KM serah bantuan RM3,000 kepada KIR mangsa kebakaran Numbak (Dwibahasa)

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor hari ini melawat  mangsa kebakaran Kampung Numbak dan menyerahkan bantuan RM3,000 kepada setiap  Ketua Isi Rumah (KIR) warganegara bagi meringankan beban keluarga yang terjejas. 

Bantuan itu membabitkan RM1,000 daripada Kerajaan Negeri menerusi Jawatankuasa  Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, RM1,000 daripada Kerajaan Persekutuan dan  RM1,000 daripada Yayasan Kebajikan Sabah (YKS). 

“Saya ingin umumkan bahawa kerajaan memberi bantuan sebanyak RM3,000 kepada setiap  KIR warganegara untuk meringankan bebanan mereka, RM1,000 daripada Kerajaan Negeri,  RM1,000 daripada Kerajaan Persekutuan dan RM1,000 daripada YKS,” katanya ketika ditemui  pemberita selepas melawat mangsa kebakaran Numbak di Pusat Pemindahan Sementara  (PPS) Dewan Serbaguna Likas di sini, hari ini. 

Seramai 110 KIR, kesemuanya warganegara Malaysia, terjejas akibat kebakaran Kampung  Numbak, dengan 73 KIR ditempatkan di PPS Dewan Damai dan 37 lagi di PPS Dewan  Serbaguna Likas. 

Hajiji turut mengumumkan bahawa Kerajaan akan membantu mangsa warganegara dengan  menyediakan peralatan yang diperlukan bernilai RM20,000 untuk setiap KIR warganegara yang  terjejas bagi membina semula rumah mereka yang musnah akibat kebakaran itu. 

Katanya, urusan pembinaan semula rumah akan dikendalikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri  bersama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, termasuk menentukan sama ada rumah berkenaan  dibina di kawasan lain atau di lokasi asal. 

Beliau berkata, bantuan peralatan untuk membina rumah akan diberikan kepada setiap KIR  warganegara, sebagaimana pendekatan bantuan yang diberikan kepada mangsa kebakaran di  kawasan lain seperti di Kudat baru-baru ini. 

Sementara itu Hajiji berkata. atas dasar kemanusiaan, Kerajaan turut akan menyalurkan  bantuan RM1,000 kepada setiap KIR bukan warganegara yang terjejas, selain bantuan  makanan dan keperluan lain. 

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, rancangan Filipina menaik taraf Pulau Balabac bagi  tujuan ketenteraan Amerika Syarikat tidak mempunyai kaitan dengan Malaysia dan tidak  seharusnya menimbulkan kebimbangan kepada Sabah. 

“Jangan timbul isu itu. Amerika membuka kem tenteranya di kawasan Filipina, di Pulau Balabac.  Itu kawasan negara Filipina. Ia tidak ada kaitan dengan negara Malaysia atau pun siapa,”  katanya.

Beliau berkata, pihaknya tidak mengetahui matlamat pembinaan kem tentera berkenaan, namun  rakyat perlu melihat perkembangan itu secara positif kerana ia mungkin berkaitan keperluan  Amerika Syarikat mengadakan kem tentera di rantau timur. 

Hajiji turut menegaskan Sabah tidak akan terkesan dengan perkembangan di pulau berkenaan. 

Tamat

 

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor today visited  victims of the Kampung Numbak fire and handed over RM3,000 in assistance to each  Malaysian head of household (KIR) to help ease the burden on affected families. 

The assistance comprises RM1,000 from the State Government through the Sabah  State Disaster Management Committee (JPBN), RM1,000 from the Federal Government  and RM1,000 from Yayasan Kebajikan Sabah (YKS). 

“I would like to announce that the government is providing RM3,000 in assistance to  each Malaysian KIR to ease their burden- RM1,000 from the State Government,  RM1,000 from the Federal Government and RM1,000 from YKS,” he told reporters after  visiting victims of the Numbak fire at the temporary evacuation centre (PPS) at Dewan  Serbaguna Likas here today. 

A total of 110 KIR, all Malaysian citizens, were affected by the Kampung Numbak fire,  with 73 KIR housed at the Dewan Damai PPS and another 37 at the Dewan Serbaguna  Likas PPS. 

Hajiji also announced that the Government would assist Malaysian victims by providing  materials and equipment worth RM20,000 to each affected KIR to help rebuild their  homes destroyed in the fire. 

He said the rebuilding of the houses would be coordinated by the State Secretary  together with Kota Kinabalu City Hall, including determining whether the houses would  be rebuilt elsewhere or at the original site. 

He said the assistance for rebuilding homes would be provided to each Malaysian KIR,  similar to the approach taken in assisting fire victims in other areas, including Kudat  recently. 

Meanwhile, Hajiji said that on humanitarian grounds, the Government would also provide  RM1,000 in assistance to each affected non-Malaysian KIR, in addition to food and other  necessities. 

In another development, he said the Philippines’ plan to upgrade Balabac Island for  United States military purposes had nothing to do with Malaysia and should not cause  concern in Sabah.

“Do not make an issue out of it. The United States is establishing a military base in the  Philippines, on Balabac Island. That is Philippine territory. It has nothing to do with  Malaysia or anyone else,” he said. 

He said he was not aware of the objective behind establishing the military base, but the  people should view the development positively as it might be related to the United States’  need to maintain a military base in the eastern region. 

Hajiji also stressed that Sabah would not be affected by developments on the island. 

Ends