuk  menyesuaikan diri dengan perubahan tanpa kehilangan akar budaya dan jati diri  mereka,” katanya. 

Katanya, usaha seperti penganjuran Karnival Momogun pada hari ini turut memberi  peluang kepada generasi muda untuk mengenali dengan lebih dekat bahasa, adat, seni,  kebudayaan dan sejarah yang diwarisi oleh masyarakat mereka.  

“Pada masa yang sama, ia membuka ruang kepada masyarakat yang lebih luas untuk  mengenali dan menghargai kekayaan budaya yang terdapat di negeri Sabah. 

Dalam hubungan ini, United Nations Declaration on the Rights of Indigenous Peoples  atau UNDRIP turut menjadi salah satu rujukan penting di peringkat antarabangsa  berhubung masyarakat Orang Asal.  

Antara perkara yang diberikan perhatian dalam UNDRIP termasuklah kepentingan  identiti, bahasa, adat, tradisi dan warisan budaya masyarakat Orang Asal serta  pewarisannya kepada generasi seterusnya. 

“Prinsip-prinsip ini mengingatkan kita bahawa pembangunan dan pemeliharaan warisan  tidak semestinya bertentangan antara satu sama lain,” katanya. 

Mengucapkan tahniah kepada Momogun National Congress, Pejabat Daerah Kota  Marudu, Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah serta seluruh jawatankuasa penganjur  atas kejayaan menganjurkan Karnival Momogun, Hajiji berkata “Sabah adalah rumah  kita bersama.”  

“Negeri ini dibentuk oleh kepelbagaian masyarakat, bahasa, kebudayaan dan adat  resam yang telah hidup bersama sejak sekian lama.  

“Kerajaan Negeri akan terus berusaha memastikan pembangunan negeri dilaksanakan  dengan mengambil kira kepentingan dan kesejahteraan rakyat secara keseluruhannya,”  katanya. 

Tamat

 

KOTA MARUDU: Sabah’s Indigenous Peoples have an important role in the  development of the state and should continue to participate in efforts to build Sabah’s  future, said Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. 

“For the State Government, the progress we pursue must take into account the interests  of all segments of society, in line with the Sabah Maju Jaya aspiration to build a  developed, peaceful and prosperous state,” he said at the opening of the Momogun  Carnival in conjunction with the World’s Indigenous Peoples 2026 celebration at Dataran  Kota Marudu on Saturday. 

His speech was delivered by Deputy Chief Minister II/Finance Minister Datuk Seri  Panglima Masidi Manjun. 

The Chief Minister said the Federal Constitution itself recognises the position of the  Natives of Sabah. 

He said Article 153 of the Federal Constitution, among others, provides for the  responsibility of the Yang di-Pertuan Agong to safeguard the special position of the  Natives of Sabah and Sarawak and the legitimate interests of other communities. 

Therefore, this provision reflects the recognition accorded to the Natives of Sabah under  the Federal Constitution, he said. 

“In the context of the World’s Indigenous Peoples celebration, it also reminds us of the  importance of preserving the identity, languages, customs, cultures and history of  Sabah’s Indigenous Peoples as part of the state’s heritage,” he said. 

“It reminds us that the languages, cultures, customs, arts and history inherited from  previous generations are part of the heritage that shapes the identity of a community. 

“In Sabah, this is particularly close to us. The state has long been home to various ethnic  groups and Native communities, each with its own language, customs, culture and  history. 

“The diversity of these ethnic groups and Native communities is not something that  divides us. On the contrary, this diversity is one of Sabah’s greatest strengths and forms  the uniqueness of the state we love,” he said.

He stressed that the State Government has always respected the diversity of identities,  terms and traditions used by the various ethnic groups and Native communities in  Sabah. 

Hajiji said the theme of this year’s Momogun Carnival in conjunction with the World’s  Indigenous Peoples celebration, “Empowering the Well-being of Indigenous Peoples”,  was highly appropriate, with efforts to ensure that the state’s development progressed  in tandem with the well-being of the people. 

“In this respect, well-being should not be viewed solely from the perspective of economic  development. It also encompasses social harmony, the preservation of identity and  heritage, education, human capital development and the ability of communities to adapt  to change without losing their cultural roots and identity,” he said. 

He said initiatives such as the Momogun Carnival also provided an opportunity for the  younger generation to gain a deeper understanding of the languages, customs, arts,  cultures and history inherited from their communities. 

“At the same time, it provides an avenue for the wider community to learn about and  appreciate the rich cultural heritage found in Sabah. 

“In this regard, the United Nations Declaration on the Rights of Indigenous Peoples, or  UNDRIP, is also an important international reference concerning Indigenous Peoples. 

“Among the matters given emphasis under UNDRIP are the importance of the identity,  languages, customs, traditions and cultural heritage of Indigenous Peoples, as well as  their transmission to future generations. 

“These principles remind us that development and the preservation of heritage do not  necessarily have to be in conflict with one another,” he said. 

Congratulating the Momogun National Congress, the Kota Marudu District Office, the  Sabah Cultural Board and the entire organising committee on the successful  organisation of the Momogun Carnival, Hajiji said: “Sabah is our shared home.” 

“This state has been shaped by the diversity of its communities, languages, cultures and  customs that have coexisted for generations. 

“The State Government will continue to strive to ensure that the state’s development is  implemented while taking into account the interests and well-being of the people as a  whole,” he said. 

Ends