KM Sabah kunjungi TYT Melaka

MELAKA: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, mengadakan  kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr Haji Mohd  Ali Mohd Rustam, di Istana Melaka, Bukit Beruang, di sini, hari ini. 

Kunjungan itu turut menjadi platform memperkukuh hubungan dan bertukar pandangan  mengenai pelbagai perkara berkaitan kepentingan Sabah dan Melaka. 

Hajiji tiba bersama rombongan kira-kira jam 3.35 petang dan disambut Tun Mohd Ali. 

Turut mengiringi Ketua Menteri ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk  Rubin Balang; Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk  Jamawi Jaafar serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Datuk Mohd Razali  Mohd Razi. 

Kedua-dua pihak kemudian mengadakan perbincangan mengenai pelbagai aspek  sebelum diakhiri dengan jamuan petang. 

Tamat