Hajiji Raikan Bakal Haji Daerah Tuaran 2023

TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor meraikan dan  menyampaikan sumbangan ikhlas kepada seramai 38 orang bakal haji daerah Tuaran  tahun 2023 di Dewan Bangunan Rumah Kebudayaan Bajau Sama, Kampung Lok Batik  pada Jumaat. 

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman menasihatkan bakal  jemaah haji agar mengekalkan disiplin dan patuh kepada peraturan yang telah  ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi. 

"Dalam masa sama jaga juga kesihatan supaya urusan ibadat haji berjalan lancar, ikut  tertibnya dan dipermudahkan di sana nanti”, katanya. 

Hajiji turut mendoakan agar urusan haji bakal-bakal haji dipermudahkan dan beroleh  haji yang mabrur. 

Tamat