Sabah dapat 40 peratus menerusi projek fasiliti gas terapung (Dwibahasa)

KALABAKAN: Kerajaan Sabah dijangka mendapat 40 peratus bahagian menerusi projek  fasiliti gas asli cecair terapung (FLNG) di Sabah yang bakal ditandatangani dengan  PETRONAS tidak lama lagi. 

Perkembangan baharu itu dikongsikan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji  Noor, yang menyifatkannya sebagai antara kejayaan penting hasil kerjasama baik kerajaan  negeri dengan Persekutuan. 

Beliau berkata, ia juga adalah hasil perjanjian kerjasama yang ditandatangani dengan  PETRONAS sebelum ini yang membolehkan kerajaan negeri terbabit secara aktif dalam  industri minyak dan gas di negeri ini. 

Katanya, kerajaan negeri juga bakal mendapat 20 peratus bahagian menerusi projek yang  dilaksanakan PETRONAS di lapangan minyak dan gas yang baru ditemui di perairan  Sandakan. 

"Kita berjaya mengadakan perjanjian dengan PETRONAS dan tidak berapa lama lagi,  mungkin dalam beberapa bulan ini, kita akan menandatangani perjanjian dengan  PETRONAS di mana kita akan mendapat 40 peratus daripada floating gas di Sabah ini. 

"Di Sandakan, PETRONAS sudah mendapat satu lapangan minyak dan gas, di sini kita  akan dibagi 20 peratus," katanya ketika merasmikan Program Jelajah Rakyat dan Jualan  Rahmah MADANI Parlimen Kalabakan di Dewan Terbuka Pejabat Daerah Kalabakan, di  sini, hari ini. 

Terdahulu, beliau mendengar Taklimat Pembangunan Kalabakan yang disampaikan oleh  Pegawai Daerah Kalabakan, Encik Murad Abdul Rashid di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah  Kalabakan. 

Hadir sama, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd  Ali, Menteri Pembangunan Belia,Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Negeri, Datuk  Nizam Abu Bakar Titingan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainudin Aman,  Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ceasar Mandela Malakun, Pembantu  Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Dr. Andi Md Shamsureezal  Mohd Sainal, Pembantu Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Negeri,  Datuk Jonnybone J. Kurum dan Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady  Bandy.

Hajiji berkata, banyak manfaat yang boleh diperolehi oleh rakyat dan negeri ini dengan  adanya hubungan yang baik di antara kerajaan negeri dan Persekutuan. 

Katanya, Sabah juga semakin mendapat perhatian pelabur hasil pendekatan mesra pelabur  yang dijadikan polisi kerajaan pimpinannya dan ia diakui sendiri oleh diplomat asing yang  datang ke negeri ini untuk melihat potensi pelaburan yang ada. 

"Hampir 40 diplomat asing atau pesuruhjaya tinggi datang berjumpa saya dalam tempoh  lima tahun ini, mereka tertarik dengan dasar kita yang mesra pelabur. Mereka kata ini akan  melonjakkan Sabah ke arah yang lebih baik dan memang inilah yang kita lakukan untuk  Sabah," katanya. 

Beliau berkata, kawasan industri sedia ada, khususnya Taman Perindustrian Kota Kinabalu  (KKIP) dan Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) sudah semakin penuh  berikutan sokongan pelabur yang semakin baik. 

Katanya, atas sebab itu kerajaan negeri berusaha mengembangkan kawasan perindustrian  baharu termasuk POIC di pantai timur dan taman industri berasaskan ekonomi biru. 

Sementara itu, mengenai pembangunan Kalabakan, Ketua Menteri berkata kerajaan negeri  komited membawa Daerah Kalabakan ke arah pembangunan pesat dan seimbang selaras  dengan aspirasi Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), dengan pembangunan ekonomi dan  kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan. 

Antara yang diberi tumpuan, katanya ialah cadangan pembinaan Bandar Baharu Kalabakan  yang melibatkan kawasan seluas kira-kira 1,000 ekar, yang bakal menjadi pusat  pertumbuhan daerah menerusi pelbagai pembangunan yang dirancang apabila ia  dilaksanakan. 

"Apabila ini dilaksanakan, ia akan menjadi pusat pertumbuhan daerah Kalabakan dengan  pelbagai pembangunan yang dirancang,” katanya. 

Selain bandar baharu, Hajiji berkata kerajaan juga berusaha menambah baik kemudahan  infrastruktur Kalabakan, termasuk jalan raya dan pembinaan pusat kuarantin, imigresen dan  kastam (CIQ) yang bakal menjadi pintu masuk ke Sabah dari Kalimantan Utara, Indonesia. 

Beliau berkata, kehadirannya ke Kalabakan hari ini juga bagi meninjau sendiri  perkembangan di daerah itu bagi memastikan rakyatnya tidak ketinggalan dari segi  pembangunan yang diusahakan oleh kerajaan. 

Tamat

 

KALABAKAN: The Sabah Government is expected to receive a 40 per cent stake in the  floating liquefied natural gas (FLNG) facility project in Sabah under an agreement to be  signed with PETRONAS soon. 

Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor shared this latest development,  describing it as one of the significant achievements resulting from the close cooperation  between the State and Federal governments. 

He said the milestone was also made possible through the cooperation agreement  previously signed with PETRONAS, which enables the Sabah Government to participate  actively in the state’s oil and gas industry. 

He added that the state government would also receive a 20 per cent stake in projects  undertaken by PETRONAS at newly discovered oil and gas fields off the coast of  Sandakan. 

“We have successfully reached an agreement with PETRONAS, and in the near future,  perhaps within the next few months, we will sign an agreement under which Sabah will  receive a 40 per cent stake in the floating gas project in the state. 

“In Sandakan, PETRONAS has secured an oil and gas field, and Sabah will receive a  20 per cent stake there,” he said when officiating the Kalabakan Parliamentary  Constituency Jelajah Rakyat Programme and MADANI Rahmah Sales Programme at  the Kalabakan District Office Open Hall here today. 

Earlier, he he was briefed on Kalabakan’s development by Kalabakan District Officer  Murad Abdul Rashid at the Kalabakan District Office. 

Also present were Minister of Domestic Trade and Cost of Living Datuk Armizan Mohd  Ali; State Minister of Youth, Sports Development and Creative Economy Datuk Nizam  Abu Bakar Titingan; State Secretary Datuk Zainudin Aman; Assistant Minister to the  Chief Minister Datuk Ceasar Mandela Malakun; Assistant Minister of Tourism, Culture  and Environment Dr Andi Md Shamsureezal Mohd Sainal; Assistant Minister of Industrial  Development, Entrepreneurship and Transport Datuk Jonnybone J. Kurum; and  Kalabakan MP Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy. 

Hajiji said the people and the state stood to benefit greatly from the strong relationship  between the State and Federal governments.

He said Sabah is also attracting increasing investor interest due to the state  government’s investor-friendly policies, a fact acknowledged by foreign diplomats who  have visited the state to explore its investment potential. 

“Nearly 40 foreign diplomats or high commissioners have met with me over the past five  years. They are attracted to our investor-friendly policies. They said these policies will  propel Sabah towards a better future, and that is exactly what we are working to  achieve,” he said. 

He noted that existing industrial areas, particularly the Kota Kinabalu Industrial Park  (KKIP) and the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (SOGIP), are approaching full  capacity due to strong investor support. 

As a result, he said, the state government is expanding new industrial zones, including  the Palm Oil Industrial Cluster (POIC) on the east coast and industrial parks based on  the Blue Economy. 

On Kalabakan’s development, the Chief Minister said the state government remains  committed to transforming the district through rapid and balanced development in line  with the Sabah Maju Jaya (SMJ) roadmap, with economic growth and the people’s well being continuing to be top priorities. 

Among the key initiatives, he said, is the proposed development of the New Kalabakan  Township covering approximately 1,000 acres, which is expected to become the  district’s new growth centre through a range of planned developments. 

“Once implemented, it will become the growth centre for the Kalabakan district, with  various developments planned,” he said. 

In addition to the new township, Hajiji said the government is also working to improve  Kalabakan’s infrastructure, including roads and the construction of a Customs,  Immigration and Quarantine (CIQ) complex, which will serve as Sabah’s entry point from  North Kalimantan, Indonesia. 

He said his visit to Kalabakan today was also to personally review the district’s progress  and ensure its people are not left behind in the government’s development efforts. 

Ends