KM hadiri Malam Apresiasi Simposium Kehakiman Syariah Sabah

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor, menghadiri  Malam Apresiasi sempena Simposium Kehakiman dan Perundangan Syariah Negeri  Sabah 2026 di Grand Ballroom, Hotel Le Meridien, di sini, malam tadi. 

Turut hadir, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Dr Mohd Arifin  Mohd Arif; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainudin Aman; Setiausaha Persekutuan  Sabah, Datuk Mohd Razali Wahab; Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk  Isnin Aliasnih dan Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman  Syariah Malaysia, Yang Amat Arif Profesor Adjung Dato' Haji Mohd Amran Mat Zain dan  Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah, Yang Amat Arif Tuan Nawawi Diman. 

Ketua Menteri turut menyaksikan penyampaian cenderahati kepada jabatan dan agensi  terbabit sebagai sebahagian daripada pengisian Malam Apresiasi berkenaan. 

Simposium Kehakiman dan Perundangan Syariah Negeri Sabah telah dirasmikan oleh  Yang Di-Pertua Negeri, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Haji Aman di Sabah  International Convention Centre (SICC) pada Rabu. 

Tamat