Ketua Menteri Hadir Majlis Sambutan Hari Raya Perdana 2023 Agensi Islam Sabah

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menghadiri  Majlis Sambutan Raya Perdana 2023 Agensi Islam Sabah di Dewan Sa'adah Majlis  Ugama Islam Sabah (MUIS), hari ini. 

Selain beramah mesra bersama para pengunjung, Hajiji turut menyampaikan hadiah  kepada pemenang pertandingan gerai tercantik sempena sambutan Raya Perdana  2023. 

Turut hadir ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr Haji Mohd.Arifin  Mohd.Arif, Peguam Besar Negeri, Datuk Nor Asiah Mohd Yusof, Timbalan Setiausaha  Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas), Encik Sapdin Ibrahim, Mufti Kerajaan Negeri  Sabah, Datuk Ustaz Haji Bungsu @ Aziz Bin Hj. Jaafar, Pengarah Jabatan Hal Ehwal  Agama Islam Negeri Sabah, Datuk Ustaz Hj Saifulzaman Sangul,Pengarah Jabatan  Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sabah, Datuk Haji Norjeli bin Haji Dais dan  Pengerusi Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Datuk Haji Sapawi Ahmad. 

Tamat