Agenda pembangunan Sabah terus diperkukuh melalui SMJ 2.0 (Dwibahasa)
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata Kerajaan Negeri akan terus memperkukuh agenda pembangunan melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2.0 sebagai kesinambungan usaha membina sebuah negeri yang lebih maju, berdaya saing dan sejahtera
Beliau berkata ini selaras dengan aspirasi yang terkandung dalam tema Hari Kebangsaan tahun ini iaitu “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati.”
"Hala tuju ini memberi penekanan kepada pembangunan ekonomi yang mampan, pemerkasaan modal insan, peningkatan produktiviti, pengukuhan daya saing, penerapan inovasi dan teknologi serta pembangunan yang inklusif agar manfaatnya dapat dirasai oleh seluruh rakyat Sabah," katanya pada majlis pelancaran Bulan Kebangsaan Sabah dan Kempen Kibar Bendera di Menara Kinabalu hari ini.
Ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri II/Menteri Kewangan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.
"Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri akan terus memperkukuh pelbagai inisiatif yang menyentuh kehidupan rakyat, termasuk dalam aspek pendidikan, kebajikan, perumahan, kesihatan, pembangunan luar bandar, pemerkasaan wanita dan belia serta penyediaan kemudahan asas yang lebih berkualiti.
"Saya yakin bahawa dengan semangat kebersamaan, tadbir urus yang berintegriti, kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan serta sokongan padu seluruh rakyat, kita mampu membawa Sabah melangkah lebih jauh sebagai sebuah negeri yang lebih maju dan sejahtera.
"Kerana pada akhirnya, ukuran sebenar kejayaan sesebuah kerajaan bukanlah pada apa yang berjaya dibina, tetapi pada sejauh mana rakyat menikmati hasil pembangunan tersebut," katanya.
Hajiji berkata pelancaran Bulan Kebangsaan Hari Sabah dan Kempen Kibar Bendera pada hari ini bukan sekadar satu acara, tetapi ianya harus diraikan dengan semangat patriotisme yang membara.
"Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan yang sebenar. Kemerdekaan bukan hanya sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi juga bebas daripada belenggu kemiskinan dan perpecahan. Kemerdekaan adalah anugerah yang perlu kita hargai dan pertahankan," katanya.
Hajiji turut berkata dalam era digital ini rakyat mempunyai ruang yang lebih luas untuk menyuarakan pandangan dan mengikuti perkembangan pembangunan negeri.
"Kerajaan Negeri menghargai setiap pandangan dan teguran sebagai tanda keprihatinan rakyat terhadap masa depan Sabah.
"Namun, setiap pandangan hendaklah disampaikan secara bertanggungjawab, berlandaskan fakta yang sahih serta dengan niat untuk membina, bukannya memecahbelahkan.
"Manfaatkanlah kemudahan teknologi dengan bijaksana untuk menyebarkan maklumat yang tepat, memupuk persefahaman dan memperkukuh perpaduan," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Menteri meminta semua untuk mengibarkan bendera kebangsaan di setiap sudut negeri ini dengan penuh semangat.
"Semoga seluruh rakyat akan terus bersatu padu, bekerjasama, dan saling membantu antara satu sama lain, demi masa depan Sabah yang lebih cemerlang.
"Marilah kita menjadikan sambutan pada tahun ini sebagai titik tolak untuk memperbaharui iltizam dalam membina sebuah Sabah yang lebih maju dan sejahtera," katanya.
Tamat
KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said the State Government will strengthen Sabah’s development agenda through the Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 roadmap, continuing its drive to build a more advanced, competitive and prosperous state.
He said this is in line with the aspirations of this year's National Day theme, "Malaysia MADANI: Shared Prosperity."
"The roadmap places emphasis on sustainable economic development, human capital empowerment, improved productivity, enhanced competitiveness, the adoption of innovation and technology, as well as inclusive development so that its benefits can be enjoyed by all Sabahans," he said at the launch of the state level National Month and Fly the Jalur Gemilang Campaign at Menara Kinabalu today.
His speech was delivered by Deputy Chief Minister II/Finance Minister Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.
"The State Government will continue to strengthen various initiatives that directly impact the people's lives, including in the areas of education, welfare, housing, healthcare, rural development, the empowerment of women and youth, as well as the provision of better basic amenities.
"I am confident that with the spirit of togetherness, integrity in governance, close cooperation between the State and Federal Governments, and the unwavering support of the people, we can take Sabah further forward as a more advanced and prosperous state.
"Ultimately, the true measure of a government's success is not what it has built, but the extent to which the people benefit from that development," he said.
Hajiji said the launch of the state-level National Month and Fly the Jalur Gemilang Campaign should not merely be viewed as a ceremonial event, but celebrated with a strong sense of patriotism.
"Let us all reflect on the true meaning of independence. Independence is not only freedom from colonial rule, but also freedom from the shackles of poverty and division. It is a precious gift that we must cherish and defend," he said.
The Chief Minister said that in the digital era, the people have greater opportunities to express their views and keep abreast of the state's development.
"The State Government values every opinion and constructive criticism as a reflection of the people's concern for Sabah's future.
"However, all views should be expressed responsibly, based on verified facts and with the intention of building rather than dividing society.
"Let us make wise use of technology to disseminate accurate information, foster mutual understanding and strengthen unity," he said.
He urged everyone to fly the national flag throughout the state with pride and patriotic spirit.
"May all Sabahans continue to stand united, work together and support one another for a brighter future for Sabah.
"Let this year's celebration serve as a renewed commitment to building a more advanced and prosperous Sabah," he said.
Ends