KM: Kebajikan kaum wanita tidak diabaikan (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata kebajikan dan keperluan wanita tidak pernah diabaikan kerana mereka juga memainkan peranan dalam pembangunan negeri.
“Kita menghargai peranan wanita dan kita tidak melupakan kebajikan mereka,” katanya.
Berucap pada majlis penyampaian bantuan dapur kepada kira-kira 1,000 suri rumah di Sulaman bertempat di Pusat Kebudayaan Bajausamah, Lok Batik di sini hari ini, beliau berkata kesejahteraan rakyat yang merangkumi aspek kebajikan adalah antara keutamaan dalam pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya.
Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N12 Sulaman berkata beliau yakin dengan sokongan wanita, khususnya di Sulaman, akan menjadi penentu kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam pilihan raya negeri akan datang.
Hajiji berkata beliau boleh bergantung kepada sokongan kaum wanita dan dengan usaha gigih mereka, beliau yakin GRS akan mencapai kemenangan.
Hajiji turut mengecam pembangkang yang mendakwa GRS adalah Kerajaan Negeri yang gagal.
“Ketika saya mengambil alih pentadbiran, Sabah sama seperti tempat lain di dunia, berdepan situasi suram akibat pandemik COVID-19, selain itu landskap politik negara juga sangat tidak menentu ketika itu.
“Saya sendiri turut dijangkiti COVID-19. Selama dua bulan, saya tidak dapat bertemu pegawai kerajaan mahupun hadir ke pejabat. Namun, dalam keadaan sukar itu dengan tekad yang ada, kami berjaya mencetuskan idea untuk melaksanakan pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya,” katanya.
Menurut beliau, Hala Tuju SMJ dirangka bagi memulihkan ekonomi negeri yang terjejas teruk akibat pandemik, sambil menambah bahawa selepas lebih empat tahun, pelan itu membuahkan hasil dengan pemulihan ekonomi Sabah.
Sejak itu, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat termasuk bantuan bulanan RM300 di bawah program SYUKUR kepada kira-kira 100,000 rakyat miskin dan miskin tegar Sabah yang tersenarai dalam e-Kasih selama setahun.
“Dari segi bantuan kebajikan, kita telah membelanjakan kira-kira RM1.4 bilion untuk membantu 70,000 penerima, manakala dalam bidang pendidikan, Kerajaan Negeri telah membelanjakan RM1.33 bilion di bawah pembangunan modal insan,” katanya sambil menambah bahawa Kerajaan Negeri juga melaksanakan Rumah Mesra SMJ yang menyediakan rumah percuma kepada rakyat yang memerlukan di Sabah.
Hajiji berkata berpeluang membantu rakyat merupakan satu kepuasan besar bagi kerajaan GRS sambil menambah bahawa dengan sokongan rakyat, beliau yakin dapat mempertahankan kerusi Sulaman dalam pilihan raya negeri akan datang.
Tamat
English Version
TUARAN: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said the women’s welfare and needs have not been neglected, as they also play a role in the state's development.
"We appreciate the role of women and we do not forget about their welfare," he said.
Speaking at the presentation of kichen aids to about 1,000 housewives in Sulaman at the Bajausamah Cultural Centre in Lok Batik here today, he said that the people's prosperity, which includes taking care of the people's welfare.are among the priorities of the Hala Tuju Sabah Maju Jaya development plan.
Hajiji, who is the N12 Sulaman Assemblyman, said that he was confident of women's support, particularly in Sulaman which will determine the Gabungan Rakyat Sabah (GRS) victory in the upcoming state election.
Hajiji said he can count on the support of the womenfolk and with their hard work, he is confident of a GRS victory
Hajiji also lashed out against the opposition for claiming that the GRS is a failed State Government.
"When I took over the helm off government, Sabah, just like other parts of the world, was facing a grim situation due to the COVID-19 pandemic, adding that the country’s political landscape was so volatile then.
" I myself was also infected by COVID-19. For two months, I was unable to meet with my government officials nor came to office. But, in those difficult times and with resolve, we came up with the idea to push forward with the Hala Tuju Sabah Maju Jaya development plan," he said.
The Hala Tuju SMJ was formulated to revive the state's economy, which had been adversely affected by the pandemic, he said, adding that after more than four years, our plan bore fruit with Sabah's economy recovery.
Since then, the State Government has introduced many initiatives to uplift the people's socio-economic status, including the RM300 monthly assistance under the SYUKUR programme for about 100,000 poor and hardcore poor Sabahans in the e-kasih list for a year.
"In terms of welfare assistance, we have spent about RM1.4 billion to help 70,000 recipients, while in education, the State Government has spent RM1.33 billion under our human capital development," he said, adding that the State Government has also implemented the Rumah Mesra SMJ, which provides free houses to the people in need in Sabah.
Hajiji said that being able to help the people is a great source of satisfaction for the GRS government adding that with the people’s support, he is confident of retaining the Sulaman seat in the coming state election.
Ends
