Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh temui Hajiji (Dwibahasa)

KOTA KINABALU: Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, Manjurul Karim Khan  Chowdhury mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji  Hajiji Haji Noor di Menara Kinabalu dekat sini hari ini. 

Ia merupakan pertemuan rasmi pertama Chowdhury dengan Ketua Menteri sejak  dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia pada Oktober tahun lalu. 

Beliau diiringi Kaunselor (Politik) Suruhanjaya Tinggi Bangladesh, Pranab Kumar  Bhattacharjee dan Setiausaha Pertama (Komersial), Pranab Kumar Ghosh. 

Turut hadir pada pertemuan itu ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,  Datuk Lo Su Fui dan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ceasar Mandela  Malakun. 

Tamat

 

KOTA KINABALU: Bangladesh High Commissioner to Malaysia Manjurul Karim Khan  Chowdhury met Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor at Menara  Kinabalu near here today. 

It was Chowdhury's first official meeting with the Chief Minister since his appointment as  High Commissioner to Malaysia in October last year. 

He was accompanied by the High Commission's Counsellor (Political) Pranab Kumar  Bhattacharjee and First Secretary (Commercial) Pranab Kumar Ghosh. 

Also present at the meeting were Deputy Minister in the Prime Minister's Department  Datuk Lo Su Fui and Assistant Minister to the Chief Minister Datuk Ceasar Mandela  Malakun. 

Ends