Ketua Menteri Terima Kunjungan Hormat KP J-KOM

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima  kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM),  Dato' Dr. Mohammad Agus Yusoff di pejabatnya di Menara Kinabalu, pada Isnin. 

Dr. Mohammad Agus memberi taklimat mengenai peranan dan fungsi J-KOM dan  berharap dapat membina hubungan kolaboratif yang baik dengan Kerajaan Negeri  menerusi program-program bersesuaian dengan konsep Malaysia Madani di bawah  Kerajaan Perpaduan. 

Katanya, melalui kerjasama yang erat antara J-KOM dan Kerajaan Sabah diharapkan  dapat memastikan para pegawai J-KOM Zon Sabah memberi penerangan yang baik  kepada masyarakat di negeri ini.  

Turut hadir ialah Setiausaha Politik Hajiji, Haji Abdul Rahman Md. Yakub, Timbalan  Ketua Pengarah (TKP) (Komunikasi Komuniti), Dato' Ismail Yusop, TKP (Pengurusan),  Encik Zamri Yusoff, Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Perancangan Program, Cik  Kazidi Mohd.Zainuddin dan Pegawai Penyelaras J-KOM Zon Sabah, Dr. Diana Dominic. 

Tamat