KM serah bantuan YKS RM30,600 kepada 102 KIR mangsa banjir Tawau (Dwibahasa)
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyerahkan bantuan Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) bernilai RM30,600, membabitkan sumbangan RM300 kepada setiap 102 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat banjir di daerah Tawau, baru baru ini.
Sumbangan itu disampaikan Ketua Menteri melalui Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Encik Mohd Shoffian Mohd Said, bagi membantu meringankan beban keluarga yang terkesan akibat bencana berkenaan.
Ketua Menteri turut merakamkan penghargaan kepada semua petugas pengurusan bencana yang bertungkus-lumus membantu mangsa banjir sepanjang kejadian itu, termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Tawau serta semua agensi dan ahli jawatankuasa yang terlibat.
Beliau berkata, komitmen dan kerjasama semua pihak dalam operasi menyelamat, pengurusan pusat pemindahan sementara (PPS) serta penyampaian bantuan telah memastikan kebajikan mangsa sentiasa terpelihara sepanjang bencana berkenaan.
Banjir yang melanda Tawau baru-baru ini menjejaskan 102 Ketua Isi Rumah (KIR) membabitkan 362 mangsa, terdiri daripada 217 dewasa, 109 kanak-kanak, 28 warga emas dan lapan bayi, yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tawau sebelum semua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing selepas keadaan kembali pulih.
Tamat
KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor presented Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) aid totalling RM30,600 comprising RM300 for each of the 102 Heads of Household (KIR) affected by the recent floods in Tawau.
The Chief Minister presented the aid through Tawau Municipal Council President, Mohd Shoffian Mohd Said, to help ease the burden of families affected by the disaster.
He also expressed appreciation to all disaster management personnel for their tireless efforts to assist flood victims throughout the incident, including the Malaysia Civil Defence Force (APM), the Royal Malaysia Police (PDRM), the Fire and Rescue Department, Malaysia (JBPM), the Ministry of Health (MoH), the Tawau District Disaster Management Committee, as well as all agencies and committee members involved.
He said the commitment and cooperation demonstrated by all parties in carrying out the rescue operations, managing the Temporary Evacuation Centre (PPS), and delivering assistance ensured that the welfare of flood victims was well looked after throughout the disaster.
The recent floods in Tawau affected 102 Heads of Household (KIR) involving 362 evacuees, comprising 217 adults, 109 children, 28 senior citizens, and eight infants. They were relocated to the Temporary Evacuation Centre (PPS) at the Tawau Sports Complex Multipurpose Hall before all evacuees were allowed to return to their homes after conditions returned to normal.
Ends