Kerajaan Negeri terus perkasa pendidikan, TVET dan AI bangunkan modal insan (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan terus memberi perhatian dan keutamaan  kepada agenda pembangunan pendidikan negeri menerusi pemerkasaan modal insan,  peluasan bantuan pendidikan serta pengukuhan bidang Pendidikan dan Latihan  Teknikal dan Vokasional (TVET), Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik  (STEM) serta literasi kecerdasan buatan (AI). 

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata usaha itu penting bagi  memastikan setiap anak Sabah memperoleh peluang pendidikan terbaik tanpa mengira  kaum dan latar belakang, sekali gus melahirkan generasi berilmu, berakhlak mulia serta berdaya saing. 

Beliau berkata, pembangunan modal insan akan terus diperkasa sejajar dengan aspirasi  kerajaan negeri untuk meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan memperkukuhkan  masa depan Sabah. 

“Bidang kemahiran dan pembangunan belia akan terus diperkasa melalui peluasan  biasiswa dan bantuan pendidikan. Pemerkasaan TVET, pengukuhan STEM, latihan  pertanian dan teknologi digital dengan penumpuan terhadap literasi AI adalah antara  bidang yang turut diberi keutamaan oleh kerajaan negeri,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Apresiasi Pengurusan Sekolah  (MAPenS) Kali Keempat Tahun 2026 anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS)  di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), pada Khamis. 

Hajiji berkata, kerajaan negeri sentiasa menyokong usaha memperkasakan pendidikan  melalui pelbagai inisiatif dan kerjasama strategik bersama JPNS serta Kementerian  Pendidikan Malaysia (KPM). 

Menurutnya, antara inisiatif yang dilaksanakan termasuk pembinaan dan naik taraf  sekolah, penyediaan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), program  motivasi murid luar bandar, bantuan biasiswa kepada pelajar kurang berkemampuan  serta pelbagai intervensi pendidikan bagi meningkatkan pencapaian akademik dan  sahsiah pelajar. 

Beliau berkata, kerajaan negeri juga meneruskan pelbagai bantuan pendidikan  termasuk biasiswa dan dermasiswa serta 14 inisiatif bantuan pendidikan sedia ada.

“Antara bantuan yang disediakan ialah Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One-Off  (BUDI), Bantuan Ihsan Komputer, Bantuan Khas Tunai Peperiksaan, Bantuan Tiket  Penerbangan Pelajar Sabah dan Sumbangan Mahasiswa Pengajian Tinggi Dalam  Sabah (SENTOSA). Selain itu, Yayasan Sabah dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)  turut menawarkan bantuan pendidikan yang boleh dimanfaatkan rakyat,” katanya. 

Beliau berkata, segala bantuan dan usaha yang disalurkan itu bertujuan memberi  manfaat kepada generasi muda selain menjadi pemangkin kepada pembangunan  negeri pada masa hadapan. 

Dalam pada itu, Hajiji turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga pendidikan  atas pencapaian memberangsangkan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia  (SPM) 2025. 

Katanya, peningkatan prestasi berdasarkan Gred Purata Negeri (GPN) daripada 5.00  pada 2024 kepada 4.85 pada 2025 membuktikan komitmen tinggi dan usaha gigih  warga pendidik dalam meningkatkan kecemerlangan pendidikan di Sabah. 

“Pencapaian ini adalah hasil kerjasama erat antara guru, ibu bapa dan seluruh pihak  yang terlibat dalam sistem pendidikan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk  terus melonjakkan kecemerlangan pendidikan negeri Sabah pada masa hadapan,”  katanya. 

Hajiji turut menegaskan bahawa guru merupakan tonggak utama pembangunan negara  kerana bukan sahaja menyampaikan ilmu, malah membentuk akhlak dan nilai murni  dalam kalangan generasi muda. 

Sehubungan itu, beliau menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga pendidik atas  komitmen, keikhlasan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan amanah mendidik  anak bangsa. 

Tamat

 

English version

KOTA KINABALU: The State Government will continue to give priority to the state’s  education development agenda through human capital empowerment, the expansion of  educational assistance, and the strengthening of Technical and Vocational Education  and Training (TVET), Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM), as  well as artificial intelligence (AI) literacy. 

Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said these efforts are important  to ensure that every Sabahan child has access to the best educational opportunities  regardless of race and background, while nurturing a knowledgeable, morally upright  and competitive generation. 

He said human capital development will continue to be enhanced in line with the State  Government’s aspiration to improve educational excellence and strengthen Sabah’s  future. 

“Skills development and youth empowerment will continue to be strengthened through  the expansion of scholarships and educational assistance. The enhancement of TVET,  the strengthening of STEM, agricultural training and digital technology, with a focus on  AI literacy, are among the areas that will continue to be prioritised by the State  Government,” he said. 

He said this when officiating the Fourth School Management Appreciation Ceremony  (MAPenS) 2026, organised by the Sabah State Education Department (JPNS) at the  Sabah International Convention Centre (SICC) on Thursday. 

Hajiji said the State Government has consistently supported efforts to strengthen  education through various initiatives and strategic collaborations with JPNS and the  Ministry of Education Malaysia (MOE). 

According to him, among the initiatives implemented are the construction and upgrading  of schools, the provision of information and communication technology (ICT) facilities,  motivation programmes for rural students, scholarships for underprivileged students,  and various educational interventions aimed at improving students’ academic  performance and character development.

He said the State Government is also continuing various educational assistance  programmes, including scholarships, study grants and 14 existing education aid  initiatives. 

“Among the assistance provided are the One-Off Higher Education Registration Cash  Assistance (BUDI), Computer Assistance, Examination Special Cash Assistance, Sabah  Students Airfare Assistance, and the Contribution for Higher Education Students in  Sabah (SENTOSA). In addition, the Yayasan Sabah and the Sabah Islamic Religious  Council (MUIS) also offer educational assistance that can benefit the people,” he said. 

He said all the assistance and efforts provided are aimed at benefiting the younger  generation while serving as a catalyst for the state’s future development. 

Meanwhile, Hajiji also expressed his appreciation to the entire education fraternity for  the encouraging achievements in the 2025 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) examination. 

He said the improvement in performance, reflected in the State Average Grade (GPN)  from 5.00 in 2024 to 4.85 in 2025, demonstrated the strong commitment and dedication  of educators in enhancing educational excellence in Sabah. 

“This achievement is the result of close cooperation among teachers, parents and all  parties involved in the education system. May this success serve as a catalyst for further  elevating educational excellence in Sabah in the future,” he said. 

Hajiji also stressed that teachers are the cornerstone of national development as they  not only impart knowledge but also shape the character and moral values of the younger  generation. 

In this regard, he expressed his appreciation to all educators for their commitment,  sincerity, and dedication in fulfilling the responsibility of educating the nation’s future  generations. 

Ends.