Perpaduan bukan sekadar slogan tetapi asas kestabilan (Dwibahasa)

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengajak rakyat  Sabah untuk terus memperkukuh perpaduan, menjunjung semangat saling menghormati dan  menyokong setiap usaha yang membawa kepada kemajuan negara.  

Katanya, perpaduan bukan sekadar slogan, tetapi asas kepada kestabilan politik, kemakmuran  ekonomi dan kesejahteraan rakyat. 

“Apabila rakyat bersatu hati, negara menjadi kuat. Apabila ekonomi berkembang, rakyat  menikmati kehidupan yang lebih sejahtera. Dan apabila keamanan terus dipelihara, Malaysia  akan kekal menjadi tanah air yang dihormati dan dicontohi,” katanya pada program Wacana  Pemikir Peringkat Negeri Sabah di Dewan Sa’adah, Wisma Muis pada Sabtu (1 Ogos). 

Ucapan Ketua Menteri disampaikan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr  Hj Mohd Ariffin Datuk Hj Mohd Arif. 

“Dunia hari ini sedang menyaksikan gelombang geopolitik yang semakin menggoncang  kestabilan sejagat. Di banyak negara, peperangan, krisis ekonomi, inflasi, konflik politik dan  bencana kemanusiaan telah merampas ketenangan hidup rakyat.  

“Ada yang kehilangan pekerjaan, ada yang kehilangan tempat tinggal, malah ada yang  kehilangan harapan. Apabila keamanan runtuh, ekonomi turut lumpuh. Apabila ekonomi lumpuh,  masa depan rakyat menjadi kabur. 

“Namun di sebalik badai yang melanda dunia, kita wajib mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan  kepada Malaysia, khususnya Sabah. Kita masih menikmati keamanan, perpaduan dan  kehidupan yang harmoni dalam kepelbagaian kaum dan agama.  

“Anak-anak masih dapat menuntut ilmu, rumah-rumah ibadah terus dimakmurkan, masyarakat  masih hidup saling menghormati, dan ekonomi terus bergerak membina harapan,” katanya. 

Hajiji berkata ketenangan ini bukan datang dengan sendiri tetapi atas usaha berterusan  daripada kerajaan negeri dan Persekutuan yang sentiasa berikhtiar memelihara kestabilan,  memperkukuh ekonomi, menjaga kebajikan rakyat serta mempertahankan keharmonian  masyarakat.  

“Perkara yang berlaku di peringkat global mungkin memberi kesan kepada kita, namun yang  lebih penting ialah bagaimana kita mengekalkan keharmonian, perpaduan dan kestabilan dalam  negara. 

“Masyarakat perlu mempunyai pemikiran yang terbuka dalam menilai sesuatu isu global, namun  pada masa sama perlu memiliki pendirian sendiri dan tidak mudah terpengaruh dengan naratif  yang boleh menjejaskan keharmonian negara. 

“Oleh itu, kita perlu terus bersatu padu, saling hormat menghormati, bekerjasama serta  mendukung agenda pembangunan di bawah kerangka Malaysia Madani dan menerusi agenda  Sabah Maju Jaya,” katanya. 

Ketua Menteri berharap semangat saling menghormati ini terus menjadi asas kepada perpaduan  negara. 

Mengenai program Wacana Pemikir anjuran Pertubuhan Islam Seluruh Sabah, beliau berkata  ia merupakan platform penting bagi meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap isu-isu  semasa yang berlaku di peringkat antarabangsa.  

Beliau turut menyifatkan gabungan penceramah yang terdiri daripada latar belakang berbeza  sebagai satu kekuatan program kerana mampu memberikan perspektif yang lebih menyeluruh  termasuk isu geopolitik dan cabaran semasa.  

“Kerajaan negeri sentiasa menyokong program seperti ini dan berharap ia akan diteruskan pada  masa akan datang,” katanya. 

Tamat

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor has called  on the people of Sabah to continue strengthening unity, uphold the spirit of mutual  respect and support every effort that contributes to the nation's progress. 

He said unity is not merely a slogan, but the foundation of political stability, economic  prosperity and the well-being of the people. 

“When the people are united, the nation becomes strong. When the economy grows, the  people enjoy a better quality of life. And when peace is preserved, Malaysia will continue  to be a nation that is respected and looked up to,” he said at the Sabah State-Level  Intellectual Discourse programme at the Dewan Sa’adah, Wisma Muis, on Saturday (1  August). 

The Chief Minister's speech was delivered by Local Government and Housing Minister  Datuk Dr Haji Mohd Ariffin Datuk Haji Mohd Arif. 

“Today, the world is witnessing a growing wave of geopolitical turmoil that is increasingly  shaking global stability. In many countries, wars, economic crises, inflation, political  conflicts and humanitarian disasters have robbed people of their peace. 

“Some have lost their jobs, some have lost their homes, and others have even lost hope.  When peace collapses, the economy also suffers. And when the economy is crippled,  the future of the people becomes uncertain. 

“Yet amid the storms sweeping across the world, we must be grateful for the blessings  that Allah has bestowed upon Malaysia, particularly Sabah. We continue to enjoy peace,  unity and harmonious living among people of different races and religions. 

“Our children are still able to pursue their education, places of worship continue to  flourish, communities continue to live in mutual respect, and the economy continues to  move forward, creating hope,” he said. 

Hajiji said this peace and stability did not come by chance but was the result of the  continuous efforts of both the State and Federal Governments to preserve stability,  strengthen the economy, safeguard the people's welfare and protect social harmony. 

“What is happening globally may affect us, but more importantly, is how we maintain  harmony, unity and stability within our own country.

“The public must be open-minded in assessing global issues, while at the same time  maintaining independent judgment and not being easily influenced by narratives that  could undermine national harmony. 

“Therefore, we must continue to stand united, respect one another, work together and  support the development agenda under the Malaysia MADANI framework and through  the Sabah Maju Jaya agenda,” he said. 

The Chief Minister expressed hope that the spirit of mutual respect would continue to  serve as the foundation of national unity. 

On the programme organised by the Sabah Islamic Organisation (USIA), he said it  serves as an important platform to enhance public understanding of current international  issues. 

He also described the line-up of speakers from diverse backgrounds as one of the  programme's strengths, as it enables participants to gain broader perspectives on  geopolitical developments and contemporary challenges. 

“The State Government will continue to support programmes such as this and hopes  they will be held regularly in the future,” he said. 

Ends