KM seru koperasi berani transformasi, teroka sektor baharu (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyeru gerakan koperasi di Sabah supaya berani melakukan transformasi perniagaan dengan mempelbagaikan sumber pendapatan serta meneroka sektor baharu yang mampu memberi nilai tambah kepada anggota, komuniti dan ekonomi negeri.
Beliau berkata, dalam landskap ekonomi dan teknologi yang semakin kompetitif, koperasi tidak lagi boleh bergantung kepada model perniagaan tradisional semata mata, sebaliknya perlu terus berinovasi bagi memastikan daya saing dan kelangsungan pertumbuhan.
Menurutnya, transformasi perniagaan akan membolehkan koperasi menembusi pasaran baharu, memenuhi keperluan anggota dan pelanggan, selain memanfaatkan peluang ekonomi yang muncul selaras dengan perubahan semasa.
"Kerajaan Negeri amat menggalakkan koperasi untuk terus memperkukuhkan tadbir urus, memperluaskan bidang perniagaan dan menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi yang inklusif serta mampan.
"Saya yakin gerakan koperasi akan terus relevan dan menjadi penyumbang penting kepada pembangunan negeri jika sentiasa bersedia berubah mengikut keperluan semasa," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Ke-49 Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah Berhad (KOPEKS) serta melancarkan akhbar komuniti Kinabalu Media di Sabah International Convention Centre (SICC), di sini, pada Khamis.
Hajiji berkata, KOPEKS wajar dijadikan contoh kerana berani melakukan transformasi daripada hanya menjalankan perniagaan kredit kepada pelbagai sektor strategik yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi, antaranya termasuk perkhidmatan Ar-Rahnu, kesihatan, pusat dialisis, projek perumahan, import dan eksport serta penerbitan akhbar komuniti.
Katanya, penerbitan Kinabalu Media membuktikan komitmen KOPEKS memperkukuhkan budaya ilmu dan menyediakan platform penyampaian maklumat yang sahih kepada masyarakat, serta satu sumbangan penting dalam memperkukuhkan industri persuratkhabaran di Sabah.
"Dalam era media digital yang berkembang pesat, penerbitan bercetak masih mempunyai peranan penting menyediakan laporan yang lebih mendalam, analisis yang berkualiti dan dokumentasi pelbagai isu semasa. Kerajaan Negeri melihat media sebagai rakan strategik dalam usaha membangunkan negeri serta memperkukuhkan perpaduan rakyat, termasuk menjayakan agenda Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0," katanya.
Mengulas perkembangan sektor kesihatan yang diceburi KOPEKS, Hajiji berkata langkah koperasi itu mengambil alih beberapa klinik swasta membolehkan ahli menikmati kemudahan rawatan pada kadar berpatutan, sekali gus membuktikan koperasi mampu memainkan peranan lebih besar dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Beliau turut menyambut baik perancangan KOPEKS menubuhkan pusat dialisis memandangkan keperluan terhadap perkhidmatan itu semakin meningkat dengan jumlah pesakit buah pinggang di Sabah kini melebihi 2,000 orang.
Katanya, Kerajaan Negeri sendiri telah menyumbang 100 unit mesin hemodialisis bernilai RM4.5 juta kepada 23 hospital kerajaan dan dua klinik kesihatan di seluruh Sabah pada 2024 bagi membantu meningkatkan akses rawatan kepada rakyat.
"Saya berharap pusat dialisis yang bakal diwujudkan nanti menawarkan caj yang berpatutan bagi membantu meringankan beban pesakit," katanya.
Ketua Menteri berkata langkah KOPEKS meneroka bidang import dan eksport, khususnya ke Brunei Darussalam, merupakan strategi tepat bagi membuka peluang perdagangan rentas sempadan, memperluaskan pasaran produk tempatan serta memperkukuhkan jaringan kerjasama serantau.
Beliau berkata, usaha berkenaan selaras dengan agenda Sabah Maju Jaya yang memberi penekanan kepada pembangunan ekonomi yang inklusif, mampan dan memberi manfaat kepada seluruh rakyat.
Sementara itu, Hajiji turut merakamkan penghargaan kepada kepimpinan KOPEKS atas pencapaian keuntungan yang memberangsangkan bagi tahun 2025 serta kejayaan mengekalkan pembayaran dividen kepada anggota secara konsisten sejak 20 tahun lalu.
Beliau berkata, pencapaian itu mencerminkan kecekapan tadbir urus dan pengurusan kewangan koperasi, sekali gus membolehkan manfaat terus dinikmati anggota.
Pada masa sama, beliau menyeru lebih ramai penjawat awam, khususnya generasi baharu agar menyertai KOPEKS bagi memperkukuhkan kedudukan koperasi itu sebagai model koperasi berjaya yang bukan sahaja membangunkan ekonomi anggotanya, malah menyumbang kepada kemajuan Sabah secara menyeluruh.
Tamat
English version
KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor has called on the cooperative movement in Sabah to boldly undertake business transformation by diversifying income sources and venturing into new sectors capable of creating added value for members, communities and the State economy.
He said that in an increasingly competitive economic and technological landscape, cooperatives can no longer rely solely on traditional business models, but must continue to innovate to remain competitive and sustain growth.
According to him, business transformation will enable cooperatives to penetrate new markets, meet the needs of members and customers, and capitalise on emerging economic opportunities in line with changing circumstances.
“The State Government strongly encourages cooperatives to continue strengthening their governance, expanding their business activities and serving as catalysts for inclusive and sustainable economic development.
“I am confident that the cooperative movement will remain relevant and continue to be an important contributor to the State’s development if it is always prepared to adapt to current needs,” he said.
He said this when officiating at the 49th Annual General Meeting (AGM) of the Sabah Government Employees Cooperative Berhad (KOPEKS) and launching the Kinabalu Media community newspaper at the Sabah International Convention Centre (SICC) here on Thursday.
Hajiji said KOPEKS should serve as an example as it has boldly transformed itself from operating solely as a credit business into various strategic sectors with high growth potential, including Ar-Rahnu services, healthcare, dialysis centres, housing projects, import and export activities, and community newspaper publishing.
He said the publication of Kinabalu Media demonstrates KOPEKS’ commitment to strengthening the culture of knowledge and providing a platform for the dissemination of reliable information to the public, while also making an important contribution to Sabah’s newspaper industry.
“In this rapidly evolving digital media era, print publications still play an important role in providing more in-depth reporting, quality analysis and documentation of various current issues. The State Government views the media as a strategic partner in efforts to develop the State and strengthen unity among the people, including in advancing the Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 roadmap,” he said.
Commenting on the healthcare sector ventured into by KOPEKS, Hajiji said the cooperative’s move to acquire several private clinics has enabled members to enjoy medical treatment at affordable rates, proving that cooperatives can play a greater role in improving public wellbeing.
He also welcomed KOPEKS’ plan to establish a dialysis centre, noting that demand for such services continues to rise, with the number of kidney patients in Sabah now exceeding 2,000.
He said the State Government itself had contributed 100 haemodialysis machines worth RM4.5 million to 23 government hospitals and two health clinics throughout Sabah in 2024 to help improve public access to treatment.
“I hope the dialysis centre to be established will offer affordable charges to help ease the burden on patients,” he said.
The Chief Minister said KOPEKS’ move into import and export activities, particularly with Brunei Darussalam, is a sound strategy to open up cross-border trade opportunities, expand the market for local products and strengthen regional cooperation networks.
He said the initiative is in line with the Sabah Maju Jaya agenda, which emphasises inclusive and sustainable economic development that benefits all Sabahans.
Meanwhile, Hajiji also expressed appreciation to the leadership of KOPEKS for its encouraging profit performance in 2025 and its success in consistently paying dividends to members over the past 20 years.
He said the achievement reflects the efficiency of the cooperative’s governance and financial management, enabling members to continue enjoying its benefits.
At the same time, he called on more civil servants, particularly the younger generation, to join KOPEKS to further strengthen its position as a model cooperative that not only develops the economy of its members but also contributes to Sabah’s overall progress.
Ends