Pelabuhan Tawau peroleh dua kren dermaga baharu bernilai RM70 juta (Dwibahasa)

TAWAU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyambut baik  pemerolehan dua kren dermaga (quay crane) baharu untuk Pelabuhan Tawau, sambil  menyifatkan pelaburan bernilai RM70 juta itu sebagai langkah strategik bagi  memperkukuh infrastruktur pelabuhan negeri dan menyokong pertumbuhan ekonomi  Sabah dalam jangka panjang. 

Beliau berkata, pelaburan itu mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri menerusi  Sabah Ports Sdn Bhd (SPSB) untuk memodenkan infrastruktur kritikal bagi  meningkatkan kecekapan serta daya saing pelabuhan-pelabuhan di Sabah, khususnya  di Pantai Timur. 

“Apabila mula beroperasi kelak, kren-kren ini dijangka meningkatkan produktiviti,  kebolehpercayaan operasi serta kecekapan keseluruhan pengendalian kargo di  Pelabuhan Tawau. 

“Ia juga akan mempercepatkan tempoh pusingan kapal, mengurangkan masa  menunggu serta memperkukuh keupayaan pelabuhan untuk mengendalikan kapal yang  lebih besar dan jumlah kargo yang semakin meningkat,” katanya pada Majlis Perasmian  Kren Baharu di Pelabuhan Tawau, di sini, hari ini. 

Hajiji berkata, sistem pelabuhan yang cekap dan berdaya harap amat penting dalam  menyokong pertumbuhan sektor-sektor utama, khususnya industri berorientasikan  eksport yang menyumbang secara signifikan kepada ekonomi negeri. 

Beliau yakin penaiktarafan Pelabuhan Tawau akan terus memperkukuh peranannya  sebagai pintu masuk maritim utama di Pantai Timur Sabah, di samping meningkatkan  kesalinghubungan dengan pasaran domestik dan serantau. 

Ketua Menteri turut memuji Sabah Ports Sdn Bhd, Suria Capital Holdings Berhad serta  semua pihak yang terlibat atas komitmen berterusan mereka dalam mempertingkatkan  infrastruktur maritim negeri demi menyokong agenda pembangunan Sabah. 

Sementara itu, Pengerusi Suria Capital Holdings Berhad, Datuk Seri Panglima Abd  Rahman Dahlan berkata, pelaburan tersebut mencerminkan komitmen jangka panjang  Kumpulan Suria Capital terhadap pembangunan infrastruktur strategik. 

“Pelabuhan Tawau memainkan peranan penting dalam menyokong perdagangan,  industri serta hubungan serantau di Pantai Timur Sabah. Pelaburan RM70 juta ini  mencerminkan komitmen kami untuk melengkapkan pelabuhan dengan infrastruktur dan peralatan yang diperlukan bagi memenuhi permintaan perdagangan pada masa  hadapan, sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi Tawau dan kawasan  sekitarnya,” katanya. 

Pengarah Urusan Kumpulan Suria Capital Holdings Berhad dan SPSB, Datuk Ahmad  Rizal Dahli berkata, pemerolehan itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan  SPSB untuk memodenkan dan memperkukuh Pelabuhan Tawau. 

“Kren-kren baharu ini merupakan satu lagi kemajuan penting dalam pembangunan  Pelabuhan Tawau. Apabila beroperasi kelak, ia akan meningkatkan kecekapan dan  kebolehpercayaan aktiviti pengendalian kargo, mempertingkatkan mutu perkhidmatan  kepada pengguna pelabuhan serta menyokong keperluan perdagangan dan logistik  Sabah yang terus berkembang,” katanya. 

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan  Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan, Datuk Ewon Benedick, Setiausaha  Kerajaan Negeri, Datuk Zainudin Aman dan Pengerusi Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan  Sabah, Datuk Donald Mojuntin. 

Tamat

 

TAWAU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor welcomed the  acquisition of two new quay cranes for Tawau Port, describing the RM70 million  investment as a strategic move to strengthen the state's port infrastructure and support  Sabah's long-term economic growth. 

He said the investment reflects the State Government's commitment, through Sabah  Ports Sdn Bhd (SPSB), to modernising critical infrastructure to improve the efficiency  and competitiveness of Sabah's ports, particularly on the east coast. 

“Once operational, the cranes are expected to enhance productivity, operational  reliability and overall cargo-handling efficiency at Tawau Port. 

“They will support faster vessel turnaround, reduce waiting time and strengthen the  port’s ability to accommodate larger vessels and growing cargo volumes,” he said at the  ceremony to mark the acquisition of the cranes at Tawau Port here today. 

Hajiji said an efficient and reliable port system is vital in supporting the growth of key  sectors, especially export-oriented industries that contribute significantly to the state's  economy. 

He expressed confidence that the upgrading of Tawau Port would further reinforce its  role as an important maritime gateway for Sabah's east coast, while improving  connectivity to domestic and regional markets. 

The Chief Minister also commended Sabah Ports Sdn Bhd, Suria Capital Holdings  Berhad and all parties involved for their continued commitment to enhancing the state's  maritime infrastructure in support of Sabah's development agenda. 

Meanwhile, Chairman of Suria Capital Holdings Berhad, Datuk Seri Panglima Abd  Rahman Dahlan, said the investment reflected Suria Capital Group’s long-term  commitment to strategic infrastructure development. 

“Tawau Port plays an important role in supporting trade, industry and regional  connectivity on Sabah’s east coast. This RM70 million investment reflects our  commitment to equipping the port with the infrastructure and equipment required to meet  future trade demands and contribute to the economic development of Tawau and the  surrounding region,” he said.

Group Managing Director of Suria Capital Holdings Berhad and SPSB, Datuk Ahmad  Rizal Dahli, said the acquisition formed part of SPSB’s continued efforts to modernise  and strengthen Tawau Port. 

“These new cranes represent an important advancement in the development of Tawau  Port. Once operational, they will enhance the efficiency and reliability of cargo-handling  activities, improve services to port users and better support Sabah’s evolving trade and  logistics requirements,” he said. 

Also present were Deputy Chief Minister III/Minister of Industrial Development,  Entrepreneurship and Transport, Datuk Ewon Benedick, State Secretary Datuk Zainudin  Aman and Sabah Ports Authority Chairman Datuk Donald Mojuntin. 

Ends