KM hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bersama  isteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag menghadiri Majlis Kesyukuran Doa  Akhir Tahun 1447 Hijrah dan Doa Awal Tahun Baharu Hijrah 1448 Peringkat Negeri  yang berlangsung di Masjid Negeri Sabah, di sini pada Selasa. 

Majlis itu turut dihadiri Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk  Seri Panglima (Dr.) Musa Haji Aman bersama Toh Puan Datin Seri Panglima Datuk  Hajah Faridah Haji Tussin yang berkenan menyertai umat Islam negeri ini dalam  memanjatkan kesyukuran serta memohon keberkatan sempena kedatangan tahun  baharu Hijrah. 

Majlis dimulakan dengan bacaan Doa Akhir Tahun 1447 Hijrah sebelum diteruskan  dengan bacaan Doa Awal Tahun 1448 Hijrah, bacaan Surah Yassin, tahlil dan doa  selamat. Program itu turut diisi dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan Tazkirah  Khas. 

Majlis berkenaan adalah antara pengisian rasmi Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri  Sabah 1448H/2026M bagi menyemarakkan syiar Islam, memperkukuh ukhuwah dan  menghayati nilai-nilai hijrah dalam kehidupan bermasyarakat. 

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Kadzim  Haji M.Yahya, Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Negeri, Datuk  Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri,  Datuk Dr. Haji Mohd.Arifin Mohd Arif, Menteri Pembangunan Belia,Kemajuan Sukan dan  Ekonomi Kreatif Negeri, Datuk Nizam Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan,  Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Mohd Razali Wahab, Pembantu-pembantu  Menteri, Ahli Parlimen, ketua-ketua jabatan negeri dan Persekutuan serta pemimpin  masyarakat. 

Tamat