Pelan Pembangunan Pelancongan Sabah pacu pertumbuhan sektor pelancongan siap sebelum hujung tahun ini (dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

TUARAN: Kerajaan Negeri melalui Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar sedang merangka satu Pelan Pembangunan Pelancongan Sabah jangka panjang yang komprehensif dan dijangka siap sebelum penghujung tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Beliau berkata pelan tindakan itu akan menetapkan hala tuju baharu bagi pertumbuhan sektor pelancongan dengan arah yang jelas, menangani aspek kemampanan dan cabaran seperti hubungan penerbangan, mencerminkan aspirasi rakyat tempatan serta menyediakan kerangka pembangunan yang melangkaui pelan induk terdahulu.

“Dengan pelbagai program yang sedang dilaksanakan ketika ini, saya yakin Sabah berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran empat juta ketibaan pelawat sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 serta membuat persediaan bagi Tahun Melawat Sabah 2027.

“Tahun lalu, Sabah mencatat prestasi memberangsangkan dengan menerima 3.79 juta ketibaan pelawat, meningkat 20.8 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Pencapaian ini menjana pendapatan sebanyak RM8.74 bilion dan mewujudkan hampir 400,000 peluang pekerjaan,” katanya pada majlis perasmian Hilton Garden Inn Kota Kinabalu Tuaran di Kampung Pulau Simpangan, Kuala Matinggi, di sini pada Ahad.

Ketua Menteri turut menyambut baik bahawa Hilton Garden Inn merupakan sebahagian daripada komitmen pelaburan berterusan yang lebih besar dengan nilai dianggarkan sekitar RM500 juta, merangkumi pembangunan ini serta projek-projek pembangunan Hilton pada masa hadapan di sini.

“Ini akan terus memperkukuh keyakinan pelabur terhadap sektor pelancongan dan hospitaliti negeri, selain selaras dengan usaha berterusan Kerajaan Negeri untuk memperkukuh industri pelancongan Sabah.

“Yang lebih penting, pembangunan seperti ini menyokong beberapa teras utama strategi pertumbuhan pelancongan Sabah, iaitu memperkukuh pilihan penginapan premium dan mampan, mewujudkan peluang pekerjaan bermakna serta pembangunan kemahiran untuk penduduk tempatan, memperkasa perusahaan berasaskan komuniti melalui rantaian bekalan, dan mempromosikan pelancongan yang menghormati serta memelihara alam sekitar,” katanya.

Hajiji berkata walaupun terdapat faktor luaran yang boleh mempengaruhi sektor pelancongan Sabah, Kerajaan Negeri melalui Kementerian Pelancongan terus berusaha mengimbangi aspek kemampanan, memperkukuh kerjasama antara kerajaan, sektor swasta dan komuniti, serta memanfaatkan inovasi digital bagi membina industri pelancongan yang berdaya tahan dan bernilai tinggi.

“Pendekatan ini akan memastikan keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi dengan pemeliharaan alam sekitar dan budaya,” katanya.

Beliau percaya kehadiran jenama Hilton akan terus mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai destinasi pelancongan pilihan, bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat serantau dan global.

Menurutnya, pembukaan Sheraton Kota Kinabalu pada awal bulan lalu, bersama hotelhotel yang bakal dibina atau kini berada pada pelbagai peringkat pembinaan di negeri ini seperti Avani, Fairfield by Marriott, Club Med, InterContinental dan Wyndham, memberi isyarat jelas bahawa Sabah kekal sebagai destinasi yang kompetitif dan menarik bagi pelaburan berkualiti, khususnya dalam sektor pelancongan dan perkhidmatan hospitaliti.

“Ia juga membuktikan daya tahan serta keyakinan rakan industri kita walaupun berdepan ketidaktentuan semasa,” katanya.

Hajiji turut gembira kerana hartanah yang kini dibangunkan semula sebagai Hilton Garden Inn Kota Kinabalu itu terletak di kampung halamannya, Tuaran, sebuah daerah yang telah berkembang pesat sehingga mencapai tahap pembangunan yang ada hari ini.

“Dengan kedudukannya yang strategik serta tarikan semula jadi yang melimpah ruah, daerah ini mempunyai potensi besar untuk berkembang lebih jauh, khususnya sebagai hab pelancongan. Pembangunan seperti ini akan melengkapi tarikan sedia ada di Tuaran, menggalakkan lebih banyak ketibaan pelawat serta memberi manfaat kepada perniagaan sekitar, usahawan tempatan dan komuniti secara keseluruhannya,” katanya.

Ketua Menteri juga gembira bahawa Hilton Garden Inn Kota Kinabalu menyumbang secara langsung kepada pembangunan ekonomi tempatan menerusi penciptaan peluang pekerjaan.

“Lebih menggembirakan apabila majoriti pekerjanya terdiri daripada penduduk daerah Tuaran sendiri. Ini merupakan perkembangan yang amat positif kerana ia mencerminkan aspirasi bersama kita untuk memastikan komuniti tempatan menerima manfaat secara langsung daripada pelaburan yang dilaksanakan di kawasan mereka.

“Sesungguhnya, Hilton Garden Inn melambangkan visi bersama kita untuk membangunkan sektor pelancongan bernilai tinggi dan mampan yang memberi manfaat kepada ekonomi serta komuniti tempatan,” katanya.

Tamat

 

English version 

TUARAN: The State Government, through the Tourism, Culture and Environment Ministry, is currently drafting a comprehensive long-term Sabah Tourism Blueprint that is expected to be completed before the end of this year, said Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

He said the blueprint will chart a new course for tourism growth with clear direction, address sustainability and challenges such as aviation connectivity, reflect local aspirations and provide a framework beyond previous master plans.

“That said, with the programmes currently underway, I believe Sabah is on track to achieve the targeted four million visitor arrivals under Visit Malaysia 2026 and to prepare for Visit Sabah 2027.

“Last year, Sabah performed strongly, reaching 3.79 million visitor arrivals, an increase of 20.8 per cent compared with the previous year.

This has generated RM8.74 billion in revenue and created nearly 400,000 jobs,” he said at the grand opening of the Hilton Garden Inn Kota Kinabalu Tuaran at Kampung Pulau Simpangan, Kuala Matinggi here on Sunday.

The Chief Minister was pleased to note that the Hilton Garden Inn will form part of a larger continued investment commitment estimated at about RM500 million, covering the current development and future Hilton developments here.

“This will further strengthen investor confidence in the State’s tourism and hospitality sector and is certainly aligned with the State Government’s continuing efforts to strengthen Sabah’s tourism industry.

“More importantly, developments such as this support several key pillars of Sabah’s tourism growth strategy, that is, strengthening premium and sustainable accommodation options, creating meaningful employment and skills development for locals, empowering community-based enterprises through the supply chain and promoting tourism that respects and preserves our environment,” he said.

Hajiji said that despite external factors that may affect Sabah’s tourism sector, the State Government, through the Tourism Ministry, is working to blend sustainability, strengthen collaboration between the government, private sector, and communities and harness digital innovation to build a resilient, high-value tourism industry.

“This approach will balance economic growth with environmental and cultural preservation,” he said.

He believed that the Hilton brand's presence further strengthened Sabah’s position as a preferred tourism destination, not only in Malaysia but also in the region and globally.

He noted that the launch of Sheraton Kota Kinabalu early last month, together with hotels that are soon to be built or currently at various stages of completion in the state, such as Avani, Fairfield by Marriott, Club Med, InterContinental, and Wyndham, sends a strong signal that Sabah remains a competitive and attractive destination for quality investment, particularly in the tourism and hospitality services sectors.

“It is also a testament to the resilience and optimism of our industry partners, even in uncertain times,” he said.

Hajiji was also heartened that the property, which has been redeveloped into Hilton Garden Inn Kota Kinabalu, is situated in his hometown, Tuaran, a district that has grown by leaps and bounds into what it is today.

“With its strategic location and abundant natural attractions, it has strong potential to grow even further, especially as a tourism hub. Developments like this will complement Tuaran’s existing attractions, encourage more visitor arrivals and benefit surrounding businesses, local entrepreneurs and the wider community,” he said.

The Chief Minister was also pleased that the Hilton Garden Inn Kota Kinabalu contributes directly to local economic development through job creation and employment opportunities.

“Even more encouraging is that the majority of employees are from the Tuaran district itself. This is a very positive development, as it reflects our shared aspiration to ensure that local communities benefit directly from investments made in their own area.

“Indeed, the Hilton Garden Inn embodies our shared vision of high-value, sustainable tourism that benefits both the economy and our local communities,” he said.

Ends