KM: Pelihara keamanan, tolak kebencian (Dwibahasa)

SANDAKAN: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata keamanan  mesti dipelihara dalam amalan dengan mempertahankan maruah manusia,  menyelesaikan pertikaian tanpa keganasan dan tidak memejamkan mata terhadap  penderitaan orang lain. 

“Kita mesti menolak kebencian, tindakan merendahkan nilai kemanusiaan dan sikap  tidak peduli yang memungkinkan penderitaan seperti ini berlaku. Sejarah ini tidak  seharusnya digunakan untuk mewariskan kebencian kepada generasi seterusnya.  Sebaliknya, ia mesti mengajar setiap generasi tentang akibat yang boleh dibawa oleh  kebencian. 

“Kemenangan semata-mata tidak pernah mencukupi sekiranya kita melupakan harga  kemanusiaan yang terpaksa dibayar,” katanya pada Upacara Peringatan Hari Sandakan  di Taman Peringatan Sandakan di sini pada Sabtu. 

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk  Ceasar Mandela Malakun. 

Hajiji berkata antara 1942 dan 1945, ketika kemuncak Perang Dunia Kedua, kira-kira  2,700 tawanan perang Australia dan British telah melalui Sandakan dalam peristiwa  Death March ke Ranau. 

Menjelang Januari 1945, seramai 2,434 orang masih berada di situ, terdiri daripada  1,793 warga Australia dan 641 anggota tentera British. 

Daripada jumlah itu, 2,428 orang meninggal dunia dan hanya enam warga Australia  terselamat, kesemuanya selepas berjaya melarikan diri. 

“Hari ini, kita juga mengenang enam orang yang terselamat, iaitu Bill Sticpewich, Dick  Braithwaite, Owen Campbell, Keith Botterill, Nelson Short dan Bill Moxham,” katanya. Beliau berkata kelangsungan hidup mereka adalah sesuatu yang luar biasa, namun  mereka tidak menyelamatkan diri tanpa bantuan, khususnya Owen Campbell yang  dibantu oleh dua penduduk tempatan dikenali sebagai Lap dan Galunting di Kampung  Muanud. 

Katanya, terdapat juga individu lain yang namanya wajar dikenang seperti Bariga, Dihil  bin Ambilid, Abing, Kulang dan ramai lagi yang keberanian mereka mungkin tidak akan  dapat direkodkan sepenuhnya.

“Terdapat juga usaha terancang oleh penduduk tempatan, termasuk Johnny dan Lillian  Funk serta anggota gerakan bawah tanah Sandakan, yang mengumpul maklumat dan  membantu para tawanan meskipun berdepan risiko yang amat besar. Sebahagian  anggota gerakan bawah tanah itu telah dihukum mati. 

“Mereka bertindak tanpa perlindungan dan dengan mempertaruhkan keselamatan diri.  Apabila melihat penderitaan, mereka memilih untuk membantu. Keberanian mereka  adalah sebahagian daripada sejarah Sandakan dan Sabah, dan ia mesti terus dikenang. 

“Kadangkala keberanian itu berupa sedikit makanan yang dikongsi secara rahsia.  Kadangkala ia berupa tempat untuk berlindung. Kadangkala ia berupa sebuah perahu  yang berpatah balik menuju kepada seseorang yang meminta pertolongan,” katanya. 

Hajiji berkata tahun ini menandakan ulang tahun ke-81 berakhirnya Perang Dunia  Kedua. 

“Tanggungjawab kita berterusan selepas upacara ini. Kita mesti memelihara rekod  sejarah, mendidik generasi muda mengenai apa yang berlaku di sini, dan terus  mengenang nama para tawanan serta penduduk tempatan yang membantu mereka,”  katanya. 

Tamat

 

SANDAKAN: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said peace must  be protected in practice by defending human dignity, resolving disputes without violence  and refusing to ignore the suffering of others. 

“We must reject the hatred, dehumanisation and indifference that made such suffering  possible. This history must not be used to pass hatred to another generation. It must  teach each generation where hatred can lead. 

“Victory itself is never enough if we forget its human cost,” he said during the Sandakan  Day Memorial Service held at the Sandakan Memorial Park here on Saturday. 

His speech was delivered by Assistant Minister to the Chief Minister Datuk Ceasar  Mandela Malakun. 

Hajiji said between 1942 and 1945, at the height of World War II, approximately 2,700  Australian and British prisoners passed through Sandakan in the infamous Death  Marches to Ranau. 

By January 1945, 2,434 remained: 1,793 Australians and 641 British servicemen. Of  those men, 2,428 had died, with only six Australians surviving, and each survived by  escaping. 

“Today, we also remember the six survivors: Bill Sticpewich, Dick Braithwaite, Owen  Campbell, Keith Botterill, Nelson Short and Bill Moxham,” he said. 

He said their survival was extraordinary, but they did not survive alone, particularly Owen  Campbell, who was helped by two local men identified as Lap and Galunting at Kampung  Muanud. 

He said there were others whose names deserve to be remembered such as Bariga,  Dihil bin Ambilid, Abing, Kulang, and many more whose courage may never be fully  recorded. 

“There were also organised efforts by local people, including Johnny and Lillian Funk  and members of the Sandakan underground, who gathered information and helped  prisoners despite the terrible risks. Some members of the underground were executed.

“They acted without protection and at great personal risk. When they saw suffering, they  chose to help. Their courage is part of the history of Sandakan and of Sabah, and it must  be remembered. 

“Sometimes courage is a little food shared in secret. Sometimes it is a place to hide.  Sometimes it is a canoe turning towards a man who has called for help,” he said. 

Hajiji said this year marked the 81st anniversary of the end of the Second World War. 

“Our responsibility continues after this ceremony. We must preserve the historical  record, teach younger generations what happened here, and continue to speak the  names of the prisoners and the local people who helped them,” he said. 

Ends