Pemenang pingat Sukan SEA dan Para ASEAN Sabah terima insentif RM383,116 (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyampaikan insentif kemenangan berjumlah RM383,116 kepada atlet Sabah yang  memenangi pingat di Sukan SEA edisi ke-33 dan Para ASEAN ke-13 di Thailand tahun lalu. 

“Saya berharap insentif ini menjadi pembakar semangat untuk terus melangkah lebih jauh. Jangan jadikan kejayaan hari ini sebagai noktah, sebaliknya jadikan ia titik tolak  untuk mencapai tahap yang lebih tinggi.  

“Kepada jurulatih dan keluarga, sokongan daripada anda adalah tunjang kepada kejayaan ini,” kata Hajiji pada majlis penyampaian insentif kemenangan di Dewan  Bankuasi, Menara Kinabalu pada Selasa. 

Seramai 91 orang atlet dari Sabah telah mewakili negara di Sukan SEA 2025 dan telah membantu kontinjen negara memenangi lima pingat emas, 14 perak dan 11 gangsa.  

Manakala di Para ASEAN pula, seramai 22 atlet Sabah telah terpilih dan berjaya membawa pulang kejayaan besar dengan 14 pingat emas, sembilan perak dan empat gangsa. 

Sebanyak RM146,500 insentif diberikan kepada pemenang pingat Sukan SEA edisi Ke 33 manakala RM236,616 kepada pemenang pingat Para ASEAN.  

“Kerajaan negeri sangat berbangga dengan pencapaian yang ditunjukkan oleh kesemua  atlet negeri Sabah yang telah mengambil bahagian dan sekaligus telah mencipta kemenangan pingat dalam Temasya Sukan SEA Ke-33 dan Para ASEAN Ke-13 yang  berlangsung di Thailand.  

“Kerajaan Sabah juga berbangga dengan pencapaian cemerlang dua atlet Para yang  menjadi tonggak pungutan pingat kita semasa Para ASEAN baru-baru ini iaitu perenang  Abdul Halim bin Mohammad dan atlet olahraga Ivan Jovic Suan, yang mana kedua duanya juga secara kebetulan berasal dari daerah Tuaran,” katanya. 

Abdul Halim memenangi lima pingat emas dalam acara individu dengan empat rekod  baharu, selain satu pingat perak dan satu pingat gangsa menerusi acara berpasukan.  

Abdul Halim yang telah diangkat selalu Atlet Lelaki Terbaik Malaysia semasa Para ASEAN 2025 oleh Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), merupakan penerima insentif  terbesar pada hari ini. 

Bagi Ivan pula, kejayaan memenangi tiga pingat emas dengan satu rekod baharu  merupakan satu kejutan besar dalam acara pecut di peringkat Asia Tenggara kerana  atlet ini baharu berusia 18 tahun.  

Ketua Menteri berkata Kerajaan negeri akan terus memperuntukkan perbelanjaan besar dan konsisten bagi memastikan lebih banyak aktiviti dapat dijalankan serta penyediaan  prasarana sukan yang moden dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan atlet  untuk berlatih dengan lebih efisien dan selamat. 

“Menerusi Dasar Sukan yang kita rancang, Kerajaan berusaha ke arah pembentukan budaya sukan dan peningkatan tahap kesihatan rakyat negeri dengan memberikan  peluang sama rata kepada semua lapisan.  

“Saya percaya, Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi  Kreatif Sabah di bawah pimpinan Datuk Haji Nizam Datuk Seri Panglima Abu Bakar  Titingan dan Dato’ Sri Dr. Anil Sandhu yang sentiasa berjiwa muda, akan terus berusaha  merancang pembangunan yang lebih komprehensif dan jitu untuk Sabah mencapai  tahap kemajuan yang lebih membanggakan lagi,” katanya. 

Dalam masa sama, Ketua Menteri juga mahu semua pihak berkaitan dalam  pembangunan sukan termasuk jurulatih, pengurus dan atlet agar sentiasa manfaatkan semua kemudahan yang disediakan untuk meningkatkan pencapaian dalam bidang  sukan masing-masing.  

“Ini termasuk untuk memastikan kejayaan lebih gemilang, bukan sahaja di peringkat  kebangsaan malah di arena antarabangsa,” katanya. 

Tamat

 

English version

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor presented  victory incentives totalling RM383,116 to Sabah athletes who won medals at the 33rd  SEA Games and the 13th ASEAN Para Games in Thailand last year. 

“I hope these incentives will serve as motivation for you to continue striving further. Do  not regard today’s success as the end point, but rather as a stepping stone to achieve  even greater heights. 

“To the coaches and families, your support is the backbone of these achievements,” said  Hajiji at the incentive presentation ceremony held at Dewan Bankuasi, Menara Kinabalu,  on Tuesday. 

A total of 91 athletes from Sabah represented the country at the 2025 SEA Games and  helped the national contingent secure five gold, 14 silver, and 11 bronze medals. 

Meanwhile, at the ASEAN Para Games, 22 Sabah athletes were selected and achieved  great success, bringing home 14 gold, nine silver, and four bronze medals. 

A total of RM146,500 in incentives was awarded to medal winners of the 33rd SEA  Games, while the ASEAN Para Games medal winners received a payday of RM236,616.  

“The State Government is extremely proud of the achievements shown by all Sabah  athletes who took part and won medals at the 33rd SEA Games and the 13th ASEAN  Para Games held in Thailand. 

“The Sabah Government is also proud of the outstanding achievements of two  Paralympic athletes who became the backbone of our medal haul at the recent ASEAN  Para Games, namely swimmer Abdul Halim bin Mohammad and track athlete Ivan Jovic Suan, both of whom are coincidentally from the Tuaran district,” he said. 

Abdul Halim won five gold medals in individual events, setting four new records, as well  as one silver and one bronze medal in team events. 

Abdul Halim, who was also named Malaysia’s Best Male Athlete at the 2025 ASEAN  Para Games by the Malaysia Paralympic Council (MPM), was the largest incentive  recipient today.

As for Ivan, his achievement of winning three gold medals, including one new record,  came as a major surprise in Southeast Asia’s sprint events, considering the athlete is  only 18 years old. 

The Chief Minister said the State Government would continue allocating substantial and  consistent funding to ensure more activities could be carried out and to provide modern  sports infrastructure from time to time to meet athletes’ needs for more efficient and safer  training. 

“Through the sports policy we have planned, the Government is working towards  cultivating a sports culture and improving the health level of the people of the state by  providing equal opportunities to all segments of society. 

“I believe the Sabah Ministry of Youth Development, Sports Advancement and Creative  Economy under the leadership of Datuk Haji Nizam Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan and Dato’ Sri Dr Anil Sandhu, who are always youthful in spirit, will continue  striving to plan more comprehensive and effective development for Sabah to achieve an  even more admirable level of progress,” he said. 

At the same time, the Chief Minister also urged all parties involved in sports  development, including coaches, managers and athletes, to fully utilise all facilities  provided to enhance achievements in their respective sports. 

“This includes ensuring greater success, not only at the national level but also on the  international stage,” he said. 

Ends