FKAT tarik kehadiran peserta dari luar negara (Dwibahasa)

TAWAU: Kehadiran peserta daripada beberapa negara luar selain dari dalam negara  untuk menyertai Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) mengukuhkan lagi  peranan Tawau sebagai sebuah bandar sempadan yang kaya dengan jaringan  diplomasi budaya dan kerjasama serantau. 

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata ini sekali gus  membuktikan FKAT ada kelasnya yang tersendiri sehingga berjaya menarik perhatian  meluas di peringkat nasional mahu pun antarabangsa. 

“Keunikan budaya yang kita miliki inilah kekuatan kita dan festival ini bukan sahaja  memperlihatkan keunikan citra masyarakat kita, tetapi juga menjadi simbol perpaduan  kukuh rakyat berbilang etnik di negeri ini. 

Keunikan inilah yang menjadi tarikan peserta dari negara luar antaranya Kazakhstan, Uzbekistan, Kemboja dan Indonesia untuk menyertai festival ini. Sudah pasti ini akan  memperkukuh peranan daerah Tawau sebagai salah satu destinasi pelancongan budaya yang dinamik, makmur, serta sentiasa mendapat tempat di hati para pelawat  dari seluruh negara mahu pun pelancong antarabangsa,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau  Kali Ke-11 Tahun 2026, di sini pada Sabtu. 

Dalam pada itu, Ketua Menteri berkata FKAT mampu menjadi platform besar untuk  mengetengahkan khazanah budaya rakyat berbilang kaum di negeri ini. 

“Budaya bukan sekadar khazanah sejarah, tetapi juga aset yang perlu dipertahankan  untuk generasi akan datang. Saya yakin festival ini mampu membawa impak besar ke  atas sektor pelancongan dan ekonomi tempatan di Tawau.  

“Kemasukan pelancong domestik dan antarabangsa sempena festival ini bukan setakat  untuk mengenali khazanah budaya kita tetapi turut memberi limpahan rezeki kepada  semua yang terlibat secara tidak langsung. 

“Ini termasuk usahawan, pengusaha inap desa atau homestay, penggiat seni dan  peniaga kecil sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi komuniti  setempat,” katanya.

Sehubungan itu beliau berkata, kerajaan negeri akan mempergiatkan inisiatif, program  dan acara berimpak tinggi bagi menarik lebih ramai pelancong ke Sabah seiring dengan  Tahun Melawat Malaysia 2026 dan seterusnya Tahun Melawat Sabah 2027.  

“Kita akan menganjurkan lebih banyak promosi termasuklah pelancongan berasaskan  komuniti serta pengukuhan kempen pemasaran digital bagi menarik lebih ramai  pelancong antarabangsa. Festival kebudayaan seperti ini adalah salah satu platform  untuk membantu usaha ini.  

“Kerajaan juga akan terus menyokong dan membantu pertubuhan etnik dalam usaha  menjaga hal ehwal adat istiadat, seni dan budaya masing-masing, di negeri ini,” katanya. 

Tamat

TAWAU: The participation of delegates from several countries outside Malaysia,  alongside local participants, in the Tawau International Cultural Festival (FKAT) further  strengthens Tawau’s role as a border town rich in cultural diplomacy and regional  cooperation. 

Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, said this also demonstrates that  FKAT has established itself as a prestigious event and successfully attracting  widespread interest at both the national and international levels. 

“The cultural diversity we possess is our greatest strength, and this festival not only  showcases the unique identity of our communities but also serves as a symbol of the  strong unity among the state’s multi-ethnic population 

“It is this uniqueness that has attracted participants from countries such as Kazakhstan,  Uzbekistan, Cambodia, and Indonesia to take part in the festival. Undoubtedly, this will  further strengthen Tawau’s position as one of the country’s dynamic and thriving cultural  tourism destinations, one that continues to captivate visitors from across Malaysia and  international tourists alike,” he said. 

He said this when officiating the 11th Tawau International Cultural Festival 2026 here, on Saturday. 

The Chief Minister said FKAT can serve as a major platform to highlight the rich cultural  treasures of the state’s multi-ethnic communities. 

“Culture is not just a historical legacy but also an asset that must be preserved for future  generations. I am confident that this festival can bring a significant impact to Tawau’s  tourism sector and local economy. 

“The influx of domestic and international visitors during the festival is not only an  opportunity for them to experience our rich cultural heritage but also brings economic  benefits to many people indirectly. 

“This includes entrepreneurs, homestay operators, artists, and small-scale traders,  thereby contributing to the economic growth of the local community,” he said.

He said the State Government will organise more promotional activities, including  community-based tourism initiatives and strengthened digital marketing campaigns, to  attract a greater number of international tourists. Cultural festivals such as this serve as  one of the key platforms in supporting these efforts. 

“We will organise more promotions, including community-based tourism, as well as  strengthening digital marketing campaigns to attract more international tourists. Cultural  festivals like this are one platform to support these efforts. 

“The Government will also continue to support and assist ethnic organisations in  preserving and promoting their respective customs, arts, and cultural heritage  throughout the state,” he said. 

Ends