RM100 juta perkasa biasiswa anak Sabah (Dwibahasa)

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri terus memperkukuh agenda pembangunan modal  insan apabila memperuntukkan lebih RM100 juta bagi Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah  (BKNS) tahun ini, sekali gus memberi manfaat kepada ribuan pelajar yang melanjutkan  pengajian di pelbagai peringkat, khususnya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan  dan Matematik (STEM). 

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata peruntukan itu digunakan  untuk menampung pelajar sedia ada serta tajaan baharu tahun 2026, membabitkan seramai  2,182 pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat diploma, sarjana muda dan sarjana. 

Beliau berkata, sehingga kini jumlah keseluruhan pelajar yang menerima tajaan BKNS telah  mencecah 13,389 orang, mencerminkan kesungguhan kerajaan negeri dalam memastikan  lebih ramai anak Sabah memperoleh akses kepada pendidikan berkualiti. 

“Kerajaan negeri sentiasa mengutamakan pembangunan pendidikan kerana ia merupakan  asas penting dalam melahirkan modal insan berilmu, berkemahiran dan berdaya saing,”  katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah Siri Ke 37 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), hari ini. 

Hajiji yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah berkata, BKNS  turut menambah 10 penerima Anugerah Biasiswa Cemerlang Kerajaan Negeri Sabah tahun  ini, menjadikan jumlah keseluruhan penerima anugerah itu seramai 60 orang. 

Menurut beliau, kerajaan negeri juga menawarkan beberapa skim biasiswa utama termasuk  Biasiswa Anugerah Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Biasiswa Perdana,  Biasiswa Cemerlang Kerajaan Negeri Sabah serta Biasiswa Program B40 dan Luar Bandar. 

Katanya, Kumpulan Yayasan Sabah turut meningkatkan jumlah penerima Anugerah  Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah sebanyak 10 orang kepada 50 penerima tahun ini  sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan akademik pelajar Sabah. 

Beliau berkata, kerajaan negeri juga memperluaskan peluang pendidikan dalam bidang  penjagaan kesihatan apabila seramai 30 anak Sabah akan dipilih mengikuti program  pembangunan bakat yang merangkumi bidang Diploma Sains Perubatan dan Kesihatan,  Diploma Fisioterapi serta Ijazah Sarjana Muda Sains Teknologi Kardiovaskular. 

Katanya, program berkenaan dilaksanakan hasil kerjasama strategik antara Kumpulan  Yayasan Sabah, Institut Jantung Negara (IJN) dan IJN University College menerusi  memorandum persefahaman yang dimeterai pada April lalu bagi memperkukuh penyediaan  tenaga kerja kesihatan masa depan negeri. 

Beliau berkata, inisiatif berkenaan selaras dengan keperluan Sabah untuk menambah  tenaga mahir dalam sektor kesihatan, selain membuka lebih banyak peluang kepada anak  Sabahbmengikuti latihan profesional dalam bidang kritikal yang mempunyai permintaan  tinggi pada masa hadapan. 

Pada masa sama, seramai 15 anak Sabah kini sedang mengikuti Program Pembantu  Perawatan Pesakit di IJN University College menerusi inisiatif yang diselaraskan Yayasan  Sabah melalui University College Sabah Foundation (UCSF), sekali gus memperluaskan  akses kepada latihan kemahiran kesihatan yang berkualiti. 

Beliau berkata, kerajaan negeri turut menyediakan pelbagai bentuk bantuan pendidikan lain  bagi meringankan beban pelajar dan keluarga berdepan peningkatan kos pendidikan. 

*Katanya, sejak diperkenalkan, Biasiswa Cemerlang Kerajaan Negeri Sabah (BCKNS) telah  memberi manfaat kepada 835 penerima dengan perbelanjaan keseluruhan RM141.29 juta,  manakala Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) yang dilancarkan pada 2022 telah  membantu 15,629 penerima membabitkan peruntukan melebihi RM25 juta.* 

"Selain itu, Majlis Ugama Islam Negeri Sabah (MUIS) melalui Bahagian Zakat dan Fitrah  terus menyalurkan bantuan pendidikan kepada pelajar yang melanjutkan pengajian,  termasuk bantuan yuran awal dan tiket penerbangan, dengan perbelanjaan berjumlah lebih  RM12.7 juta bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini", katanya. 

Hajiji berkata, Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas) turut  meneruskan 14 inisiatif pendidikan yang diperkenalkan sejak 2021, antaranya Bantuan  Tunai Pendaftaran IPT Secara One-Off (BUDI), Bantuan Khas Peperiksaan (BAKTI),  Bantuan Ihsan Komputer (BAIK), Subsidi Tiket Penerbangan Pelajar Sabah (SUBFLY) dan  Sumbangan Mahasiswa Pengajian Tinggi Dalam Sabah (SENTOSA). 

Beliau turut menyifatkan peningkatan prestasi pendidikan negeri sebagai petanda positif  apabila keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 mencatat Gred Purata Negeri (GPN)  4.85 berbanding 5.00 pada tahun sebelumnya, sekali gus kali pertama Sabah merekodkan  GPN di bawah paras 5.00. 

Sehubungan itu, beliau menggesa pelajar terus mengekalkan kecemerlangan serta  menerokai bidang strategik seperti minyak dan gas, tenaga, Pendidikan dan Latihan  Teknikal dan Vokasional (TVET) serta kecerdasan buatan (AI) yang menjadi pemacu  pembangunan ekonomi masa depan negeri. 

Tamat

 

KOTA KINABALU: The State Government continues to strengthen its human capital  development agenda by allocating more than RM100 million for the Sabah State  Government Scholarship (BKNS) this year, benefiting thousands of students pursuing  studies at various levels, particularly in Science, Technology, Engineering and  Mathematics (STEM). 

Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said the allocation would cover  existing scholarship recipients as well as new sponsorships for 2026, involving a total of  2,182 students pursuing diploma, bachelor's degree and master's degree programmes. 

He said the total number of BKNS scholarship recipients has now reached 13,389,  reflecting the State Government's commitment to ensuring more Sabahans have access  to quality education. 

"The State Government has always prioritised education development as it is the  foundation for producing knowledgeable, skilled and competitive human capital," he said  when officiating the 37th Sabah State Excellent Scholarship Awards ceremony at the  Sabah International Convention Centre (SICC) here today. 

Hajiji, who is also Chairman of the Yayasan Sabah Board of Trustees, said BKNS has  added 10 recipients to the Sabah State Government Excellent Scholarship Award this  year, bringing the total number of recipients to 60. 

He said the State Government also offers several major scholarship schemes, including  the Yang di-Pertua Negeri Sabah Excellence Scholarship, Premier Scholarship, Sabah  State Government Excellent Scholarship and the B40 and Rural Programme  Scholarship. 

He added that the Yayasan Sabah Group has also increased the number of recipients  of the Sabah Excellent Scholarship Award by 10 to 50 recipients this year in recognition  of the academic excellence of Sabah students. 

Hajiji said the State Government is also expanding educational opportunities in the  healthcare sector, with 30 Sabahans to be selected for a talent development programme  covering the Diploma in Medical and Health Sciences, Diploma in Physiotherapy and  Bachelor of Science in Cardiovascular Technology.

He said the programme is implemented through a strategic collaboration between the  Yayasan Sabah Group, the National Heart Institute (IJN) and IJN University College  under a memorandum of understanding signed in April to strengthen the development  of the State's future healthcare workforce. 

The initiative is in line with Sabah's need to increase its pool of skilled healthcare  professionals while providing more Sabahans with opportunities to undergo professional  training in critical fields expected to be in high demand in the future, he said. 

At the same time, 15 Sabahans are currently undergoing the Patient Care Assistant  Programme at IJN University College through an initiative coordinated by Yayasan  Sabah via University College Sabah Foundation (UCSF), further expanding access to  quality healthcare skills training. 

Hajiji said the State Government also provides various forms of educational assistance  to ease the financial burden on students and families facing rising education costs. 

He said since its introduction, the Sabah State Government Excellent Scholarship  (BCKNS) has benefited 835 recipients with a total expenditure of RM141.29 million,  while the Sabah State Education Fund (TPNS), launched in 2022, has assisted 15,629  recipients involving allocations exceeding RM25 million. 

"In addition, the Sabah Islamic Religious Council (MUIS), through its Zakat and Fitrah  Division, continues to provide educational assistance to students pursuing higher  education, including initial tuition fee assistance and flight tickets, with total expenditure  exceeding RM12.7 million from January to June this year," he said. 

Hajiji said the Office of the Deputy State Secretary (Special Duties) has also continued  implementing the 14 education initiatives introduced since 2021, including the One-Off  Higher Education Institution Registration Cash Assistance (BUDI), Special Examination  Assistance (BAKTI), Computer Assistance Programme (BAIK), Sabah Student Flight  Ticket Subsidy (SUBFLY) and Higher Education Student Assistance in Sabah  (SENTOSA). 

He described the improvement in the State's education performance as a positive  indicator, noting that Sabah recorded a State Average Grade (GPN) of 4.85 in the 2025  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) examination, compared with 5.00 the previous year,  marking the first time the State achieved a GPN below the 5.00 threshold. 

He urged students to continue striving for excellence and to explore strategic fields such  as oil and gas, energy, Technical and Vocational Education and Training (TVET), and  artificial intelligence (AI), which are expected to drive Sabah's future economic development. 

Ends