Hajiji Tinjau Penggunaan Sistem Persidangan Digital DUN Sabah

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor meninjau  penggunaan Sistem Persidangan Digital yang akan digunakan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di bangunan DUN Sabah, hari ini. 

Sistem baharu itu akan digunakan pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat DUN Ke 16 yang dijadualkan pada minggu hadapan. Lebih 70 “touch-sceen tablets” telah  dipasang untuk kegunaan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menerusi kerja  menaik taraf sistem persidangan semasa kepada sistem persidangan digital tanpa  kertas (paperless conference system). 

Hajiji diberi taklimat dan cara penggunaan sistem itu oleh Jurutera (Elektrikal) Jabatan  Kerja Raya (JKR) , Cik Lornetha Daim. 

Mengiringi Hajiji ialah Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Panglima Kadzim M. Yahya dan  Setiausaha DUN Sabah, Puan Rafidah Maqbool Rahman. 

Tamat