Kerajaan Negeri usaha tambah baik pelaksanaan subsidi diesel di Sabah (Dwibahasa)
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri sedang mengadakan libat urus dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) dan agensi Persekutuan yang berkaitan bagi mempertimbangkan mekanisme penambahbaikan pelaksanaan subsidi diesel secara bersasar di Sabah yang mula berkuat kuasa bulan ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, mesyuarat susulan antara agensi-agensi Kerajaan Negeri dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan agensi Persekutuan berkaitan berhubung perkara itu akan diadakan pada 17 Julai ini dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah.
“Peluasan pelaksanaan subsidi diesel secara bersasar ke Sabah yang bermula pada 1 Julai lalu turut dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 Julai,” katanya.
Ketua Menteri berkata, Kerajaan Negeri mengambil perhatian serius terhadap isu-isu yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak.
“Sehubungan itu, Kementerian Kewangan Malaysia dan agensi kerajaan yang berkaitan telah diarahkan supaya memperincikan isu-isu berkenaan serta meneliti cadangan yang bersesuaian bagi menangani permasalahan yang dihadapi oleh golongan yang terkesan,” katanya.
Tamat
KOTA KINABALU: The State Government is engaging the Ministry of Finance (MoF) Malaysia and relevant federal agencies to consider improvements to the implementation mechanism of the targeted diesel subsidy programme in Sabah, which took effect this month.
Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said a follow-up meeting involving State Government agencies, MoF Malaysia and the relevant federal agencies will be held on July 17, to be chaired by the Sabah State Secretary.
“The expansion of the targeted diesel subsidy programme to Sabah, which began on July 1, was also discussed at the State Cabinet meeting on July 13,” he said.
The Chief Minister said the State Government takes seriously the issues raised by various stakeholders.
“In this regard, MoF Malaysia and the relevant government agencies have been instructed to further examine the issues and consider appropriate recommendations to address the concerns faced by those affected,” he said.
Ends