SIE2026 berlangsung 2-6 September di SICC (Dwibahasa)
KOTA KINABALU: Jawatankuasa Eksekutif Sabah, Dewan Perniagaan dan Perindustrian Antarabangsa Malaysia (MICCI) memaklumkan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bahawa Ekspo Antarabangsa Sabah 2026 (SIE2026) akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini dari 2 hingga 6 September 2026.
Pengerusi MICCI Sabah Datuk Susan Chang memberitahu Ketua Menteri bahawa SIE2026 merupakan antara inisiatif utama yang dirancang MICCI bagi tahun ini.
Ekspo itu akan menampilkan pelbagai program dan aktiviti yang dirangka bagi memudahkan jaringan perniagaan, mempromosikan peluang perdagangan dan pelaburan, menggalakkan kerjasama industri serta mengetengahkan potensi ekonomi Sabah kepada pihak berkepentingan tempatan dan antarabangsa.
Antara program dan aktiviti utama yang dirangka sempena SIE2026 ialah Persidangan Perdagangan, Pelaburan dan Halal BIMP-EAGA Ke-3, Sabah International Business Luncheon Talk 2026 (SIBLT2026) serta Majlis Makan Malam Selamat Datang SIE2026 yang dihoskan oleh Kerajaan Negeri Sabah.
Susan turut memaklumkan kepada Ketua Menteri bahawa lebih 30,000 pelawat perdagangan, delegasi, peserta dan pengunjung awam dari 15 negara dijangka menghadiri SIE tahun ini.
Negara-negara berkenaan termasuk Australia, Brunei Darussalam, China, Denmark, Finland, India, Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia (Semenanjung), Filipina, Poland, Singapura, Thailand dan Zambia.
Beliau juga berkata, selain acara utamanya, MICCI Sabah terus memainkan peranan aktif dalam kerjasama ekonomi serantau menerusi inisiatif Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA), yang mewakili pasaran berpotensi kira-kira 80 juta penduduk.
Hajiji memuji MICCI Sabah atas peranan proaktifnya dalam menyokong pertumbuhan sektor swasta serta memupuk kerjasama lebih erat antara pemain industri dan kerajaan.
Tamat
KOTA KINABALU: The Malaysian International Chamber of Commerce and Industry (MICCI) Sabah Executive Committee briefed Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor that the Sabah International Expo 2026 (SIE2026) will be held at the Sabah International Convention Centre (SICC) here from 2nd to 6th September 2026.
MICCI Sabah Chairperson Datuk Susan Chang told the Chief Minister that SIE2026 was among the key initiatives planned by MICCI for this year.
The expo will feature a series of programmes and activities designed to facilitate business networking, promote trade and investment opportunities, encourage industry collaborations and showcase Sabah's economic potential to local and international stakeholders.
The key programmes and activities outlined under the SIE2026 are the 3rd BIMP EAGA Trade, Investment and Halal Conference, Sabah International Business Luncheon Talk 2026 (SIBLT2026) and the SIE2026 Welcome Dinner hosted by the State Government of Sabah.
Susan also briefed the Chief Minister that more than 30,000 trade visitors, delegates, participants and general visitors from 15 countries are expected at this year’s SIE edition.
The countries included Australia, Brunei Darussalam, China, Denmark, Finland, India, Indonesia, Japan, Korea, Malaysia (Peninsula), the Philippines, Poland, Singapore, Thailand and Zambia
She also said that beyond its flagship events, MICCI Sabah continues to play an active role in regional economic collaboration through the Brunei-Indonesia-Malaysia Philippines East ASEAN Growth Area (BIMP-EAGA) initiative, which represents a potential market of approximately 80 million people.
Hajiji commended the MICCI Sabah for its proactive role in supporting the growth of the private sector and fostering stronger collaboration between the industry players and the government.
Ends