LRA Kogopon dan loji muka sauk Kabang atasi gangguan bekalan air menjelang hujung tahun (Dwibahasa)
PAPAR: Loji Rawatan Air (LRA) Kogopon berkapasiti 80 juta liter sehari (MLD) dan loji muka sauk Kabang yang baharu di sini dijangka mula beroperasi masing-masing pada November dan Ogos tahun ini.
Kedua-dua projek itu dijangka dapat mengatasi masalah kekurangan bekalan air di kawasan Papar, Putatan dan Kimanis.
Sehubungan itu, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengarahkan Jabatan Air Negeri Sabah supaya memantau rapi pelaksanaan kedua-dua projek berkenaan dan memastikan ia disiapkan tanpa sebarang kelewatan lagi.
Beliau turut menggesa jabatan itu supaya lebih proaktif dalam menangani isu gangguan bekalan air dengan menghantar lori tangki air ke kawasan terjejas, bukan sahaja di daerah ini tetapi juga di seluruh negeri.
“Masalah bekalan air merupakan isu legasi, namun sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab kita komited untuk menyelesaikannya," katanya ketika mendengar taklimat mengenai kedua-dua projek itu di Langkah Syabas Resort, berhampiran sini, hari ini.
"Saya sendiri menerima banyak aduan. Saya berharap jabatan akan memberi perhatian serius terhadap semua isu ini dan memastikan rakyat tidak terus berdepan masalah bekalan air," katanya.
Terdahulu, Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah, Chee Chun Chieh, memaklumkan kepada Ketua Menteri bahawa LRA Kogopon bernilai RM365.9 juta dijadualkan mula membekalkan air menjelang akhir November.
Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti, Datuk Seri Panglima Joachim Gunsalam dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali yang juga Ahli Parlimen Papar.
Keseluruhan projek LRA Kogopon dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2028, namun Chee berkata loji itu dijangka mula membekalkan air bagi memenuhi keperluan di Papar, Putatan hingga Kimanis sebelum penghujung tahun ini.
Mengenai loji muka sauk Kabang bernilai RM39.73 juta, Ketua Menteri dimaklumkan bahawa projek itu kini siap 90 peratus dan dijangka mula beroperasi pada September tahun ini.
Loji muka sauk baharu itu, yang dijangka meningkatkan kapasiti daripada sembilan MLD kepada 30 MLD, dibina lebih jauh di hulu Sungai Papar di kawasan Kabang bagi mengatasi masalah kemasinan air yang kerap menjejaskan operasi Loji Rawatan Air di bawah Skim Bekalan Air Kecemasan (EWSS) serta kemudahan pengambilan air sedia ada di Limbahau.
Tamat
PAPAR: The 80 million litres daily (MLD) Kogopon Water Treatment Plant (WTP) and the new Kabang Raw Water Intake plant here are expected to be operational in November and August this year, respectively.
The two projects are expected to address the water supply shortage in the Papar, Putatan and Kimanis areas.
In this respect, Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor directed the State Water Department to closely monitor the projects and ensure it will be completed without further delays.
“Be more proactive in handling water shortage issues by sending water tanks to affected areas not only here but in all areas in the state.
“The water supply problem is a legacy issue but as a responsible government we want to address this," the Chief Minister said at the briefing on the two projects at Langkah Syabas Resort near here today.
Earlier, the State Water Department Director Chee Chun Chieh told the Chief Minister that the RM365.9 million Kogopon WTP is scheduled to start supplying water by end of November.
Also present were Deputy Chief Minister I/Minister of Works and Utilities, Datuk Seri Panglima Joachim Gunsalam and Minister of Domestic Trade and Cost of Living Datuk Armizan Mohd Ali, who is also Papar Member of Parliament.
The whole Kogopon WTP project is expected to be fully completed by 2028 but Chee said it should be able to start supplying water to cater for the demand in Papar, Putatan up to Kimanis before end of this year.
On the RM39.73 million Kabang Water Intake plant, the Chief Minister was briefed that it was now 90 per cent completed and would be commissioned by September this year.
The new water intake plant, which is expected to boost capacity from nine MLD to 30 MLD was built further upstream of the Papar river in Kabang to avoid salinity issues that frequently affected the existing Emergency Water Supply Scheme (EWSS) Treatment Plant and its water intake in Limbahau.
Ends