TYT dan KM sertai ribuan rakyat dalam sambutan Hari Sabah (Dwibahasa)
KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman dan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyertai ribuan rakyat Sabah dalam sambutan Hari Sabah yang penuh warna-warni di Dataran Bandaraya di sini, malam ini.
Sambutan dimulakan dengan ucapan pengisytiharan oleh Yang di-Pertua Negeri, diikuti upacara menaikkan bendera serta pelbagai persembahan.
Antara persembahan yang diadakan ialah pertunjukan cahaya laser, nyanyian koir oleh kumpulan Male-Efficient serta persembahan pelbagai artis tempatan sebelum tayangan montaj khas dan persembahan lagu Sabah Tanah Airku.
Turut diadakan perarakan dengan motif Hari Sabah.
Yang di-Pertua Negeri diiringi isteri, Toh Puan Faridah Tussin, manakala Hajiji diiringi isteri, Datin Seri Panglima Datuk Juliah Salag.
Turut hadir Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zainudin Aman, anggota Jemaah Menteri Negeri serta wakil rakyat.
Tamat
KOTA KINABALU: Head of State Tun Musa Aman and Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor joined thousands of Sabahans in the colourful Sabah Day celebrations at Dataran Bandaraya here tonight.
It kicked off with the proclamation speech by the Head of State followed by the flag hoisting ceremony and a variety of performances.
Among the performances included a laser light show, choir singing by the Male-Efficient group, various local artists, special montage and performance of the Sabah Tanah Airku song.
A procession with Sabah Day motive was also held.
The Head of State was accompanied by his wife Toh Puan Faridah Tussin while Hajiji was accompanied by his wife Datin Seri Panglima Datuk Juliah Salag.
Also present were Deputy Chief Minister II Datuk Seri Panglima Masidi Manjun who is also the Main Organising Committee chairman, State Secretary Datuk Zainudin Aman, state Cabinet ministers and elected representatives.
Ends