RM339.16 juta diperuntukkan untuk program SYUKUR tahun ini (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

TUARAN: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata Kerajaan Negeri  meneruskan program Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) pada tahun ini dengan  peruntukan berjumlah RM339.16 juta sebagai salah satu instrumen utama di bawah agenda  pembasmian kemiskinan negeri. 

Katanya, bantuan SYUKUR ini telah distruktur semula pada tahun ini kepada kadar RM200  sebulan sebagai bantuan pelengkap kepada inisiatif Kerajaan Persekutuan iaitu Sumbangan  Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) serta bantuan-bantuan kewangan  lain yang tersedia.  

“Penstrukturan semula program SYUKUR ini membolehkan jumlah penerima diperluaskan  daripada 100,000 penerima pada tahun lalu kepada 140,000 penerima pada tahun ini, sekali  gus memastikan lebih ramai rakyat Sabah mendapat manfaat daripada bantuan Kerajaan ini,”  katanya pada majlis majlis pelancaran program Outreach Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR)  daerah Tuaran di Dewan Sri Sulaman di sini pada Selasa. 

Menurutnya, amaun pembayaran SYUKUR akan dibayar secara berfasa dengan setiap fasa  dibayar secara “lump-sum” bagi tempoh tiga bulan iaitu sebanyak RM600 akan dikreditkan ke  akaun kepada mereka yang mempunyai nombor akaun dan kepada penerima bantuan secara  tunai.  

Secara dasarnya, Program SYUKUR ini telah mula dibayar kepada penerima yang layak pada  11 Mac 2026 yang lalu bagi Fasa 1 dan pembayaran Fasa 2 secara dalam talian juga telah mula  dikreditkan ke akaun penerima bermula pada 23 Mei 2026 yang lalu.  

“Saya amat berbesar hati untuk memaklumkan bahawa pembayaran SYUKUR Fasa 2 bagi  agihan pertama secara tunai akan dibuka bermula 18 Jun 2026 (Khamis) sehingga 23 Jun 2026  (Selasa) kepada penerima yang layak di seluruh negeri Sabah melibatkan seramai 17,848  penerima.  

“Pembayaran ini melibatkan bantuan sebanyak RM600 secara sekaligus bagi tempoh April  hingga Jun 2026.  

“Saya berharap bantuan yang diterima ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin bagi memenuhi  keperluan asas keluarga, pendidikan anak-anak serta perbelanjaan harian yang semakin  mencabar,” katanya. 

Sementara itu, beliau berkata program outreach seperti ini amat penting kerana ia memberi  ruang kepada kerajaan untuk turun padang mendekati rakyat, memahami cabaran yang  dihadapi serta memastikan segala bentuk bantuan dan inisiatif kerajaan benar-benar sampai  kepada golongan yang memerlukan.  

Tamat

 

English version

TUARAN: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said the State Government is  continuing the Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) Programme this year with an allocation of  RM339.16 million as one of the main instruments under the State’s poverty eradication agenda. 

He said the SYUKUR assistance scheme has been restructured this year to provide RM200 per  month as a complementary aid to Federal Government initiatives, namely the Sumbangan Tunai  Rahmah (STR) and Sumbangan Asas Rahmah (SARA), as well as other available financial  assistance programmes. 

“The restructuring of the SYUKUR programme has enabled the number of recipients to be  expanded from 100,000 last year to 140,000 this year, ensuring that more Sabahans benefit  from this government assistance,” he said at the launch of the Sentuhan Kasih Rakyat  (SYUKUR) Outreach Programme for the Tuaran district at Dewan Sri Sulaman here on Tuesday. 

According to him, SYUKUR payments will be made in phases, with each phase disbursed in a  lump sum covering a three-month period, totalling RM600, and credited to recipients' bank  accounts, while cash payments will be made to eligible recipients. 

In principle, payments under the SYUKUR programme had commenced on March 11, 2026, for  Phase 1 recipients, while Phase 2 online payments began being credited into recipients’  accounts on May 23, 2026. 

“I am pleased to announce that the first cash distribution for SYUKUR Phase 2 will commence  from June 18, 2026 (Thursday) until June 23, 2026 (Tuesday) for eligible recipients throughout  Sabah, involving a total of 17,848 recipients. 

“This payment involves a lump-sum assistance of RM600 covering the period from April to June  2026. 

“I hope this assistance will be utilised wisely to meet essential family needs, support children’s  education and help ease the burden of increasingly challenging daily living expenses,” he said. 

Meanwhile, he said outreach programmes such as this are crucial as they provide the  Government with the opportunity to engage directly with the people, understand the challenges  they face, and ensure that all forms of assistance and government initiatives truly reach those in  need. 

Ends.