KM terima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom ke Malaysia (Dwibahasa)

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor hari ini menerima  kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom ke Malaysia, TYT Ajay Sharma, di  pejabatnya di Menara Kinabalu. 

Kunjungan itu merupakan pertemuan pertama Ajay Sharma dengan Hajiji sejak beliau  menyandang jawatan sebagai Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom ke Malaysia, sekali gus  bertujuan memperkenalkan diri secara rasmi kepada Ketua Menteri. 

Hajiji mengalu-alukan kunjungan Sharma ke Sabah dan berharap hubungan erat antara Sabah  dengan United Kingdom akan terus diperkasakan. 

TYT Ajay Sharma dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom ke Malaysia pada April  2025. Beliau mempunyai pengalaman lebih tiga dekad dalam perkhidmatan diplomatik Britain,  termasuk pernah berkhidmat sebagai Duta Britain ke Qatar serta memegang beberapa jawatan  kanan di Pejabat Luar Negeri, Komanwel dan Pembangunan United Kingdom. 

Turut hadir pada kunjungan hormat itu ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri  (Wilayah Persekutuan), Datuk Lo Su Fui dan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk  Ceasar Mandela Malakun. 

Tamat

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor received a  courtesy visit from the United Kingdom High Commissioner to Malaysia, His Excellency  Ajay Sharma today, at his office at Menara Kinabalu. 

The meeting marked Sharma's first courtesy call on Hajiji since assuming office as the  United Kingdom High Commissioner to Malaysia, and served as his official introductory  visit to the Chief Minister. 

Hajiji welcomed Sharma to Sabah and expressed hope that the close relationship  between Sabah and the United Kingdom would continue to be strengthened. 

His Excellency Ajay Sharma was appointed the United Kingdom High Commissioner to  Malaysia in April 2025. He has more than three decades of experience in the British  diplomatic service, having previously served as the British Ambassador to Qatar and  held several senior positions at the United Kingdom's Foreign, Commonwealth and  Development Office. 

Also present during the courtesy call were Deputy Minister in the Prime Minister's  Department (Federal Territories), Datuk Lo Su Fui, and Assistant Minister to the Chief  Minister, Datuk Ceasar Mandela Malakun. 

Ends