Pelan Hala Tuju OGSE Sabah Lima Tahun sedang dirangka (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata Pelan  lima tahun Hala Tuju Industri Perkhidmatan dan Peralatan Minyak dan Gas Sabah (OGSE)  (2026–2030) sedang dirangka bagi membangunkan industri OGSE yang mampan. 

Beliau berkata, melangkah ke hadapan Kerajaan Negeri percaya bahawa industri OGSE  yang mampan tidak boleh dibangunkan hanya melalui pelan tindakan yang bersifat tegar  dan ditentukan dari atas ke bawah semata-mata. 

“Industri yang kukuh dan berdaya tahan perlu dibentuk melalui kerjasama erat antara  kerajaan, PETRONAS dan semua pihak berkepentingan utama termasuk pengendali,  kontraktor, vendor, persatuan industri, institusi kewangan serta penyedia latihan. 

“Maklum balas daripada semua pihak berkepentingan adalah penting dalam pembangunan  Pelan Hala Tuju OGSE Sabah Lima Tahun 2026–2030,” katanya pada Persidangan dan  Pameran OGSE 2026 yang julung kali diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah  (SICC) pada Khamis. 

Ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan,  Datuk Seri Panglima Masidi Manjun. 

Beliau menggesa para peserta persidangan OGSE memanfaatkan platform tersebut untuk  membincangkan pelan strategik berkenaan. 

“Pelan hala tuju ini mesti bersifat praktikal, diterajui industri dan berorientasikan hasil. Ia  perlu menangani kekangan sebenar yang dihadapi syarikat tempatan serta menyediakan  laluan pertumbuhan yang jelas dengan memberi tumpuan kepada tiga bidang kritikal,”  katanya. 

Beliau berkata bidang fokus pertama ialah Akses kepada Modal: Mewujudkan kemudahan  kredit yang boleh dipercayai serta pilihan modal kerja khusus bagi membolehkan vendor  tempatan membiayai projek luar pesisir yang memerlukan modal besar. 

Bidang fokus kedua ialah Peningkatan Teknikal: Menyediakan vendor tempatan untuk  bersaing mendapatkan skop kejuruteraan yang lebih kompleks, khususnya dalam integriti  aset dan aktiviti pembangunan utama di Sabah. 

Manakala bidang fokus ketiga pula ialah Padanan Bakat: Menghubungkan peluang  pekerjaan teknikal bernilai tinggi secara langsung kepada belia Sabah supaya bakat terbaik  negeri ini terus berkhidmat di Sabah.

“Saya percaya perbincangan dan cadangan daripada persidangan ini amat penting kepada  kita. Sebab itulah anda semua berada bersama kami hari ini. Saya menantikan pandangan  dan idea yang akan dikemukakan,” katanya. 

Beliau berkata sektor OGSE merupakan pemacu berpotensi tinggi bagi Sabah. 

“Ia membolehkan peralihan daripada sekadar pengeluaran sumber kepada perkhidmatan  bernilai tambah, di samping memupuk pertumbuhan inklusif dan menyokong matlamat SMJ  2.0 ke arah produktiviti lebih tinggi serta kemakmuran bersama. 

“Lebih penting lagi, sektor ini menjadi pemacu utama pembangunan kandungan tempatan,  penciptaan pekerjaan, pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta  kepelbagaian sumber hasil negeri,” katanya. 

Dalam hubungan ini, Hajiji berkata Kerajaan Negeri menyasarkan pemilikan kontrak  sebanyak 60 peratus oleh vendor OGSE tempatan tahun ini, susulan kejayaan pelaksanaan  dasar-dasar Jawatankuasa Kecil 4 (SC4) di bawah Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA)  antara Kerajaan Negeri dan PETRONAS yang dimeterai pada 7 Disember 2021. 

“Sejak pelaksanaan dasar SC4, jumlah kontrak aktif yang diperoleh vendor tempatan Sabah  meningkat dengan ketara daripada 133 kontrak pada 2021 kepada 499 kontrak aktif pada  2026. 

“Sehingga kini, sebanyak 393 vendor OGSE yang berpangkalan di Sabah telah diiktiraf dan  dinilai secara rasmi berdasarkan keupayaan teknikal mereka,” katanya. 

Hajiji berkata Kerajaan Negeri mahu syarikat-syarikat Sabah melangkaui peranan sebagai  subkontraktor berkeuntungan rendah dan muncul sebagai kontraktor utama, pemegang  lesen, penerima teknologi serta pencipta nilai jangka panjang. 

“Matlamat utama kita ialah memastikan lebih banyak nilai ekonomi yang dijana daripada  industri minyak dan gas Sabah kekal di Sabah, sambil meneruskan kerjasama kukuh dan  saling menguntungkan dengan rakan kongsi nasional dan antarabangsa yang berwibawa,”  katanya. 

Beliau berkata Sabah mengalu-alukan kehadiran pengendali antarabangsa, pemain utama  nasional dan penyedia perkhidmatan yang mantap sebagai rakan penting dalam  pertumbuhan negeri. 

Katanya, Sabah menawarkan asas sumber yang kukuh, persekitaran operasi yang  kompetitif, hala tuju dasar yang jelas menerusi CCA serta sebuah Kerajaan Negeri yang  stabil dan mesra perniagaan. 

“Namun apa yang kita cari bukan sekadar kerjasama, tetapi kerjasama yang mempunyai  tujuan. Kandungan tempatan mesti bermakna, boleh diukur dan mampan. Kami  mengharapkan kerjasama yang membawa pemindahan teknologi sebenar, pembangunan  keupayaan yang tersusun, latihan tenaga kerja tempatan serta penyertaan komersial yang  adil. 

“Mereka yang benar-benar melabur dalam meningkatkan kemahiran tenaga kerja Sabah,  membangunkan keupayaan vendor tempatan dan mewujudkan operasi jangka panjang di 

Sabah akan mendapati Kerajaan Negeri sebagai rakan yang menyokong dan boleh  dipercayai,” katanya. 

Beliau berkata pembangunan industri minyak dan gas Sabah telah mencatat kemajuan yang  memberangsangkan sejak penemuan penting pertama pada tahun 1971. 

“Hari ini, Sabah memainkan peranan penting dalam landskap tenaga Malaysia dengan  menyumbang lebih 40 peratus pengeluaran minyak mentah negara dan kira-kira 20 peratus  pengeluaran gas asli negara,” katanya. 

Bagaimanapun, Hajiji berkata Sabah tidak boleh lagi berpuas hati hanya sebagai pembekal  sumber mentah kerana angka pengeluaran semata-mata tidak mampu membina ekonomi  moden yang berdaya tahan. 

“Masa depan Sabah bukan hanya terletak pada pengeluaran sumber, tetapi juga pada  pegangan ekuiti, pelaksanaan dan pemilikan tempatan. 

“Kita mesti memastikan kekayaan yang dijana daripada sumber negeri ini dapat melahirkan  lebih banyak syarikat tempatan yang kukuh, peluang pekerjaan yang lebih baik, keupayaan  teknikal yang lebih mendalam serta limpahan ekonomi yang lebih luas di seluruh Sabah,”  katanya. 

Tamat

 

English version

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said a five year Sabah Oil and Gas Services and Equipment (OGSE) Roadmap (2026-2030) is  being formulated to build a sustainable OGSE industry. 

Moving forward, he said the State Government believes that a sustainable OGSE  industry cannot be built solely through a rigid, top-down blueprint. 

“A strong and resilient industry must be shaped through close collaboration among the  government, PETRONAS and all key stakeholders, including operators, contractors,  vendors, industry associations, financial institutions, and training providers. 

Feedback from all stakeholders is important for the development of the Five-Year Sabah  OGSE Roadmap 2026–2030, he said at the inaugural OGSE Conference and Exhibition  2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) on Thursday. 

His speech was delivered by Deputy Chief Minister II/Minister of Finance, Datuk Seri  Panglima Masidi Manjun. 

He urged the participants at the OGSE Conference to use this platform to deliberate on  this strategic blueprint. 

“The roadmap must be practical, industry-driven, and outcome-oriented. It should  address the real constraints faced by local companies and provide clear pathways for  growth, focusing on three critical areas,” he said. 

The first area of focus , he said is Access to Capital: Setting up reliable credit lines and  specialised working capital options so local vendors can smoothly fund capital-intensive  offshore projects. 

The second area of focus is Technical Upgrading: Preparing local vendors to win  complex engineering scopes, particularly in asset integrity and major development  activities in Sabah. 

While the third focus area would be Talent Matching: Connecting high-value technical  jobs directly with Sabahan youth, keeping the state’s best talent working here at home.

“I believe the discussions and recommendations from this conference will be important  for us, and that is precisely why we have you here with us today. I look forward to hearing  your insights,” he said. 

He said the OGSE sector serves as a high-potential lever for Sabah. 

“It enables our shift from pure resource extraction to value-added services, while  fostering inclusive growth and supporting SMJ 2.0’s goals of higher productivity and  shared prosperity.  

“More importantly, it acts as a key driver for local content development, job creation,  SME growth and revenue diversification,” he said. 

In this regard, Hajiji said the State Government is targeting 60 per cent contract  ownership for local OGSE vendors this year, following the success of the implementation  of the Sub-Committee 4 (SC4) policies under the Commercial Collaboration Agreement  (CCA) between the State Government and PETRONAS on Dec 7, 2021. 

“Since the implementation of the SC4 policies, the number of active contracts secured  by local Sabahan vendors has grown significantly from 133 contracts in 2021 to 499  active contracts in 2026. 

“To date, 393 active Sabah-based OGSE vendors have been formally recognised and  vetted for their technical capabilities,” he said. 

Hajiji said the State Government wants Sabah companies to move beyond low-margin  subcontracting and become main contractors, licence holders, technology adopters and  long-term value creators. 

“Ultimately, we want more of the economic value generated from Sabah’s oil and gas  industry to remain in Sabah, while continuing strong and mutually beneficial  collaboration with credible national and international partners,” he said. 

Hajiji said Sabah welcomed international operators, major national players and  established service providers as important partners in the state’s growth. 

He said Sabah offers strong resource fundamentals, a competitive operating  environment, clear policy direction through the CCA and a stable, pro-business State  Government. 

“However, what we seek is not merely partnership. We seek partnership with purpose.  Local content must be meaningful, measurable, and sustainable. We expect  partnerships that deliver real technology transfer, structured capability development,  local workforce training and fair commercial participation. 

“Those who invest sincerely in upgrading Sabahan workers, building the capabilities of  local vendors and establishing long-term operational roots in Sabah will find the State  Government a supportive and reliable partner,” he said.

He said Sabah’s oil and gas development has made remarkable progress since the first  significant discovery in 1971. 

“Today, Sabah plays a vital role in Malaysia’s energy landscape, contributing more than  40 per cent of the country’s crude oil and approximately 20 per cent of its natural gas  production,” he said. 

However, Hajiji said Sabah can no longer be content with merely supplying raw  resources, as production figures alone do not build a modern and resilient economy. 

“The future of Sabah lies not in extraction alone, but in equity, execution, and local  ownership.  

“We must ensure that the wealth generated from our resources creates stronger local  companies, better employment opportunities, deeper technical capabilities, and wider  economic spillovers across the State,” he said. 

Ends